

Petang tadi kami pun ke Sekinchan.

Aziah ke kedai jajan dulu, saya tunggu di kereta jer.
Lepas tu kami ke kedai pakaian baby - World of Cartoon.. Seronok juga pergi ke sini. Ada sales up to 70%. Saya pun beli 5 pasang pakaian lelaki dan 4 pasang pakaian perempuan. Semuanya berharga RM125.00 sahaja. Best kan. Lima pasang baju lelaki tu untuk Umar, Zharif, Zakwan, hasif dan Aiman. Yang perempuan pula, untuk adik, sikembar dan Hanisah! Hari Sabtu nanti datang tau, collect hadiah. Best kan, sorang birthday, 9 orang yang dapat hadiah. Anak-anak saudara yang lain tu tak dapat, jangan kecik hati tau. Makngah bukan cap duit. Lain kali kalau ada rezeki, angah tentu akan belikan korang.
Dah pukul 5.30 petang, ayah nak pergi tengok sawah. Apa lagi, cepat-cepat saya cakap saya nak ikut. Dah berapa hari berangan nak tengok sawah. Akhirnya termakbul juga.

Ni di hadapan sawah ayah adik. Baru saja ditanam mengikut kaedah calit.

Banyak burung penghijrah yang bertandang. Kalau ada kamera DSLR kan best! Boleh zoom ambil gambar burung-burung ni.


Inilah mesen calitnya. First time tengok.


Sistem pengairan di sini menggunakan sistem palung.
Banyak jugak alat-alat moden yang digunakan dalam penanaman padi di Tanjung Karang.

Yang ini dipanggil bajak.

Kapal Korek. :-)

No comments:
Post a Comment