Tuesday, November 18, 2008

Dinner tonight

Khas untuk tatapan Lamba @Kamarul- inilah yang dikatakan lettuce butterhead.
My dinner tonight

I'm having my dinner at 11 pm. i cooked my self.

Resepi
Sayur-sayuran pilihan
sotong 200g
halia muda agak-agak 2 ibu jari
bawang putih 3 ulas
bawang merah seulas
cili api 11 biji
garam secukup rasa
gula sesudu kecil
minyak untuk menumis

Cara-caranya
  • tumbuk cili api hingga lumat sedikit, tubuk bawang putih dan akhir sekali tumbukkan bawang merah. Petua: masukkan garam bersama cili api semasa menumbuk untuk mengelakkan cili masuk ke mata dan jika termasuk, akan mengurangkan kepedihan.
  • sotong yang sudah dibersihkan dibubuh garam dan kunyit. Halia dipotong nipis. Gorengkan kedua-dua bahan ini di dalam kuali yang telah dibubh minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau dan tunggu sebentar. Jangan lupa masukkan gula sebagai penyedap.
  • Masukkan semua sayur-sayuran dan kacau. Jangan sampai sayur layu. Agak-agak layu cukup. Tutup api, sedia untuk dimakan. yummy yummy....

Cadangan sayur:

Bunga kubis, brokoli, karot, tomato, leek dan sebagainya.

Hari ini saya gunakan sayur kubis beijing, lobak merah, tomato ceri, kacang sepat, haha itu je.

Dah kenyang, boleh mula kerja.




3 comments:

Dr Kamarul said...

hmmm sedapnya nampak sayur tue.. nanti kena buat kat umah nie heheh

Lezah Zaini said...

Kamarul, Kat Tesco ada banyak jual sayur salad ni. sepeket RM2.99 saja. Tadi saya beli tiga peket yang berbeza. Romaine, green coral dan red coral. Ketiga-tiganya sedap. makan dengan roti dan telur mata kerbau, wah.... jangan lupa taruk sos, sedap.

Dr Kamarul said...

heheheh... tunggu minggu depan punya budget... minggu nie dah beli dah barang dapur..so pakai jer dulu sayur yg ada..