Saya tersenyum apabila melihat kertas soalan BM kertas 2. Saya ternampak wajah-wajah riang pelajar-pelajar saya. Ada sedikit kepuasan pada diri saya, tetapi saya harus terus berdoa agar mereka berjaya. Walaupun saya kira soalan memihak kepada calon, tapi saya khuatir penandaan yang tegas. Saya tak boleh 'over confident'.
3 soalan dalam trial exam masuk spm.
1. Puteri Gunung Ledang
2. Di sisi Rinda
3. Analisis Ayat
Ulasan
Soalan Rumusan - faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.
Topik ini dan isi-isi tersirat telah dibincangkan dalam kelas. Saya berharap tiada masalah untuk mereka menjawab.
Soalan pemahaman umum pun ok, mampu dijawab oleh pelajar.
Petikan cerpen - ok
Petikan prosa Klasik - mungkin makna rangkai kata tu agak sukar untuk dijawab bagi sesetengah pelajar
Pantun - sepatutnya tidak susah.
Pengetahuan dan kemahiran bahasa
(a) dah lama tak ada soalan begini dengan memberikan kata majmuk dan rangkai kata 3 perkataan - ini rasanya tak pernah lagi tetapi perkataan-perkataannya telah biasa didengar dan digunakan kecuali 'pembangunan mesra alam' yang mungkin agak sukar.
(b) Baru sebentar tadi saya berbincang dengan pelajar tentang pola ayat. Saya tak pasti pelajar-pelajar dapat menjawab soalan ini dengan baik walaupun semasa trial kami keluarkan jenis ini. Harap-harap oklah.
(c) Wah, bentuk baru... kali ini tiada 1,2, dan tiga tetapi dalam perenggan. Tetapi soalan agak jelas, jadi cari sajalah 3 kesalah ejaan dan 3 kesalahan imbuhan. Kesalahan pun agak senang untuk dikenal pasti. kemungkinan salah 2 adalah biasa.
(d) kali ini pelajar tak perlu menyalin ayat semula. Eloklah, jimat masa. Saya masih mengatakan bahawa soalan ini dalam kategori senang ke sederhana.
(e) Peribahasanya agak senang, namun saya khuatir bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat mengaitkan makna peribahasa dalam ayat tersebut.
Novel
Nasib baik masih ada 2 buah novel. keburukannya pula ada soalan perbandingan. Namun, para pelajar telah bersedia untuk soalan perbandingan, jadi saya harap oklah. Cuma untuk bahagian a agak ralat sikit kerana saya hanya ada bincangkan tentang bahagian peleraian tidak bahagian permulaan. Tetapi bagi pelajar yang kreatif, tentu mereka dapat membuat perkaitan.
Kesimpulannya:
Kesemua soalan adalah mesra calon. Hampir kesemua soalan boleh dijawab, tidak ada soalan yang membuatkan pelajar termenung tiada ilham dan keseluruhannya agak senang. Tapi boleh dijawab tak semestinya betul. Sekurang-kurangnya pelajar berjaya menjawab soalan. Berdoa sajalah agar jawaban itu betul dan anda mendapat markah yang sepatutnya.
[Analisis ini berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar di sekolah saya, mungkin tidak sama di sekolah lain]
Adakah harapan untuk 100% lulus? Entahlah.... ada 2 atau 3 orang yang agak kritikal. Juga bergantung pada penandaan nanti. Berdoa sajalah.
Kepada yang tak rajin datang ke sekolah selepas peperiksaan percubaan tu agak rugi kerana banyak perbincangan yang dilakukan pada saat-saat akhir membantu.
Lega sebentar tetapi satu kertas lagi menyusul. Kertas pertama (BM) dan kertas terakhir (Perdagangan - 3 Disember 2008)
No comments:
Post a Comment