Saturday, July 24, 2010

Day 5 at hometown

Hari ini hari ke-5 selepas pembedahan uterus yang saya lakukan hari Selasa lepas 20 Julai 2010. Salmah menjemput saya pada pagi itu dan kami tiba di hospital Damansara pd pukul 9 pagi. Setelah mendaftar saya ditempatkan di bilik 229 fourbedded room. After second tought, saya minta ditukar ke bilik single tetapi tiada yang kosong. Nasib baiklah, selepas pembedahan, saya ditempatkan di two bedded room.

11.30 - Off to OT

Saya dibawa ke bilik bedah pada pukul 11.30 pagi. Oops di luar bilik bedah saya diperkenalkan kepada Dr Wan pakar bius. Dr Wan menerangkan apa yang akan dilakukannya kepada saya (walaupun saya tak berapa faham, saya iakan saja :-) ). Apa yg saya ingat perkataan ephudural. What is that? Dr Wan memberikan saya ubat penenang kerana dia saya mesti takut untuk dibedah. Takutkah saya? Saya hanya bertawakkal. InsyaAllah berkat doa semua, semuanya akan srlamat.
Saya tersedar dan terjaga. Pukul 1.30 thri. Saya dibawa masuk ke bilik bedah.Saya minta bercakap dengan doktor sebelum saya dibedah. Dr Maziah sembahyang zohor. Dr Wan sedang membuat persediaan. Terdapat tiga orang lagi siap dengan pakaian mereka. Salanh seorang daripada mereka sedang mengira alatan bedah. One two three four five six seven eight then count another set sampai habis semua dikira. Keliling katil penuh dengan peralatan. Lampu diatas saya belum dipasang.
Dr Maziah masuk. Saya bercakap dengan Dr Maziah. Dia mengangguk dan memberi assurence kepafa saya. Selepas itu, saya sudah tidak sedarkan diri. Apabila saya terjaga jam sudah pukul 5.45 petang. Perut berasa sakit. Dalam mamai- mamai tu saya mengankat tangan dan cuba melambai-lambaikan tangan. Nurse, nurse sakit. Apa yg mereka lakukan saya tak tahu. Tapi sakit semakin kurang. Kemudian, saya dibawa ke bilik 225. Saya dipindahkan ke atas katil. Tq nurse, mereka melakukannya dengan baik, tak terasa sakit pun. Mungkin ubat bius masih bekerja.
Alhamdulillah pembedahan selamat.
Salmah, Aziah, Atie, Jamal, Aizam dan Aiman ialah ahli keluaga yg sedia menanti. Terima kasih semua. Zakwan and famili menyusul. Tq.

Hari pertama berlalu dengan baik. Malam terasa begitu panjang. Banyak kali terjaga tapi belum siang. Kesian kat Aziah yang menemaniku, tidur di atas kerusi.

Hari kedua.

Masih belum boleh makan selagi belum kentut. Saya cuba duduk, mengiring supaya angin dalam usus dapat bergerak. Pukul 7.43 malam baru dapat melepaskan angin. Lega. So boleh makan soft diet.

Pelawat Hari Ini

Datin How - beliau orang pertama yang melawat saya. Kami rakan senasib. Huhu. Datin banyak memberikan saya perangsang dan dorongan untuk menghadapi pembedahan ini. Tq so much.

Kawan-kawan dari SSB ramai yg datang. Tak tersebut saya di sini. Terima kasih semua.

Buah tangan daripada kawan-kawan yang datang menziarah. Terima kasih semua.

Ada banyak gambar yang diambil oleh Wan. Saya tunggu Wan upload gambar dalam FB.


Yang sempat diabadikan. From Jannah. TQVM.


From Charles, Cheryll and Adam. Merekalah wakil pelajar yang sempat melawat. Terima kasih semua.

2 comments:

Unknown said...

cikgu sakit apa??!

Lezah Zaini said...

They call it myoma or most people call it fibroid. Its a kind of tumor on the wall of uterus. It affected the cycle and very heavy bleeding. It really affected my life because the bleed does'nt want to stop for days! And it grow bigger and bigger. So I have to stop to it. And the only way to stop it is to remove it through an opperation. Itulah ceritanya.