Pukul 8 pagi saya ditemani adik ke Damansara Utama untuk bertemu dengan Dr Maziah sebagai mana yang telah dijadualkan. Kira-kira pukul 9.30 kami pun sampai dan terus ke klinik dan mendaftar. Dapat no 5, tetapi yang menunggu seorang saja, yang tiga orang lagi rupanya ke kantin dulu.
Sementara menunggu, saya menerima dan membuat beberapa panggilan. Rupa-rupanya saya hanya layak untuk mendapat cuti sakit selama 30 hari setahun. Masalahnya saya telah pun mempunyai MC selama 4 hari sebelum ini. Jadi kalau saya tidak mahu gaji saya ditolak, saya mestilah mula bekerja pada 16 Ogos ini; tiga hari lebih awal. Harap-harap saya akan segera sembuh dan boleh berkhidmat semula.Ada juga kebaikannya. Walaupun saya akan kekurangan masa berehat untuk proses pemulihan, tetapi saya akan pulang bekerja lebih awal. Sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu pelajar-pelajar saya yang saya tinggalkan itu untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang semakin hampir ini. Saya juga berharap saya akan terus sihat dan tak perlu mengambil MC kalau tak mahu gaji dipotong. Aduhhh!
"Berat badan awak sekarang dah kurang 300g", kata Dr Maziah memulakan bicara.
Terkebil-kebil saya, tak faham. Bila masa aku ditimbang?"Benda yang dibuang tu beratnya 300g."
"oooo" barulah saya faham.Dr membuat pemeriksaan terhadap luka. Katanya luka ini dah baik dan kering. Dah boleh kena air. Pergh lega. Tapi katanya, lepas dibasahkan, mesti lap dengan segera. Oklah tu. Menurutnya, jahitan kulit akan sembuh sepenuhnya dalam masa 3-4 minggu tapi jahitan di dalam akan mengambil masa antara 3-4 bulan. mak ai! lamanya.
Saya komplen kepada doktor bahawa saya susah nak buang air besar dan selalu sakit di sebelah kanan. Menurut dr, itu adalah perkara biasa, lama-lama oklah. Tentang sakit tu, katanya bahagian kanan itu ialah bahagian terakhir jahitan, jadi agak tegang di situ; jadi kalau batuk dan bersin, agak sakit. Bila bangun pun, bahagian itu jugak yang sakit. Dr kata mungkin sudah ada skretch akibat batuk dan bersen tu. Aduh! Tp dr relek jer dan tak ada ubat pun yang diberikan kecuali sejenis krim antiseptic.
Saya bertanya lagi tentang makan. Doktor tersenyum jer. Katanya kalau dari segi perubatan, tiada istilah pantang. Tiada link tentang tak boleh makan telur dan sebagainya. Tapi menurut emak, kalau nak cepat baik kena berpantang. hehehe.
Pukul 11 pagi selesai appoinment dengan doktor. Sebelum balik ke rumah di BSD, kami pusing-pusing BU dan MD tengok-tengok jalan. (ajar adik jalan-jalan di situ).
Di rumah, Kembang sudah menanti. Rindu benar dengan Kembang. Kembang pun sama. Ke mana saja saya pergi diikutnya waima ke tandas. Kembang, kembang. Masa nak balik ke kampung tadi, Kembang masuk ke bawah katil. Macam merajuk jer. Sedihlah. Kembang, pls don't be naughty ok. Doakan saya cepat sembuh dan pulang ke rumah dengan segera, k?
Masa tengah hari, Wan, Ida, Hana dan Roziana datang melawat. Terima kasih ya. Lepas jugak rindu kat kawan-kawan. Ida akhirnya dapat jugak menyempurnakan hajatnya nak bagi buah anggur. Hahaha. Terima kasih Ida.Kawan-kawan mencadangkan saya untuk menggunakan krim ini untuk mencantikkan parut, Haha harap begitulah. Terima kasih semua,
Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Wan Nazirah - terima kasih
Saya baru saja mengenali wanita gigih dan kelakar yang bernama Wan Nazirah. Perkenanalan kami bermula awal tahun ini apabila beliau mula mengajar di Sri Bestari. Tapi kami mula agak rapat apabila sama-sama dalam Kelab Fotografi dan brtambah rapat sejak ke Melbourne bersama-sama. Antara ciri istimewanya yang tiada pada orang lain ialah tawanya. Oramgnya sederhana sungguh.
Kenapa saya memilih wanita ini sebagai bahan coretan saya kali ini? Kalau nak tahu tunggu sambungannya kerana saya nak berbuka puasa dahulu. Dah terbau masam sup ikan saya.
Sambungan.... Tujuan saya menulis tentang wanita ini ialah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah banyak membantu saya yang dalam kesusahan ini. Beliaulah yang sanggup bersusah-payah memberi Kembang makan. Setiap hari kalau tak petang, malam; kadang-kadang tengah malam, Wan dan suaminya serta anaknya ke rumah saya untuk memberi Kembang makan. Setiap hari dia akan buat report melalui sms.
Terharu dan geli hati juga kadang-kadang apabila membaca celotehnya..
"Assalamualaikumwbt. Kami bru klr dri rmh akak. duduk dlm 30 mnt. kat sini hujan renyai2. x brani bagi Kembang klr. Kembang sihat. Semalam wan start krta akak. ada seminar bahasa. hri ni x start. wassalam."
Begitulah antara sms daripada Wan.
Wan juga membantu saya menggantikan kelas tuisyen di sebuah pusat tuisyen. Nasib baiklah dia dapat bantu, kalau tak kesian gak pusat tuisyen tu. Bukan senang nak dapat guru BM yang sanggup mengajar di pusat tuisyen sekarangni.
Banyak lagi yang Wan lakukan yang macam kecil tetapi menyentuh perasaan saya. Terima kasih Wan. Semoga Allah akan membalasnya dalam pelbagai bentuk.
Hari kesepuluh - tidur
Salam.
Hari ini hari saya bermula lambat. Saya betul-betul bangun pada pukul dua. Selepas tengok Conan dan Wonder Pet saya mandi. Alamak basah sikit tampalan; harap tak terkena pada luka.
Hari ini puasa. Nasib baik tak batal puasa kerana terkunnyah
makanan. Belum sempat kutelan dah ku teringat. Hehe sikit jer pun. Adik belikan apam kat pasar malam. Emak masakkanagar-agar merah. Itu jerlah yang boleh dimakan pun.
Esok, saya akan balik ke BSD. Pagi ada temujanji dengan Dr Maziah. Selepas itu nak lepak dengan Kembang sampai petang. Agak-agak pukul tiga ker empat ker baru balik ke kampung semula.

Wednesday, July 28, 2010
Har kesembilan - perut sakit
Hari ini entah kenapa, perutku berasa sakit. Kalau dipegang perut sakitnya seperti terkena luka. Susah hendak berdiri dan berjalan. Di bagian luka sebelah kanan - seperti ada getaran yg agak lama di situ. Kenapa agaknya ya? Saya ambil keputusan untuk berbaring sahaja. Huhu. Semasa baring pula, perutni terasa seperti ada Kamus Dewan. Berat betul. harap sakit perutni segera hilang.
Tuesday, July 27, 2010
Hari kelapan - Puasa
Hari ini puasa sempena Nisfu Syaaban. Sebenarnya ada lagi yang tak berganti. Jadi sempena nisfu syaaban saya mulakan puasa ganti saya yg sekian lama tak dapat dijalankan. Awal-awal suka berlengah, bila dah timbul masalah baru padan muka. InsyaAllah, lepasni puasa akan penuh. Ya Allah, berilah aku peluang untuk berpuasa penuh di bulan RamadhanMu. Amin.
Hari ini saya berehat saja kerna perut sedikit sakit kerana semalam agak aktif bergerak.
Hari ini saya berehat saja kerna perut sedikit sakit kerana semalam agak aktif bergerak.
Monday, July 26, 2010
Hari Ketujuh - Mengadap Nettop
Hari ini tiga power point telah dipasang di dinding sebelah sini. Dengan lebih tepat lagi di sebelah katilku. Tak lah susah nak charge Iphone atau nak charge laptop. Tahu sajalah Iphone tu baterinya tak tahan lama. Paling baik satu hari. Nettop ini pun baru dapat guna. Baru keluar daripada tempat persembunyiannya. :-)
Hari ketujuh, rasa macam lebih sihat, lebih senang hendak bergerak. Pagi tadi breakfast bubur oat sahaja. Mengenyangkan juga. Dalam fikiran, macam nak keluar pergi pekan sehari, tapi hanya kekal dalam fikiran sahaja. hehehe.
Masalah hari ini ialah perut memulas-mulas. Doktor kata kalau susah nak buang angin atau air besar, kena selalu berjalan-jalan. Dah dilakukan. Dan dah minum air suampun tapi perut masih memulas-mulas. Sabarjerlah....
Sebuah buku pun tak dibawa balik. Gambar dan kamera semua di sana. Apa yang dapat dibuat di kampung ini? Kawan-kawan semuanya suruh berehat. Adik beradik suruh berehat. Nak berehat macam mana? Baring saja atas katil? Berbaring sajapun penat tau! Sesekali hendak juga duduk dan berjalan-jalan. Nak tengok TV, TV pula di belakang kepala, terpaksa mengiring baru dapat lihat. Boleh tahan berapa lama mengiring tu. Boleh tak saya lakukan apa yang saya fikir saya dapat lakukan?
Kepala otak ni sedang berfikir. Bagaimana hendak menghabiskan hari ketujuh ni dengan baik dan tidak membosankan?

Makan tengah hari ini paling sedap dalam tujuh harini. Terima kasih emak.
Menu tengah hari dan malam. (2 in 1)
Ikan bawal cermin kukus. Yummmy!
Sawi rebus. Sedap.
Sunday, July 25, 2010
Hari keenam -sungguh membosankan.
Hari ini saya berasa senang sedikit nak bangun. Namun masih terasa pedih di perut bahaguan kanan luka. Semasa mula nak berdiri agak sukar tetapi apabila sudah berdiri tegak, dapatlah berjalan perlahan-lahan. Hari ini saya membasuh rambut. Dah enam hari tak basuh gatal dan tak selesa sungguh. Perlahan-lahan saya membasuh rambut. Alhamdulillah lega rasanya.
Harini kurang minum air, sembelitlah pula. Kalau minum air lebih asyik ke tandaslah pula. Hmmm kena cari jalan pertengahan.
Apa nak buat sepanjang harini? Online dengan Iphone atas katil pun orang bising. Cuba juga baca buku cerita, tapi bukutu tebal dan berat. Susah juga. Jadi buku letak ke tepi. Tunggu boleh mengiring ke kiri. Oh ya, saya sukar nak mengiring kerana perut terasa terkumpul dan berat, sakit dan tak selesa. Jadi berbaring terlentanglah. Perut terasa meleper dan agak selesa. :-)
Tadi dapat info daripada Nalin, adik ipar bahawa buah oren boleh menyembuhkan luka. Suatu berita yang sangat baik buat saya. Bertambahlah senarai benda yang boleh dimakan. Berpantang mengalahkan orang bersalin!

Saturday, July 24, 2010
Day 5 at hometown
Hari ini hari ke-5 selepas pembedahan uterus yang saya lakukan hari Selasa lepas 20 Julai 2010. Salmah menjemput saya pada pagi itu dan kami tiba di hospital Damansara pd pukul 9 pagi. Setelah mendaftar saya ditempatkan di bilik 229 fourbedded room. After second tought, saya minta ditukar ke bilik single tetapi tiada yang kosong. Nasib baiklah, selepas pembedahan, saya ditempatkan di two bedded room.
Hari kedua.
Masih belum boleh makan selagi belum kentut. Saya cuba duduk, mengiring supaya angin dalam usus dapat bergerak. Pukul 7.43 malam baru dapat melepaskan angin. Lega. So boleh makan soft diet.
Pelawat Hari Ini
Datin How - beliau orang pertama yang melawat saya. Kami rakan senasib. Huhu. Datin banyak memberikan saya perangsang dan dorongan untuk menghadapi pembedahan ini. Tq so much.
Kawan-kawan dari SSB ramai yg datang. Tak tersebut saya di sini. Terima kasih semua.
Buah tangan daripada kawan-kawan yang datang menziarah. Terima kasih semua.
11.30 - Off to OT
Saya dibawa ke bilik bedah pada pukul 11.30 pagi. Oops di luar bilik bedah saya diperkenalkan kepada Dr Wan pakar bius. Dr Wan menerangkan apa yang akan dilakukannya kepada saya (walaupun saya tak berapa faham, saya iakan saja :-) ). Apa yg saya ingat perkataan ephudural. What is that? Dr Wan memberikan saya ubat penenang kerana dia saya mesti takut untuk dibedah. Takutkah saya? Saya hanya bertawakkal. InsyaAllah berkat doa semua, semuanya akan srlamat.
Saya tersedar dan terjaga. Pukul 1.30 thri. Saya dibawa masuk ke bilik bedah.Saya minta bercakap dengan doktor sebelum saya dibedah. Dr Maziah sembahyang zohor. Dr Wan sedang membuat persediaan. Terdapat tiga orang lagi siap dengan pakaian mereka. Salanh seorang daripada mereka sedang mengira alatan bedah. One two three four five six seven eight then count another set sampai habis semua dikira. Keliling katil penuh dengan peralatan. Lampu diatas saya belum dipasang.
Dr Maziah masuk. Saya bercakap dengan Dr Maziah. Dia mengangguk dan memberi assurence kepafa saya. Selepas itu, saya sudah tidak sedarkan diri. Apabila saya terjaga jam sudah pukul 5.45 petang. Perut berasa sakit. Dalam mamai- mamai tu saya mengankat tangan dan cuba melambai-lambaikan tangan. Nurse, nurse sakit. Apa yg mereka lakukan saya tak tahu. Tapi sakit semakin kurang. Kemudian, saya dibawa ke bilik 225. Saya dipindahkan ke atas katil. Tq nurse, mereka melakukannya dengan baik, tak terasa sakit pun. Mungkin ubat bius masih bekerja.
Alhamdulillah pembedahan selamat.
Salmah, Aziah, Atie, Jamal, Aizam dan Aiman ialah ahli keluaga yg sedia menanti. Terima kasih semua. Zakwan and famili menyusul. Tq.
Hari pertama berlalu dengan baik. Malam terasa begitu panjang. Banyak kali terjaga tapi belum siang. Kesian kat Aziah yang menemaniku, tidur di atas kerusi.
Saya tersedar dan terjaga. Pukul 1.30 thri. Saya dibawa masuk ke bilik bedah.Saya minta bercakap dengan doktor sebelum saya dibedah. Dr Maziah sembahyang zohor. Dr Wan sedang membuat persediaan. Terdapat tiga orang lagi siap dengan pakaian mereka. Salanh seorang daripada mereka sedang mengira alatan bedah. One two three four five six seven eight then count another set sampai habis semua dikira. Keliling katil penuh dengan peralatan. Lampu diatas saya belum dipasang.
Dr Maziah masuk. Saya bercakap dengan Dr Maziah. Dia mengangguk dan memberi assurence kepafa saya. Selepas itu, saya sudah tidak sedarkan diri. Apabila saya terjaga jam sudah pukul 5.45 petang. Perut berasa sakit. Dalam mamai- mamai tu saya mengankat tangan dan cuba melambai-lambaikan tangan. Nurse, nurse sakit. Apa yg mereka lakukan saya tak tahu. Tapi sakit semakin kurang. Kemudian, saya dibawa ke bilik 225. Saya dipindahkan ke atas katil. Tq nurse, mereka melakukannya dengan baik, tak terasa sakit pun. Mungkin ubat bius masih bekerja.
Alhamdulillah pembedahan selamat.
Salmah, Aziah, Atie, Jamal, Aizam dan Aiman ialah ahli keluaga yg sedia menanti. Terima kasih semua. Zakwan and famili menyusul. Tq.
Hari pertama berlalu dengan baik. Malam terasa begitu panjang. Banyak kali terjaga tapi belum siang. Kesian kat Aziah yang menemaniku, tidur di atas kerusi.
Hari kedua.
Masih belum boleh makan selagi belum kentut. Saya cuba duduk, mengiring supaya angin dalam usus dapat bergerak. Pukul 7.43 malam baru dapat melepaskan angin. Lega. So boleh makan soft diet.
Pelawat Hari Ini
Datin How - beliau orang pertama yang melawat saya. Kami rakan senasib. Huhu. Datin banyak memberikan saya perangsang dan dorongan untuk menghadapi pembedahan ini. Tq so much.
Kawan-kawan dari SSB ramai yg datang. Tak tersebut saya di sini. Terima kasih semua.
Buah tangan daripada kawan-kawan yang datang menziarah. Terima kasih semua.
Ada banyak gambar yang diambil oleh Wan. Saya tunggu Wan upload gambar dalam FB.
Yang sempat diabadikan. From Jannah. TQVM.
From Charles, Cheryll and Adam. Merekalah wakil pelajar yang sempat melawat. Terima kasih semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)