Sunday, August 1, 2010

Hari ketiga belas - Thank You My Friends


Saya ingin mengabadikan rasa kesyukuran saya di sini kerana dikelilingi rakan-rakan yang prihatin, baik, bekerjasama dan banyak lagilah yang tak tertulis di sini. Pendek kata, saya amat menghargai kehadiran rakan-rakan dalam hidup saya. Tanpa anda semua, hidup saya akan sepi dan tak seindah sekarang. Tak terkecuali juga kepada rakan-rakan siber saya yang turut memeriahkan hidup saya terutama tatkala kesunyian. Koranglah penghibur duka lara. Ewahhhh!Ketiadaan sahabat-sahabat semua amat saya rasai terutama apabila duduk di rumah kerana berehat cuti sakit. Namun, dengan wujudnya Facebook dan SMS mahupun MMS, kesunyian ini terubat juga kerana dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui media tersebut. Inilah yang dikatakan jauh tetapi dekat. Semuanya di hujung jari sahaja!Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, terutama yang telah mendoakan kesejahteraan saya semasa menghadapi pembedahan yang lalu dan kepada mereka yang telah meluangkan masa menziarahi saya semasa saya di hospital. Terima kasih juga kepada Wan yang telah mengambil gambar-gambar mereka ini sebagai kenangan saya. Saya memang tak sangka ada jurugambar semasa rombongan Cik Jah hari tu. Thank You friends.
Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil.
Banyak lagi kawan yang datang menziarahi saya tetapi tak diambil gambar. Yalah kan, manalah saya nak ingat nak ambil gambar semasa sedang terbaring sakit. Yang tak sempat menziarahi saya tu, saya faham. Tak kecik hati pun. Terima kasih atas doa kalian. Hari ini hari saya.

3 comments:

cik na said...

alaaa... nape gmbr saya takmasuk? ni yg kecik ati ni...

Lezah Zaini said...

Tulah Cik na. Saya belek-belek gambar, tak nampak pulak Cik na. Tapi tengok sekali lagi, adalah. Cuba tengok betul-betul. Kalau tak kat belakang Li, belakang Shamsul. tak pun belakang Ned. Kan? Nampak tak?

hehe

cik na said...

tu la kak.. nak buat camana kan.. kurus sgt sampai taknampak.. :P