Aku meneruskan perjalananku ke Kelab untuk menjalani kursus yang telah 2 hari berjalan. Hari ini kami ditugaskan untuk mempersembahkan pengajaran mikro dengan mengaplikasikan sekurang-kurangnya 3 daripada 7+2 kecerdasan pelbagai yang telah dipelajari. Apa yang menarik di sini, kesemua guru telah berjaya menyampaikan pengajaran mereka dengan pelbagai teknik dan gaya yang menarik. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Aku berharap, selepas kursus ini semua guru akan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas masing-masing dan aku percaya selepas ini kelas-kelas di SSB akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan sentiasa ceria dan meriah. Pelajar-pelajar akan 'enjoy' dalam kelas kita. Itulah harapanku. Ucapan terima kasih khas wajar diberikan kepada Pn Janet Kong penceramah kami yang kreatif dan bertenaga.
Aku pulang dengan gembira. Apatah lagi apabila aku mendapat tiga belas perkara positif yang aku miliki daripada 13 orang rakanku dalam suatu aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut. Aku akan jadikan 13 kata pendorong itu sebagai motivasi diri untuk lebih cemerlang dalam kerjayaku sebagai seorang guru dan sebagai seorang rakan sekerja.
Namun cabaran belum berakhir lagi. Esok aku pula yang akan menjadi fasilitator untuk kusus IT. Pada kali ini aku ditugaskan untuk membimbing rakan-rakan dalam membina blog. Aku akan cuba buat yang terbaik dan aku harap rakan-rakan aku akan mendapat manfaat daripadanya, insya-Allah.
Dan 3 lagi perkara besar menantiku di hadapan.
- Yearbook perlu disiapkan segera
- Time-table perlu disiapkan segera
- Majlis perkahwinan adindaku 13 Disember ini.
Dan aku meletakkan sasaran: By 19th Dis, everything will settled fullstop. I'm going to work day and night 24 hours 7 then I want to go for a holiday............ (real holiday) .
I want to cry....
Cikguliz
3 Disember 2008
No comments:
Post a Comment