Hari ini hari ke-25 saya bercuti sakit. Hari Isnin depan saya akan mula bekerja semula. Adakah aku sudah bersedia untuk bekerja semula? Hmmm dari segi kondisi badan, rasanya saya sudah mampu untuk mendaki tangga untuk naik ke pejabat. Walaupun agak cepat penat apabila melakukan sesuatu aktiviti, tapi alah bisa tegal biasa. Mungkin terlalu banyak lepak, maka badan cepat saja penat, apatah lagi sekarangni bulan puasa. Kadang-kadang saya salahkan diri sendiri juga, yang memanjakan sangat diri ini. hahaha. Mesti set minda untuk bersiap-siap untuk bekerja keras apabila dah mula bekerja nanti. Come on, lezah, chaiyok, chaiyok!! haha
Banyak kerja menanti apabila pulang ke sekolah nanti.
Senarai semak:
1. Kertas soalan BM Kertas 1 Percubaan SPM - tarikh akhir 26 Ogos.
Sebenarnya tak susah pun, hanya perlu sediakan soalan karangan respons terbuka jer... my favorite tuh..
2. Minggu Akademik 2. 23 Ogos dah nak mula. Hello geng, dah siap sedia?
3. CD yearbook. Hmmm masih mencari ilham nak buat. Harap-harap dapat siapkan dengan cepat.
4. Pindaan Jadual waktu - dah siap, yahoo! hari Isnin nanti boleh print.
5. Marking Ujian 2. Nasib baik Perdagangan objektif jer.
Friday, August 13, 2010
Thursday, August 5, 2010
Hari ketujuh belas - My first day out. :-)
Hari ini saya menemankan adik (my sister, Aziah) yang hendak buat birthday party anaknya Sabtu ni, nak beli jajan dan hadiah birthday. Saya pun nak tumpang jenjalan dan belikan hadiah untuk Afiqah yang kami panggil 'adik'. Inilah peluang saya untuk pergi jalan-jalan.
Petang tadi kami pun ke Sekinchan.
Aziah ke kedai jajan dulu, saya tunggu di kereta jer.
Lepas tu kami ke kedai pakaian baby - World of Cartoon.. Seronok juga pergi ke sini. Ada sales up to 70%. Saya pun beli 5 pasang pakaian lelaki dan 4 pasang pakaian perempuan. Semuanya berharga RM125.00 sahaja. Best kan. Lima pasang baju lelaki tu untuk Umar, Zharif, Zakwan, hasif dan Aiman. Yang perempuan pula, untuk adik, sikembar dan Hanisah! Hari Sabtu nanti datang tau, collect hadiah. Best kan, sorang birthday, 9 orang yang dapat hadiah. Anak-anak saudara yang lain tu tak dapat, jangan kecik hati tau. Makngah bukan cap duit. Lain kali kalau ada rezeki, angah tentu akan belikan korang.
Dah pukul 5.30 petang, ayah nak pergi tengok sawah. Apa lagi, cepat-cepat saya cakap saya nak ikut. Dah berapa hari berangan nak tengok sawah. Akhirnya termakbul juga.
Ni di hadapan sawah ayah adik. Baru saja ditanam mengikut kaedah calit.
Banyak burung penghijrah yang bertandang. Kalau ada kamera DSLR kan best! Boleh zoom ambil gambar burung-burung ni.
Inilah mesen calitnya. First time tengok.
Yang ini pula benih padi. Dulu-dulu tak macamni, sekarangni penanaman padi dah moden! (Itupun masih tak dapat menampung keperluan beras negara)
Sistem pengairan di sini menggunakan sistem palung.
Banyak jugak alat-alat moden yang digunakan dalam penanaman padi di Tanjung Karang.
Yang ini dipanggil bajak.
Kapal Korek. :-)

Monday, August 2, 2010
Melbourne - Kota Pendidikan
Seronoknya dapat pergi Melbourne! Walaupun hanya 6 hari 4 malam sahaja, tetapi peluang yang telah diperoleh telah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih SSB yang telah memilih saya antara yang terpilih. :-)
Walaupun kunjungan kami ke Melbourne telah berlalu pada Jun yang lepas, namun tidaklah terlalu lewat untu saya mengabadikan kenangan tersebut di dalam blog ini untuk tatapan masa depan. 4 guru yang terpilih, tahniah kepada kami hihi Kak Pah, Wong dan Roseni yang kemudian digantikan oleh Jannah kerana Roseni tak dapat pergi, pergi bersama-sama suami Wong, Roslina dan Wan. Di sana, kami disertai pula rombongan elit iaitu Pn H dan suami, Pn RM dan anaknya, Pn SNH dan Cik P. Gembiranya kerana ahli rombongan semakin banyak.
Hari Pertama- 6 Jun 20108 jam di kapal terbang tak terasa kerana saya main game saya. ala word game. Lagipun tak dapat tidur kerana siang lagi. Sampai di Melbourne dah pukul 11.30 malam.
Setelah check-in di hotel, saya sempat lagi ke 7-E cari makanan. Hujan renyai di Melbourne.Hari Kedua - 7 Jun 2010 (Isnin)
Lawatan ke Philips Island. Perjalanan agak jauh. Dalam perjalanan kami singgah di beberapa tempat.
Hari ketiga - 8 Jun 2010 (Selasa)
School Visit. Kami melawat ke sekolah menengah. Chopperfield College. Banyak yang kami pelajari di sini.
