Saya ingin mengabadikan rasa kesyukuran saya di sini kerana dikelilingi rakan-rakan yang prihatin, baik, bekerjasama dan banyak lagilah yang tak tertulis di sini. Pendek kata, saya amat menghargai kehadiran rakan-rakan dalam hidup saya. Tanpa anda semua, hidup saya akan sepi dan tak seindah sekarang. Tak terkecuali juga kepada rakan-rakan siber saya yang turut memeriahkan hidup saya terutama tatkala kesunyian. Koranglah penghibur duka lara. Ewahhhh!Ketiadaan sahabat-sahabat semua amat saya rasai terutama apabila duduk di rumah kerana berehat cuti sakit. Namun, dengan wujudnya Facebook dan SMS mahupun MMS, kesunyian ini terubat juga kerana dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui media tersebut. Inilah yang dikatakan jauh tetapi dekat. Semuanya di hujung jari sahaja!
Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil.
Banyak lagi kawan yang datang menziarahi saya tetapi tak diambil gambar. Yalah kan, manalah saya nak ingat nak ambil gambar semasa sedang terbaring sakit. Yang tak sempat menziarahi saya tu, saya faham. Tak kecik hati pun. Terima kasih atas doa kalian. Hari ini hari saya.
3 comments:
alaaa... nape gmbr saya takmasuk? ni yg kecik ati ni...
Tulah Cik na. Saya belek-belek gambar, tak nampak pulak Cik na. Tapi tengok sekali lagi, adalah. Cuba tengok betul-betul. Kalau tak kat belakang Li, belakang Shamsul. tak pun belakang Ned. Kan? Nampak tak?
hehe
tu la kak.. nak buat camana kan.. kurus sgt sampai taknampak.. :P
Post a Comment