Tuesday, June 9, 2009

Perth - Hari Kedua

Pada hari ini,kami kena bersedia untuk berziarah sepanjang hari dan perjalanan ke Nabomi National Park mengambil masa selama 2 jam lebih. Sepanjang perjalanan ke sana, kami dapat melihat hutan renek dan ru yang luas. Kami juga melalui sebuah kawasan hutan yang terbakar. Keadaan sangat kritikal di sini pada musim panas kerana suhu mencecah 47 darjah Celcius. Api mudah merebak, jadi pihak kerajaan telah meletakkan alat untuk mengesan kebakaran agar tidak berlaku. Tak pastilah bagaimana alat itu berfungsi. kami juga melihat ladang-ladang lembu.

Tapi tak nampak lembu yang banyak pun. Bersepah-sepah saja. Jalan di sini lurus. Macam tak ada kereta pun yang berselisih dengan kami. Kalau sorang-sorang memang saya tak berani drive di sini. Kalau kecemasan, entah macam mana?

Akhirnya kami sampai di tempat yang dituju, namun mesti singgah di tandas dahulu. Sebenarnya kami menuju ke kawasan yang luas dengan tunggul-tunggul batu kapur yang macam tumbuh dari bumi. The call it pinnacles. Saujana mata memandang. Cuaca sederhana sejuk walaupun hari ini sudah winter hari pertama. lebih kurang 20 - 24 darjah celsius.


Berbagai-bagai bentuk pinnacles terdapat dan kami dilarang berpijak di atasnya.

Yang di sini, tiada tumbuh-tumbuhan. Macam di gurun.Tapi kawasan sebegini tak lah luas sangat. Biasanya, tumbuh-tumbuhan di sini berdaun tajam dan keras.
Kami juga singgah di tepi pantai.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Lencilin. Sebelum itu kami singgah di sebuah restoran yang menyediakan makan tengah hari kami. Hahaha kami jumpa nasi di sini berlaukkan salad dan ikan bbq. Kemudian kami menumpang sembahyang zohor dan asar (jamak) di pejabat mat salleh tu. Inilah bangunan restoran tu, di dalamnya juga ada menjual pelbagai cenderamata. Ada saya membeli rantai kunci $5.00 tapi endah di mana.
Perjalanan ke sini mengambil masa 2 jam juga.Tidak ada tempat persinggahan langsung! Maka,nak dijadikan cerita, masa inilah saya nak membuang air kecil yang tersangat-sangat, tetapi terpaksalah menunggu lagi sejam. Bayangkanlah bagaimana keadaan saya yang terpaksa menahannya.

Kami sebenarnya menuju ke kawasan bukit pasir yang luas. Di sini, kami berpeluang menaiki bas yang bertayar besar mengelilingi kawasan berpasir itu.Naik bukit pasir dan turun menjunam. Sedikit mengerikan, tetapi perasaan ngeri saya tersembunyi di balik kamera. hihi.

Kemudian, kami ditunjukkan cara-cara untuk sand boarding. Menarik juga, tapi entah kenapa saya tak cuba. kanak-kanak memang suka perkara ini. memang sesuai untuk trip keluarga, tapi kos ke mari agak tinggi. Kami membayar RM420 seorang untuk lawatan hari ini saja. Tapi memang berbaloi.

Kami pulang dengan kenangan manis. Walaupun agak penat, tetapi saya dan geng merancang untuk keluar malam ini kebandar untuk melihat-lihat Perth pada waktu malam. Sebenarnya kedai banyak yang telah ditutup kecuali bar, kelab dan beberapa kedai makan. Malam ini masyarakat berpoya-poya Perth sedang berpesta sempena Perth Foundation Day keesokan harinya. Banyak yang berbaris nak masuk disko, ada ada yang mabuk-mabuk. Botol-botol arak berkecai di jalan raya. Kami pulang lewat malam, lenguh juga kaki ini berjalan malam itu. malangnya, saya tak bawa kamera untuk merakamkan suasana malam itu, dan kengkawan yang lain pun sama. Hampeh...

2 comments:

vpresanthrao said...

Best giler :D nampak gambar pun menyeronokkan !!! :D Woosh...bertuah ah, cikgu !

Lezah Zaini said...

Thakns Rao, memang bertuah gak badanni. Dan cikgu dah pasang angan-angan nak ke tempat lain pulak tahun depan. :)