Hari ini saya berasa senang sedikit nak bangun. Namun masih terasa pedih di perut bahaguan kanan luka. Semasa mula nak berdiri agak sukar tetapi apabila sudah berdiri tegak, dapatlah berjalan perlahan-lahan. Hari ini saya membasuh rambut. Dah enam hari tak basuh gatal dan tak selesa sungguh. Perlahan-lahan saya membasuh rambut. Alhamdulillah lega rasanya.
Harini kurang minum air, sembelitlah pula. Kalau minum air lebih asyik ke tandaslah pula. Hmmm kena cari jalan pertengahan.
Apa nak buat sepanjang harini? Online dengan Iphone atas katil pun orang bising. Cuba juga baca buku cerita, tapi bukutu tebal dan berat. Susah juga. Jadi buku letak ke tepi. Tunggu boleh mengiring ke kiri. Oh ya, saya sukar nak mengiring kerana perut terasa terkumpul dan berat, sakit dan tak selesa. Jadi berbaring terlentanglah. Perut terasa meleper dan agak selesa. :-)
Tadi dapat info daripada Nalin, adik ipar bahawa buah oren boleh menyembuhkan luka. Suatu berita yang sangat baik buat saya. Bertambahlah senarai benda yang boleh dimakan. Berpantang mengalahkan orang bersalin!
No comments:
Post a Comment