Hari keempat- 9 Jun 2010 (Rabu)
School Visit - kami ke sekolah rendah pula.
and Melbourne Tour - hujan renyai-renyai.
Hari kelima - 10 Jun (Khamis)
Puffing Billy - Hoot hoot!
Hari keenam - 11 Jun 2010 LCCT Kuala Lumpur.
Gambar-gambar akan menyusul. :D

Ada sedikit masa sebelum ke Philips Island - kami belasah ronda-ronda Melbourne - cuba mengenal nama-nama jalan dan nama-nama kedai. hakhak.Banyak jugak duit aku habis kat sini. :-(
Lawatan ke Philips Island. Perjalanan agak jauh. Dalam perjalanan kami singgah di beberapa tempat.
Hari ketiga - 8 Jun 2010 (Selasa)
School Visit. Kami melawat ke sekolah menengah. Chopperfield College. Banyak yang kami pelajari di sini.
Hari keempat- 9 Jun 2010 (Rabu)
School Visit - kami ke sekolah rendah pula.
and Melbourne Tour - hujan renyai-renyai.
Hari kelima - 10 Jun (Khamis)
Puffing Billy - Hoot hoot!
Hari keenam - 11 Jun 2010 LCCT Kuala Lumpur.
Gambar-gambar akan menyusul. :D
Hari keempat belas - I feel good!
Susahnya nak bangun pagi ini. Oh ya! Hari ini hari Isnin. Harap-harap tak ramailah SSB teachers yang mendapat Monday Sickness. Kesian kat kawan saya Cik Jah nak menulis borang-borang relief tu. Tapi kalau dah tak berdaya nak ke sekolah tu, apa nak buat. Macam saya ni, terpaksa duduk di rumah. Walaupun saya di rumah, tapi hati saya di sekolah. Nasib baiklah ada banyak perkara yang dapat melalaikan saya sebentar. haha.
Walaupun macam susah jer nak bangun hari ini, tetapi macam ada kelainan sikit. Saya tak rasa susah nak berdiri, Tiada rasa sakit di dalam. Wah, gembiranya! Adakah aku sudah pulih? Yehaaa!! (Jangan nak perasanlah) Sebenarnya rasa sakit di luar (kulit perut) masih terasa disebabkan rasa kebas yang masih belum hilang. Bilalah pulak sakit tu akan hilang?
Hari ini rasa nak pergi melancong! Pergh baru baik sikit dah nak pergi melancong. Sabar, sabar. Kalau sakit nanti siapa susah. Emak jugak.
Sebenarnya saya teringin nak tengok dunia luar. Nak pergi jalan-jalan tapi naik kereta, tengok sawah padi. Ala, duduk kat dalam kereta jer sambil menikmati keindahan sawah padi yang baru je nak ditanam. Tak salah kan. Harap-harap keinginanku ini tercapai juga petang nanti. Sekarangni pukul 11.58 pagi, cuaca panas. Tunggu petang, redup sikit.
Menu hari ini ialah ikan gelama sagil masak asam, Ikan gelama ni sedap juga rupanya. Mungkin sebab ikan fresh agaknya. Kat Tanjung Karangni memang bertuah kerana dekat dengan pantai dan nelayan banyak yang menjual sendiri hasil tangkapan mereka. Kalau nak makan ikan-ikan segar, datanglah ke Tanjung Karang; misalnya ke Bagan Pasir dan kat depan rumah kami ni! Udang kelabunya sedap digoreng begitu sahaja. Jauh lebih sedap daripada udang Tesco tu! Nak jer saya berjalan ke pasar, tapi emak pasti bising. hehe saya ni memang degil.
Ala, bahu sakitlah. Ni mesti sebab banyak sangat main komputer. Isy!
Sunday, August 1, 2010
Hari ketiga belas - Thank You My Friends
Saya ingin mengabadikan rasa kesyukuran saya di sini kerana dikelilingi rakan-rakan yang prihatin, baik, bekerjasama dan banyak lagilah yang tak tertulis di sini. Pendek kata, saya amat menghargai kehadiran rakan-rakan dalam hidup saya. Tanpa anda semua, hidup saya akan sepi dan tak seindah sekarang. Tak terkecuali juga kepada rakan-rakan siber saya yang turut memeriahkan hidup saya terutama tatkala kesunyian. Koranglah penghibur duka lara. Ewahhhh!Ketiadaan sahabat-sahabat semua amat saya rasai terutama apabila duduk di rumah kerana berehat cuti sakit. Namun, dengan wujudnya Facebook dan SMS mahupun MMS, kesunyian ini terubat juga kerana dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui media tersebut. Inilah yang dikatakan jauh tetapi dekat. Semuanya di hujung jari sahaja!Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, terutama yang telah mendoakan kesejahteraan saya semasa menghadapi pembedahan yang lalu dan kepada mereka yang telah meluangkan masa menziarahi saya semasa saya di hospital. Terima kasih juga kepada Wan yang telah mengambil gambar-gambar mereka ini sebagai kenangan saya. Saya memang tak sangka ada jurugambar semasa rombongan Cik Jah hari tu. Thank You friends.
Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil.
Banyak lagi kawan yang datang menziarahi saya tetapi tak diambil gambar. Yalah kan, manalah saya nak ingat nak ambil gambar semasa sedang terbaring sakit. Yang tak sempat menziarahi saya tu, saya faham. Tak kecik hati pun. Terima kasih atas doa kalian. Hari ini hari saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)