Wednesday, December 17, 2008

Selamat Pengantin Baru Adindaku Hana & Piyan (updated)

Alhamdulillah, kenduri dah selamat dijalankan dan berjalan dengan lancar. Semua menu dapat dimasak dan disediakan kecuali bubur kacang. Macam dah banyak sangat makanan jadi bubur kacang tak dimasak. Selamat datang diucapkan kepada Piyan ke dalam keluarga kami yang ramai dan hiruk-pikuk ini. Harap dapatlah menyesuaikan diri dengan kami yang berbagai-bagai ragam ini.


Majlis dimulakan dengan kenduri hari rewang dan tahlil pada malamnya. Pada malam yang sama upacara akad nikah berlangsung di surau batu 11 agak-agak sepelaung (guna speakerlah) dari rumah. Pengantin lelaki memang gementar semasa akad nikah. Cian Piyan. Tapi alhamdulillah, segala-galanya selamat.


Keesokannya, iaitu pada hari Sabtu, berlangsunglah majlis kenduri. Subuh-subuh lagi, tukang-tukang masak telah sibuk memasak nasi dan lauk-pauk. Pada kira-kira pukul 10.00 pagi, tetamu telah mula datang dan berterusanlah hingga petang. Kemuncaknya ialah antara pukul 12.00 hingga pukul 1.30 tengah hari. Yang tak seronoknya, pengantin lewat sampai dan bersanding pada waktu azan berkumandang.


Terima kasih kepada teman-teman yang sudi hadir; normah, helmy & wife, shamsul, li dan rohaya & Mus. Terima kasih kepada rakan kbr yang datang iaitu Makngah sekeluarga dan Mas dan suami, Erwin.
Rakan-rakan SSB Mas dan Erwin
Pengantin bersama Makngah (Kbr) dan anaknya.

Apabila tetamu telah beransur reda, kami mengemaskan khemah dan pinggan mangkuk serta periuk belanga. Yang perempuan, tukar pakaian, pakai t-shirt Kulaan, special made for this kenduri- warna oren. Yang lelaki memang dah pakai pada hari itu.Bertungkus-lumuslah kami berkemas sampai malam; tetapi puas walaupun letih.


Ada break tengah-tengah. Selepas maghrib, ada acara potong kek, (antara keluarga jer), kemudian ada cabutan bertuah untuk keluarga daripada pasangan pengantin. Semua orang dapat hadiah termasuk kanak-kanak. Saya dapat handbag, cantik woo... Walaupun hadiah-hadiahnya murah, tetapi yang penting seronok dan sebagai kenang-kenangan. Dalam pada itu, ada juga anugerah khas diberikan iaitu hadiah wang tunai diberikan kepada anak buah yang baru-baru ini mendapat 5A untuk UPSRnya. Selepas acara cabutan bertuah, acara buka hadiah pula diadakan. Kelakarnya anak-anak buahku. Bukan pengantin yang sibuk buka hadiah, tetapi mereka yang rakus, cis tak dapat kurecycle kertas pembalut hadiah tu. Banyak betul hadiah yang mereka dapat. Rice cooker saja ada empat. Kalau ada yang lebih-lebih tu dan kalau tak nak, pas-pas lah sini ya. haha :))

Kenduri rewang diadakan pada hari Sabtu lepas 20 Disember 2008 selepas Asar. Kenduri ini khas untuk meraikan jiran tetangga yang bertungkus-lumus merewang sebelum dan semasa kenduri, kira sebagai ucapan terima kasihlah kepada mereka semua. Terima kasih banyak-banyak ya. Menu semasa kenduri rewang ialah bihun sup, bubur kacang dan air sirap. Kemudian, mereka dibekalkan dengan bubur kacang dan bubur som-som.


Seronoklah buat kenduri ni. Bila lagi nak kenduri ya? Adakah bulan Jun tahun depan?


(dikemaskini pada 22 Disember 2008, 11.29 pm)

2 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH untuk pengantins dan keluarga pengantins esp. KAKAK pengantin. Bz sokmor!

Anonymous said...

hahaharhar wa memang bz, tapi wa need a break, so wa blog.

Tq kawan pengantin...