Hari ini kami ada lawatan setengah hari ke dua buah sekolah. Yang pertama ke Stanton College - kira sekolah menengahlah dan yang kedua, Samson School. Yang ini sekolah rendah dan tadika. Memang best kedua-dua buah sekolah ni terutama dari segi kemudahannya. Jauh lebih baik daripada sekolah kita. Banyak juga yang saya pelajari daripada lawatan ini. Sistem pendidikan di West Australia memang tak sama dengan kita di Malaysia. Di sana macam tak ada National Curriculum, semuanya school base. Di sini saya perturunkan beberapa keping gambar untuk tatapan.
Shanton Wall
Photo Gallery
Group Photo
Malang sekali, gambar di sekolah rendah tak ada banyak kerana CF card rosak. Banyak gambar yang hilang. huhuhu. Ini gambar bilik guru di Samson. (bahagian yang paling penting :) )
Sebelah petang, saya dan Pn S Normah ada janji dengan anak buahnya yang tinggal di Mandurah, tapi dia datang ke hotel dan jemput kami dan bawa kami ke Bermont, jauh sikit dari Bandar Perth. Kami shopping lagi di Bermont Forum. Dapatlah saya beli kacang macademia dan sehelai baju yang murah. hehe
Pukul 6.00 petang dah kembali ke hotel. Saya dan Pn Siti ada janji lagi dengan Lowan. Kali ini dia nak jumpakan kami dengan isteri dan anaknya Tristan. Lowan tiba pada pukul 6.10 petang. Nasib baik sempat lagi sembahyang jamak takhir. Lowan bawa kami ke sebuah restoran Indonesia di Jalan William. Di sana, baru saya tahu ada sebuah masjid bertentangan restoran tersebut.
Setelah pulang ke hotel, saya mula berkemas. Esok pagi, kami akan bertolak ke airport pada pukul 3.40 pagi. Flight dijadualkan pada pukul 6.50 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari.

No comments:
Post a Comment