Pukul 8 pagi saya ditemani adik ke Damansara Utama untuk bertemu dengan Dr Maziah sebagai mana yang telah dijadualkan. Kira-kira pukul 9.30 kami pun sampai dan terus ke klinik dan mendaftar. Dapat no 5, tetapi yang menunggu seorang saja, yang tiga orang lagi rupanya ke kantin dulu.
Sementara menunggu, saya menerima dan membuat beberapa panggilan. Rupa-rupanya saya hanya layak untuk mendapat cuti sakit selama 30 hari setahun. Masalahnya saya telah pun mempunyai MC selama 4 hari sebelum ini. Jadi kalau saya tidak mahu gaji saya ditolak, saya mestilah mula bekerja pada 16 Ogos ini; tiga hari lebih awal. Harap-harap saya akan segera sembuh dan boleh berkhidmat semula.Ada juga kebaikannya. Walaupun saya akan kekurangan masa berehat untuk proses pemulihan, tetapi saya akan pulang bekerja lebih awal. Sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu pelajar-pelajar saya yang saya tinggalkan itu untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang semakin hampir ini. Saya juga berharap saya akan terus sihat dan tak perlu mengambil MC kalau tak mahu gaji dipotong. Aduhhh!
"Berat badan awak sekarang dah kurang 300g", kata Dr Maziah memulakan bicara.
Terkebil-kebil saya, tak faham. Bila masa aku ditimbang?"Benda yang dibuang tu beratnya 300g."
"oooo" barulah saya faham.Dr membuat pemeriksaan terhadap luka. Katanya luka ini dah baik dan kering. Dah boleh kena air. Pergh lega. Tapi katanya, lepas dibasahkan, mesti lap dengan segera. Oklah tu. Menurutnya, jahitan kulit akan sembuh sepenuhnya dalam masa 3-4 minggu tapi jahitan di dalam akan mengambil masa antara 3-4 bulan. mak ai! lamanya.
Saya komplen kepada doktor bahawa saya susah nak buang air besar dan selalu sakit di sebelah kanan. Menurut dr, itu adalah perkara biasa, lama-lama oklah. Tentang sakit tu, katanya bahagian kanan itu ialah bahagian terakhir jahitan, jadi agak tegang di situ; jadi kalau batuk dan bersin, agak sakit. Bila bangun pun, bahagian itu jugak yang sakit. Dr kata mungkin sudah ada skretch akibat batuk dan bersen tu. Aduh! Tp dr relek jer dan tak ada ubat pun yang diberikan kecuali sejenis krim antiseptic.
Saya bertanya lagi tentang makan. Doktor tersenyum jer. Katanya kalau dari segi perubatan, tiada istilah pantang. Tiada link tentang tak boleh makan telur dan sebagainya. Tapi menurut emak, kalau nak cepat baik kena berpantang. hehehe.
Pukul 11 pagi selesai appoinment dengan doktor. Sebelum balik ke rumah di BSD, kami pusing-pusing BU dan MD tengok-tengok jalan. (ajar adik jalan-jalan di situ).
Di rumah, Kembang sudah menanti. Rindu benar dengan Kembang. Kembang pun sama. Ke mana saja saya pergi diikutnya waima ke tandas. Kembang, kembang. Masa nak balik ke kampung tadi, Kembang masuk ke bawah katil. Macam merajuk jer. Sedihlah. Kembang, pls don't be naughty ok. Doakan saya cepat sembuh dan pulang ke rumah dengan segera, k?
Masa tengah hari, Wan, Ida, Hana dan Roziana datang melawat. Terima kasih ya. Lepas jugak rindu kat kawan-kawan. Ida akhirnya dapat jugak menyempurnakan hajatnya nak bagi buah anggur. Hahaha. Terima kasih Ida.Kawan-kawan mencadangkan saya untuk menggunakan krim ini untuk mencantikkan parut, Haha harap begitulah. Terima kasih semua,
No comments:
Post a Comment