Wednesday, November 5, 2008

Soalan Ramalan?

Saya tak pandai dan tak boleh meramal soalan apa yang akan keluar kerana saya tak mahu pelajar-pelajar akan bergantung pada soalan ramalan semata-mata. Tapi apa yang boleh saya lakukan ialah mencadangkan topik-topik atau isu yang akan mungkin akan keluar dan tips untuk menjawab soalan.

Jadi, bacalah apa yang saya tuliskan ini dengan teliti dan ambil tindakan. Forwardkan kepada kawan-kawan.

Tatabahasa

  • Penandaan untuk tahun ini mungkin agak strict. Ambil perhatian terhadap tatabahasa. Bagi soalan pemahaman, jawapan anda mesti gramatis. Walaupun isi cukup tetapi jika tidak gramatis, mungkin markah 0 diberikan.

  • Bagi soalan makna frasa, pastikan jawapan anda betul bagi kedua-dua perkataan. kalau soalan itu 2 perkataan. kalau tiga perkataan , maka ketiga-tiga makna mesti betul bagi ketiga-tiga perkataan. Kalau betul salah satu, markah tetap 0. Jadi, hati-hati semasa menjawab soalan.


Karangan A - Bahan Rangsangan

  • Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

  • Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.

  • 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.

  • Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

  • Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.


Rumusan

  • Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.

  • Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.

  • Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.

  • Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.

  • Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.

  • Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).

  • Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

  • Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.

  • Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.


Kajian Novel

  • Jangan ambil mudah. Jawaban anda hendaklah tepat. Jangan bagi jawaban yang umum. Contoh latar tempat. Anda menulis stesen minyak. Tapi stesen minyak yang mana? Dalam sesebuah novel, tempat-tempat yang dipilih mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi sila jelaskan tempat itu yang mana secara spesifik. Sebutkan stesen Minyak Shell Jalan Setapak, baru betul dan satu markah diberikan. Sekiranya fakta salah, huraian tidak akan diberikan markah walaupun huraian betul.

  • Setiap huraian bagi fakta yang disertakan mesti menyebutkan peristiwa dengan jelas dengan menyebutkan nama watak dalam novel tersebut.

  • Berikan penekanan dalam tema, persoalan, plot dan teknik plot, latar dan nilai dan pengajaran. Aspek gaya bahasa dan sudut pandangan mungkin tak keluar kerana aspek itu agak dalam dan hanya sesuai untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu. Beri perhatian khusus dalam teknik plot, nilai-nilai kemanusiaan dan persamaan watak.

  • Bersedia jika keluar satu novel sahaja kerana dalam PMR hanya keluar panas Salju. Manalah tahu hanya keluar dari Novel Bukit Kepong sahaja...

  • Yang pentingnya jawaban anda mesti memperlihatkan kematangan dan penghayatan calon terhadap novel tersebut.


Karangan Respons Terbuka 100 markah

Dapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.
  • Berikan fokus terhadap keracunan makanan, isu kenaikan harga barang, masalah sosial dalam kalangan remaja dan soalan-soalan dalam trial exam.

  • Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi.

  • Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang.

  • Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impression pemeriksa.

  • Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus jawaban soalan tersebut.

  • Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat. Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat membawa penyakit.

  • panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada.

  • Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu perenggan.)

  • Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.


Bagaimana dengan Soalan Pemahaman Komsas? Tungguuuuuuuuu... nak balik, dah pukul 7.06 minit. Saya masih di sekolah, penatlah, nanti malam sambung. Wait... nak ucap tahniah kepada OBAMA - the first black to be the President of America.....!!!!!

7 comments:

somuffins said...

CL, wa ada beberapa soalan tentang BM nih tapi nanti dululah eh?? I know u r celebrating kejayaan Obama, khaan? Ahaks. Wa ada kawan Indian lady sejak zaman sekolah nama Bama .. (so tempias Obama tercalitlah sket kat wa, ya daak? kah3).

cikguliz said...

CL, tanya by all means. kalau wa boleh jawab wa jawab kalau tak wa akan rujuk kepada yang lebih pakar....

Neway, OBama nampak hensem kat sini... cahaya kemenangan!

somuffins said...

CL, soalan pertama dari wa .. Kenapa guna 'tips' tidak 'tip2'?

cikguliz said...

CS, sori, yang atas tu terCL.
kenapa guna tips? sebab banyak @plural. hahahaha wa sudah campuradukkan bm dengan bI. yu yahatlah (w/p i buat tu dlam keadaan sedar) :)

somuffins said...

Kiah3 tapi wa bertanya dgn jujur tau. Bukan lu sorang aje yg tulis gitu so I thot dah ada terma 'tips'(wa lebih percaya if it comes from you). Lagi pun penggunaan words BI dah melampau2 sedangkan BM dah sedia ada perkataan2nya (u know wadaimeen kan?)

cikguliz said...

CS, lu memang werldlah. Kadang-kadang wa pun konfius yang mana BM dan yang mana English. Lagi-lagi bila ada bahasa rojaknih + bahasa sms lagik.

cikguliz said...

CS, Mawi nak kawin, lu kena jemput tak? kiahkiahkiah... wa nak pergilah, tapi takut jem. naik heli leh?