Monday, August 2, 2010
Hari keempat belas - I feel good!
Susahnya nak bangun pagi ini. Oh ya! Hari ini hari Isnin. Harap-harap tak ramailah SSB teachers yang mendapat Monday Sickness. Kesian kat kawan saya Cik Jah nak menulis borang-borang relief tu. Tapi kalau dah tak berdaya nak ke sekolah tu, apa nak buat. Macam saya ni, terpaksa duduk di rumah. Walaupun saya di rumah, tapi hati saya di sekolah. Nasib baiklah ada banyak perkara yang dapat melalaikan saya sebentar. haha.
Walaupun macam susah jer nak bangun hari ini, tetapi macam ada kelainan sikit. Saya tak rasa susah nak berdiri, Tiada rasa sakit di dalam. Wah, gembiranya! Adakah aku sudah pulih? Yehaaa!! (Jangan nak perasanlah) Sebenarnya rasa sakit di luar (kulit perut) masih terasa disebabkan rasa kebas yang masih belum hilang. Bilalah pulak sakit tu akan hilang?
Hari ini rasa nak pergi melancong! Pergh baru baik sikit dah nak pergi melancong. Sabar, sabar. Kalau sakit nanti siapa susah. Emak jugak.
Sebenarnya saya teringin nak tengok dunia luar. Nak pergi jalan-jalan tapi naik kereta, tengok sawah padi. Ala, duduk kat dalam kereta jer sambil menikmati keindahan sawah padi yang baru je nak ditanam. Tak salah kan. Harap-harap keinginanku ini tercapai juga petang nanti. Sekarangni pukul 11.58 pagi, cuaca panas. Tunggu petang, redup sikit.
Menu hari ini ialah ikan gelama sagil masak asam, Ikan gelama ni sedap juga rupanya. Mungkin sebab ikan fresh agaknya. Kat Tanjung Karangni memang bertuah kerana dekat dengan pantai dan nelayan banyak yang menjual sendiri hasil tangkapan mereka. Kalau nak makan ikan-ikan segar, datanglah ke Tanjung Karang; misalnya ke Bagan Pasir dan kat depan rumah kami ni! Udang kelabunya sedap digoreng begitu sahaja. Jauh lebih sedap daripada udang Tesco tu! Nak jer saya berjalan ke pasar, tapi emak pasti bising. hehe saya ni memang degil.
Ala, bahu sakitlah. Ni mesti sebab banyak sangat main komputer. Isy!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment