Alhamdulillah pada hampir setiap hujung minggu, aya akan balik ke kampung dan pada hari Ahad biasanya kami akan ke kebun. Sang suami akan menebas rumput atau meracun atau membaja tanam-tanaman yang ada dan saya biasanya akan memetik limau kasturi dan limau nipis. Kadang-kadang tu dapat juga dijual limau kasturi dengan harga RM1.50 sekilogram kalau jual kepada Kak Siti yang menjual ikan dan sayur di depan rumah tu. Kalau jual kepada Restoran Ikan Sembilang Kg Pinang dapatlah sekilo RM2.50. Sepagi tu biasanya dalam 2-3 jam sahaja kami di kebun dan dapatlah kumpul dalam RM5-10 ringgit. Jadilah, dapatlah ditukar dengan ikan sekilo. Hmm kalaulah aku duduk di kampung, beginilah agaknya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Tapi makcik pakcik kat kampung tu boleh jer pergi haji dan umrah berkali-kali, kita ni nak pergi haji pun jenuh!!!)
Minggu lepas, kami balik lagi dan kali ini kami pergi menimjau kebun di Lorong 16. Di kebun ini ada pokok kelapa sawit, kelapa yang dah tinggi sangat, rambutan, durian yang belum berbuah lagi, pokok nangka dan cempedak dan beberapa batang pokok mangga dan kuinin. Dan yang paling banyak kat sini ialah NYAMUK. Adoiii... berperang dengan nyamuk di sini. Walaupun ada bawa Ridsect, tapi tak tahu pula nak menggunakannnya bagaimana kerana saya hanya merayau-rayau meninjau kawasan. haha. Agak terbiar kebin ini. Hasil pun tak banyak. Yang seronok ialah kera dan tupai. Tak lama di sini, kami pun pergi ke kebun Lorong 1.
Di Lorong 1, suasana agak berbeza. di sini banyak sawit juga tapi terdapat sebatang pokok pelam telur dan berbuah agak lebat. Teringat pada Rohaya yang suka akan pelam ini. Maka dengan bersungguh-sungguhnya saya memetik buah yang agak rendah. Tanpa disedari saya berdiri dekat dengan sarang kerengga. Adoii lagi. Berperang dengan kerenggalah pulak.
Kat belakang kebun ada pelam putih. Hmm nasib baik ada galah. Dengan gagahnya saya menjolok buah mangga. Dapatlah dua bakul. Yehaaa!!!
Dengan rajinnya saya mengupas buah mangga untuk dibawa ke sekolah keesokan harinya.
Dan terlebih rajin, siap hiriskan mangga ini. Hmmm makan dengan kuah rojak Mak Bee, memang sangat menyelerakan. Kecur lidah.
No comments:
Post a Comment