Monday, July 26, 2010

Hari Ketujuh - Mengadap Nettop




Hari ini tiga power point telah dipasang di dinding sebelah sini. Dengan lebih tepat lagi di sebelah katilku. Tak lah susah nak charge Iphone atau nak charge laptop. Tahu sajalah Iphone tu baterinya tak tahan lama. Paling baik satu hari. Nettop ini pun baru dapat guna. Baru keluar daripada tempat persembunyiannya. :-)

Hari ketujuh, rasa macam lebih sihat, lebih senang hendak bergerak. Pagi tadi breakfast bubur oat sahaja. Mengenyangkan juga. Dalam fikiran, macam nak keluar pergi pekan sehari, tapi hanya kekal dalam fikiran sahaja. hehehe.

Masalah hari ini ialah perut memulas-mulas. Doktor kata kalau susah nak buang angin atau air besar, kena selalu berjalan-jalan. Dah dilakukan. Dan dah minum air suampun tapi perut masih memulas-mulas. Sabarjerlah....

Sebuah buku pun tak dibawa balik. Gambar dan kamera semua di sana. Apa yang dapat dibuat di kampung ini? Kawan-kawan semuanya suruh berehat. Adik beradik suruh berehat. Nak berehat macam mana? Baring saja atas katil? Berbaring sajapun penat tau! Sesekali hendak juga duduk dan berjalan-jalan. Nak tengok TV, TV pula di belakang kepala, terpaksa mengiring baru dapat lihat. Boleh tahan berapa lama mengiring tu. Boleh tak saya lakukan apa yang saya fikir saya dapat lakukan?

Kepala otak ni sedang berfikir. Bagaimana hendak menghabiskan hari ketujuh ni dengan baik dan tidak membosankan?

Makan tengah hari ini paling sedap dalam tujuh harini. Terima kasih emak.


Menu tengah hari dan malam. (2 in 1)
Ikan bawal cermin kukus. Yummmy!

Sawi rebus. Sedap.

No comments: