Ayat aktif ada dua jenis - ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif
Mari kita memfokuskan diri kita untuk memahami ayat aktif tak transitif.. Let's a bit ilmiah. hehe bahasa rojak.
Mengikut kamus The Concise Oxford, intransitive means does not take a direct object.
Kamus Dewan kata :- tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (berkenaan kata kerja).
Apakah persamaan antara kedua-dua ini? Siapa dapat jawab angkat tangan!! (Amboi, ramainya yang angkat tangan, bagus ;-) haha)
Maksud intransitif atau tak transitif secara mudahnya ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri. Maksud berdiri sendiri ialah apabila digunakan dalam ayat, kata kerja tersebut sudah betul penggunaanya. Ayat tersebut sudah betul tanpa perlu menambahkan objek pada kata kerja tersebut. Adoiii jangan pening ya...
Contoh ayat:
1. Kipas berpusing.
Kipas berpusing |
2. Kucing mengiau.
Dengar tak? Kucing mengiau. |
3. Adik menangis.
Kesian... adik menangis. |
4. Ibu tersenyum.
Ibu tersenyum |
5. Ayah menguap.
Ayah menguap |
Kakak tidur |
7. Abang menari.
Abang menari. |
8. Saya bernyanyi.
Saya bernyanyi. |
Kelapan-lapan ayat di atas betul dan cuba perhatikan bahawa semua perbuatan tersebut dilakukan ke atas diri sendiri. Sebab itulah tak perlukan objek. Betul tak?
Ada sambungan......
(psst psstt gambar-gambar diambil dari Google. Terima kasih)
No comments:
Post a Comment