Lama saya menyepikan diri dari alam blog ini kerana balik ke kampung dan sibuk menguruskan perkahwinan adik perempuan saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kat kampung, internet kurang lancar kerana guna dial-up. tak guna streamyx. guna broadband pun tak dapat menolong kerana tak ada 3G. Broadband hanya berfungsi dengan menggunakan GPRS. Jadi saya berehat daripada internet dan menumpukan perhatian saya terhadap persediaan dan perjalanan majlis Hana.
Tertanya-tanya juga khabar Hairol. Tak ada sesiapa pula yang memberitahu saya perkhabarannya. Kepada sesiapa yang mengetahui perkembangan Hairol, silalah beritahu saya, k. Saya berharap Hairol Fitri sudah sembuh sepenuhnya.
Esok, saya akan ke sekolah sehinggalah pada hari Jumaat. Saya meletakkan hari Jumaat sebagai tarikh akhir untuk menyiapkan Yearbook. Doakanlah agar saya berjaya.
Tadi saya mendapat berita sedih. Mungkin kepada sesetengah orang, perkhabaran itu menggembirakan tetapi pada saya, perkara itu merupakan kesedihan kerana saya merasai kehilangannya. Pada tahun depan saya tidak akan mengetuai Sidang Editor Yearbook lagi. Sedih kerana saya amat menyukai kerja ini. Saya berasa puas apabila dapat menghasilkan buku tahunan sekolah. Saya banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa menjadi Ketua Editor. Walaupun kerja banyak dan masalah pun banyak tetapi saya seronok. Saya bermula dengan tak tahu apa-apa. Ini baru tahun kedua, dah pandai sikit tapi tahun depan dah tak diperlukan. Yes, itulah yang saya rasakan. Saya dah tak diperlukan lagi.
Walaupun VP memberikan alasan yang munasabah sebab-sebab nama saya digugurkan daripada senarai AJK Yearbook, dan saya akan dapat memberikan tumpuan yang lebih sebagai HOD, tetapi kehilangan itu tetap dirasakan. Dan timbullah sangkaan-sangkaan negatif dalam benak saya.
Pada tahun lepas, apabila saya diberi kepercayaan untuk mengetuai Yearbook, ada suara-suara sumbang yang meragui keupayaan saya. Saya berusaha keras untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya bukan setakat menyiapkannya malah saya akan pastikan Yearbook siap sebelum cuti sekolah. Alhamdulillah saya berjaya. Tetapi pada tahun ini, dengan pelbagai masalah yang saya hadapi, saya akan pastikan Yearbook akan siap sebelum buka sekolah.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang meluangkan masa cuti bersama saya untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir ini. Jasa anda akan terbalas juga pada suatu hari nanti dalam bentuk yang saya tidak tahu. Marilah kita bekerja dengan penuh semangat dan jujur.
No comments:
Post a Comment