Wednesday, September 25, 2013

Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Siri 1)

Macam mana nak ingat dan faham tentang ayat aktif dan ayat pasif ni? Banyak murid yang tak faham. Lebih menyedihkan lagi, cikgu sendiri pun tak faham. Izinkanlah saya menghuraikan hal ini dengan bahasa yang paling mudah. Saya bukanlah pakar tetapi saya cuba untuk memberikan kefahaman secara ringkas melalui pemahaman saya sendiri yang belajar sendiri melalui bacaan sendiri.

Ayat Aktif merujuk pada PELAKU. Pelaku boleh jadi orang, binatang atau benda. Pelaku melakukan sesuatu. Jadi Pelaku adalah aktif kerana'dia' melakukan sesuatu. Haa senang kan. Ayat tu ayat aktif kerana PELAKU aktif melakukan sesuatu.

Contoh ayat:

Mak Temah membeli seutas beg tangan.


Pelaku ialah Mak Temah. Mak Temah buat apa? Membeli seutas beg tangan. Jadi Mak Temah ialah pelaku yang aktif. Oleh itu, ayat ini ialah ayat aktif.

Ni Mak Temah moden. Hehe
 Contoh ayat 2.

Kucing menangkap seekor tikus.

Pelaku ialah kucing. Kucing melakukan sesuatu iaitu menangkap tikus. Kucing ialah pelaku yang aktif.  hehe senang kan?

Hahaha Kucing ni tersilap tangkap; tetikus pun jadilah...
 Contoh ayat 3.

Kipas berpusing.

Pelaku ialah kipas. Kipas melakukan sesuatu. Jadi kipas pelaku aktif dan ayat ini ialah ayat aktif,

Kipas sedang berpusing, tu yang tak jelas bilahnya....


Selalu ingat: Ayat terbahagi kepada DUA bahagian iaitu Subjek dan Predikat. Dalam hal ini PELAKU merupakan subjek. Dalam ayat aktif, perkara yang hendak diperkatakan adalah tentang PELAKU dan PELAKU itu buat apa? Noktah.

Sebarang pertanyaan, sila lontarkan dalam ruang komen.

No comments: