Monday, July 28, 2008

Trip to Dusun Durian

Thanks to Siti Normah for inviting us to her sister's kebun kat Kg Buah, Bangi. 13 of us i think pergi ke sana just after Hari Anugerah. Walaupun penat dan mengantuk, we headed to Bangi. Wa and my sister tumpang kereta Normah, Roslina and family in another car, Shamsul and Rosli, Rohaya and husband headed to toll Bangi and waited for Helmy and wife.
Rohaya, Shamsul dan Siti Normah...

Finally we reached at Kak Lang's house, greeted by her mother and sister and a longgok of durians.... and pokok-pokok buah and herbs...
Emak borek anak rintik...

Ada yang seronok sangat nak panjat pokok rambutan, sibbaik husband suruh turun....

Memetik buah rambutan memang pengalaman yang menyeronokkan. Pastu makan buah di bawah pokok.
Selepas merayau-rayau dalam kebun, lepak makan durian dan manggis pula. Buah pulasan besar-besar. Duku langsat pun ada.


Tak cukup dengan itu, kami dijamu pula dengan mi goreng dan teh panas.

Dah kekenyangan, terbaringlah pulak.

Sambil tu wa melihat-lihat pokok-pokok yang ditanam di sekitar rumah. Kak Lang ni memang rajin orangnya. Seronok betul dapat berkebun begini.

Dah nak balik tu, ada jugak yang tapau buah balik... hahaha

Lepas makan, jangan lupa kemaskan sampah-sampahnya ya. Tengoklah jejaka perasan ni, rajin betul. Eh, bila pulak minah gediks ni enter frame?


Terima kasih Kak Lang, Siti Normah dan Makcik kerana melayan kami dengan buah-buahan. Kalau kami terlebih sudah tu, maafkanlah kami... Kamini lepas tension selepas hari anugerah...








Macam Artis





Inilah antara students wa yang menghadiri Hari Anugerah Bestari 2008. Macam artis. Cikgu? Kami memakai uniform seperti selalu. Tak bolehlah nak bergaya. Elok jugalah... tak habis duit beli baju.

Hari Anugerah Bestari




Ruhana Abdul Rahman - Overall Best Student 2008


Wah, penat sungguh minggu lepas. Pada hari Sabtu, 26 Julai, Hari Anugerah dijalankan di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Biasalah, wa akan bertugas sebagai jurufoto. Tapi kali ini wa bertuah lagi kerana ada 2 orang pro yang ambik gambar. Wa hanya selaraskan saya dan ambik gambar sikit-sikit. Mr Pang and Mr Koh, both were very reliable dan menyenangkan kerja wa.

Nigel Chew (presiden Kelab Fotografi sekolah wa) pun bukan main lagik dengan kamera barunya. Wahhhh... D80 lagik.... mengalahkan cikgu tu... tulah, derangni duit lagi banyak dari cikgu.
Zu, thanks for helping me.




Hari anugerah went on smoothly. Wa pun ada jumpa pelajar-pelajar lama. Konsert pun berjalan dengan lancar. Sedap juga suara Nicole bernyanyi dalam the Sound of Music. kalau semua nyanyi live kan bagus. Makanan pun sedap juga, apatah lagi perut lapar.

Wa stay 2 malam kat Legend. Ni semua gara-gara tersilap booked hotel. Melayanglah duit wa extra 200 setengah. Kalau guna duit tu beli henbeg kat bawah tu, lawa henbeg wa... huh... tapi itulah namanya rezeki Legend.

Pemandangan dari bilik hotel.

Overall, wa tak reti nak rate hari Anugerah kerana wa sebok belakang kamera. Tapi nampaknya semua berjalan dengan lancar. kata kawan-kawan wa, Hari Anugerah ini ialah antara yang terbaik pernah dijalankan. Hmmmmm baguslah. Tahniah kepada semua guru, staf, pelajar-pelajar dan ibu bapa yang memberikan sokongan.

Friday, July 25, 2008

Ex-students

Lennard, Ching Shen dan andy Lim


Ramai juga ex-students yang rajin menjenguk sekolah. Wa rasa gembira kalau mereka datang dan berjumpa dengan cikgu. Suatu hari tu, Adni Rahma pelajar tahun 1999 rasanya, datang ke skolah. Wah, dah bertambah cantik orangnya. Tapi masa tu tak ambil pula gambarnya.


Andrew Leonard Lim


Baru-baru ini Andrew leonard datang. Lennard Chia Aun juga datang dengan Ching Shern. Masa Swimming Gala, Elaine dan Chee Foong datang. masa hari Anugerah, Esther datang dengan adiknya. Tapi malu-malu pula Esther ni...


Wa, sebagai guru, suka benar kalau ex-student datang ke sekolah. kepada ex-student yang baca blog ini, sebar-sebarkanlah kepada kekawan yang lain. Bila lalu kat Sri Damansara, singghlah kat sekolah.

Thursday, July 24, 2008

Sofea





Sofea, sofea...... wa suker nama Sofea. Teringat akan Sofea Jane pulak. Sofea ni anak murid tuisyen wa. Sebelum wa cerita panjang, wa nak ingatkan anak-anak murid wa yang membaca blog ini.... hati-hati dan biasakan diri dengan kata ganti yang wa gunakan di sini... Wa hanya guna kata ganti diri 'wa' hanya di alam maya sahaja tau... tidak dibenarkan menggunakan wa lu di alam realiti.... pastu jangan terkejut dengan bahasa yang digunakan di sini. ini bahasa santai, cikgu tak nak formal-formal kat sini.... memang banyak kesalahan bahasa, sebagai realitinya kita selalu membuat kesalahan sama ada secara sedar, separuh sedar mahupun tak sedar langsung. Saya cuba menjadi saya yang sebenarnya, saya yang dulu, walaupun hujan dan panas silih berganti, siang berganti malam, malam berganti siang, saya tetap saya yang dulu, yang sekarang, yang akan datang...... adakah saya akan berubah seperti Nur Atma I dan II? hanya masa yang menentukan....[apa yang wa merepekni?]

Sofea, a unic person, carefree, happy go lucky, suka buat apa yang dia suka buat, but no heart feeling.... geleng kepala wa... tapi dia dah quit BM.. Why Sofea? Teruk sangat ker cikgu ni, Sofea. Tapi walaupun Sofea tak ada dalam kelas, kelas tetap havoc macam selalu. Entah apatah yang derang pelajari masa tuisyen. Apa yang wa perasan, derangni enjoy jerk.... kalau wa jadi student lagi kan best... tapi malaslah nak attend kelas lagik...

Sofea inspired me to write a blog. Andrew too. not Andrew Cekallah. Andrew Leornard Lim and not forgetting my sweet muffins friend CS and my Birmingham Friend Dr Esmady. Thank u guys....

Wa mengajar kat Cekal dah 2 tahun.Semuanya gara-gara Rohaya. Kononnya nak tolong dia yang sakit. pastu wa terjebak sampai sekarang. Mrs A, next year tak payahlah kan? Wa ajar BM std 6, F1,2,3 dan 5. Wa enjoy ngajar derang ni... lagi-lagi kalau derang faham apa yang wa ajar. Walaupun kekadang tu geram gak dengan kelas Sofea ni.... but they are just adorable and naughty...

Ala sofea, ada problemlah nak uplod gambar...

Sunday, July 20, 2008

Balik kampung


Sabtu 19 Julai 2008, wa balik ke kampung di Tanjung Karang. On the way singgah di NSK Sungai Buluh belikan emak air mineral. Sekotak RM6.00 dan beli air Revive sekartun RM22.50. Then singgah kat tepi jalan on the way ke Sg Plong, beli pulit panggang. Makcikni punya pulut panggang memang best, dah lama tak beli. sekarang dah 50sen seketul. Wa beli 20. RM10.00. Panas betul cuaca hari ini. kat Ijok, kami singgah minum cendul. Sedap. Pastu terus balik. Di pekan Tg karang, emak call dan suruh beli prepaid Maxis. Berhenti lagi... Kira-kira pukul 4.30 petang baru sampai di rumah.


Adalah rehat setengah jam, pastu kami pergi ke Sungai Besar pulak. Salmah drive. Wa hantar kereta kat pomen.. nak baiki speedo meter yang rosak. Besan mak wa kenduri, so makan kendurilah kami. Sepanjang jalan dari sungai besar ke Tg Karang cukup meriah dengan garai jualan. Ada yang menjual mangga, jagung, kelapa, kerepek, bahulu dan sebagainya. Ada juga gerai-gerai yang menjual mentarang sejenis siput laut. Teringin nak beli, tapi on the wa balik ke Tjg Karang dah senja, gerai pun dah tutup.
Hari Ahad, wa temankan emak dan ayah menjenguk rumah sewanya di Kg Raja Musa. Sebelum tu wa singgah di Petronas nak isi minyak. Adalah mamat petronas tu yang baik sangat pi periksa wa punya tong air... berkarat katanya. [dalam hati, wa tau] Dia pun rajin pergi cuci. Pastu masukkan coolent. Kenalah 56 hengget. Hmmmmm....
Inilah rumah di Raja Musa. Tak terbela rumahni... Orang sebelah rumah campak besi buruk kat halaman rumah. Tak ada sivik minded langsung. Rumah sewa emak ni dah kosong. Tak ada orang duduk. jadi emak pun nak kemas-kemaskan rumah. Baru minggu lepas meracun rumput yang dah panjang tu.
Pastu, kami menjenguk kebun. Seekar jer. kebun ni dulu ditanam kelapa, tapi dek kerana banjir, kelapa pun dah mati. Sekarang nak ditanami dengan pokok kelapa sawit pula. Adik ipar yang pencen askarlah yang nak mengerjakannya. Hmmm lapang dah kebun ayah ni.













Kak Jah sebelah rumah bagi bubur gunting. Sedap gak. Ada durian.

Petangni, wa nak balik cepat kerana nak singgah kat sekolah, nak kemas barang. Normah nak datang so boleh temankan dia. 2 in 1. Tapi bila nak start kete, tak leh pulak. alamak bateri kong. Terpaksalah tunggu pomen gantikan bateri pulak. Rupanya wa terlupa tutup lampu....



6.28 petang.

Wednesday, July 16, 2008

Very Productive

Hari ini wa cukup puas. Lepas balik dari sekolah, wa singgah kat NSK Pasaraya Borong kat Rawang. dah lama tak singgah kat sini. Beli ikan kembung selonggok RM1.00, Ikan belanak pun seringgit, sotong besar RM5.88 tiga ekor, sayur sepeket seringgit, cili api, dsb habislah RM60 hengget. Benda mahal yang wa beli, Friskies jer... RM13.90. Oh ya, wa juga beli buah-buahan.. manggis RM2.50 sepeket, pulasan RM2.00 dan belimbing juga 2 hengget. wa beli yang kira leleonglah tapi walaupun begitu kualiti masih cun. Pulasannya pun sedap begitu juga manggis. Belimbing belum di makan lagi. Kiranya hari ini wa menang membeli dan menang mengguna.

Barang yang wa beli:
Sayur apa tah, macam kailan dan sawi RM1.00
Kubis Cina 0.70
Cili api merah 1.50
Bawang India 0.70
Friskies 13.90
Frankfurter Ayam Mas 3.20
Biskut Lexus 4.20
Biskut tiger 1.00
Gula-gula 1.85
Gula-gula 1.85
Gula-gula 1.80
Ikan kembung 1.00
Ikan belanak/kedera 1.00
Sotong 5.88
Ikan cencaru 2 ekor 1.90
Buah Pulasan 2.00
Manggis 2.50
Belimbing 2.00
Jumlah lebih kurang RM60.00

Tambahan, ada satu lagi yang wa beli... tissue paper 200 ply sebungkus 4 kotak - RM8.49.

Berbaloi kan..


Sesampai jer di rumah, dah dekat kul 10 malam; wa terus gi ke dapur, bersihkan ikan/sotong sambil basuh kain. Pastu wa maasak beb.... masak nasi, goreng ikan kedera, dan masak sayur. Makan ... pergh...

Pastu wa lipat kain, dan sidai kain..... baru beres.... wa pun on laptop hingga sekarang. Dah pukul 12.07 pagi. Wa kena bersedia untuk tidur. Nak mandi ker? Orang tua-tua kata, tak bhaekkk mandi malam kan, kan, kan ...

Relief Time-table


Sekarang kul 6.42 petang. Wa masih lagi di sekolah. Baru saja siap menyediakan relief untuk hari esok. wah... 51 relief nak kena buat. Dari pagi wa cuba menyediakan time-table esok dan hari Jumaat. Esok seramai 12 orang guru akan ke Hotel The Legend kerana ada rehearsal Hari Anugerah. seorang lagi ambil cuti kerana anak sakit manakala 2 lagi masih belum ada guru pengganti. Pada hari Jumaat pula ada Swimming Gala. Termasuk seorang yang akan ke PPD ada 11 orang guru yang tiada di sekolah kerana bertugas semasa Swimming Gala termasuklah juga wa. Wa dah sediakan relief time-table untuk hari Jumaat. Harap-harap tak adalah guru lain yang tidak hadir. Pening wo!!!!


Penat sungguh wa pada hari ini. Tapi wa puas kerana dapat menjalankan tugas baru wa dengan agak baik. Sendiri puji diri sendirilah. Motivate diri sendiri.

Monday, July 14, 2008

Macro lense


Wa suka ambil gambar bunga dan alam semula jadi seperti serangga, burung dan sebagainya. Tapi nak ambil gambar objek-objek ni, memerlukan lense yang hebat dan mahal harganya. Wa berimpikan untuk membeli lense makro dan lense telefoto. Kalau ada lense makro, wa boleh meneruskan hobi wa ambik gambar-gambar bunger and other plants. Ada sesiapa ker nak hadiahkan wa macro lense? Wa rasa harganya melebihi RM2000. Lensa telefoto pula berguna kalau nak ambil gambar yang jauh. Boleh zoom. Especially kalau nak ambil gambar burung. Lensa telefoto yang termurah pun melebihi RM2000. Mungkin wa akan beli simple zoom lense jerlah.

Gambar di atas tu wa ambil guna function macro yang automatik. Tak puaslah. Gambar tak sharp. Wa suker kalau dapat tengok details of the flocer dengan jelas. Mungkin wa boleh guna secara manual. Wa akan belajar cara menggunakannya or wa try jer. Kalau berjaya wa akan tunjukkan gambarnya.

Sunday, July 13, 2008

Cheer 2008

Semalam our Cheer Leaders dapat top 15. Hari ini malang sekali tak dapat top five. Tadi wa pergi Bukit Jalil tengok persembahan our girls. not bad actually; tak nampak kesalahan. Puas hati jugak. Tapi kenapa tak menang ya? Mungkin ada kriteria-kriteria tertentu yang kami lacking. Jannah and the girls janganlah bersedih sangat ya, yang penting anda memang hebat di mata kami. Kita selami kekurangan kita dan perbaik pada masa depan.

Lepas tengok Cheer 2008, kami cari makan. Biasalah kalau ada Rosli, kami tak gaduh tentang kedai makan; tahu saya di ceruk mana ada tempat makan yang best. Kami dibawa ke kedai ala minang. Sedap juga makanannya. Dendengnya sedap dan rangup. Wa pun belilah bungkus bawak balik. Mak oi.... mahalnya.Sepuluh hengget agak-agak sepiring. Nasib baiklah sedap.

Lepas makan kami solat zohor di Masjid Kampung Baru. Dalam mesjid on the way nak ke toilet, wa nampak banyak betul periuk besar-besar. Tak terkira wa, mesti derang gunakan periuk ni untuk masak bubur lambuk yang terkenaltu.

Kami terus balik ke sekolah. Berkemas. Siti Normah kemaskan barang-barangnya. Dia kena jugak duduk di bilik VP tu... so wa pun boleh kemaskan barang. Wa sempatlah pindahkan 2 kabinet tu.... yang lelain tu nantilah, buat pelan-pelan. Bukan ada pun pengganti lagi yang nak duduk kat tempat wa tu. Unless ada guru sedia ada yang nak duduk di tempat tu.

Roslina, i know u loves Panitia Moral so much. Panitia Moral tu memang dah sinonim dengan u. But Panitia BM needs u very much. Please consider. Lets work together as we always do and will. huhuhu kenapa wa emo ni...?

Saturday, July 12, 2008

Swimming Gala (Rehearsal)


Friday 11 July 2008

Primary Section of Sri Bestari adakan swimming gala rehearsal pada hari ini. Wa biasalah akan ditugaskan untuk mengambil gambar. Hari ini wa ada assistant, Cikgu Azrul. Beliau akan ambik video. lega sikit. Hari ini wa seronok betul menggunakan kamera baru wa. Wow! Memang best! Untuk ambil gambar di luar, wa gunakan ISO100 dan aparture controll AV. Senang sikit. Gambar ok. Clear bagi amatur macam wa. Wa cuba gunakan ISO 200. Tak boleh, gambar terlalu terang, over exposed. masa budak-budak tu berenang, wa gunakan function sport. Wah, seronok betul. Senang ambil dan boleh buat pilihan gambar yang cantik kerana boleh ambil gambar berkali-kali dengan cepat. Seronoklah guna kamera baru ini.

Ingat nak upload gambar, tapi rupanya wa simpan gambar-gambar tu di dalam external hard disk dan disk tersebut tertinggalkat sekolah. Esok, kalau sempat wa akan masukkan gambar-gambar tersebut. Esok, wa akan ke Stadium Bukit Jalil nak tengok peserta-peserta Cheer 2008 anjuran The Star beraksi. Wakil Sekolah Sri Bestari telah berjaya mendapat top 15. Tahniah kepada semua peserta. Last year derang dapat nombor 7. harap-harap pada tahun ini mereka akan mendapat nombor yang lebih baik. Penat derang berlatih, berbulan-bulan sampai missed classes. Harap berbaloi masa yang telah diluangkan itu.

Hari ini selepas extra class, wa dan 3 orang lagi membuat adjustment pada time table. Apabila HOD yang lepas naik pangkat dan tempatnya wa ganti. So beberapa kelasnya telah dilepaskan. Cikgu Maths pun dah dapat, Guru BI tak jadi datang dan Guru BM masih kosong. Adussss. Anyway, adjustments tetap perlu dibuat. Dan wa dapat reduced time table. 17 periods. macam sikit jer... tapi tugas lain sedang menanti.

Oh, i'm going to miss Tingkatan 1C. Walaupun mereka tu bising but they are addorable and lovable. Mereka dengar jugak cakap saya dan tak susah nak dapatkan latihan-latihan mereka. Harap-harap dapat pengganti yang baik untuk mereka.

9.48pm [jam kat sini giler]

Thursday, July 10, 2008

Suatu Pengiktirafan

11.22p.m
Pagi tadi Pegawai Sumber Manusia memanggil wa dan memberikan surat perlantikan sebagai Ketua Bidang Sastera. Disertakan juga bidang tugas wa yang ternyata lebih besar daripada dulu sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu. Skop tugas wa lebih luas merangkumi panitia Bahasa Inggeris, Mandarin, Geografi, Sejarah.Pendidikan Moral. Pendidikan Islam, Siviks dan Kewarganegaraan, Pendidikan Seni,dan tak terkecuali Panitia kesayangan wa, Panitia Bahasa Melayu. Tugas yang diberikan kepada wa ini akan wa pikul sebaik-baiknya. Wa menghargai kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan ini dan wa akan cuba perbaik kelemahan wa dari sehari ke sehari. Terima kasih kepada Pn Siti Normah yang memberi sokongan dan laluan untuk wa menjawat jawatan ini. I won't let u down. We will work together like we always will and do.

Ketika wa mengambil alih tugas ini, Jabatan Sastera sedang tenat. Mungkin taklah setenat mana, wa exergarate kut. Namun wa dapati, amat sukar untuk mendapatkan guru yang berkelayakan untuk mengajar beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin. Wa akan belajar menempuh cabaran demi cabaran dan tolonglah doakan wa agar berjaya menjalankan tugas wa dengan cemerlang. Banyak perkara yang perlu wa pelajari. And I am looking forward to do it.

Oklah, it's getting late and i don't want to be late to school tomorrow. Wa mesti jaga reputasi wa sebagai Ketua Bidang. Esok ada Swimming Gala Rehearsal di SD Club. Wa nak train the new teacher Azrul untuk ambik video. Wa nak ambik gambar jer. kan wa ada the new Dsrl. nak biasa-biasakan guna kamera itu. Chiowwwwwwww good nite.

Wednesday, July 9, 2008

Tanggungjawab yang perlu digalas

Akhirnya, semalam 8 Julai 2008, Pn Pengetua telah mengumumkan pengganti Mr C (Penolong Pengetua) yang telah meninggalkan kami. Agak mengejutkan juga pengumuman tersebut kerana berbeza daripada yang wa ketahui pada peringkat asal. Tapi keputusan itulah yang terbaik untuk semua buat masa ini. wa sangat gembira. Actually, kawan wa yang wa ceritakan itu, telah dilantik menjadi Pemangku Penolong Pengetua bahagian menengah. Pada mulanya dia ditawarkan untuk menjadi Penolong Pengetua di bahagian rendah. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, beliau dipinjamkan dahulu di sekolah menengah sehingga akhir tahun. Pen. pengetua di sekolah rendah pula akan dinaikkan pangkat menjadi pen. pengetua sekolah menengah tahun depan.

Walaupun wa gembira dengan perlantikan beliau, tapi wa sedih juga akan kehilangannya. Kami telah bekerja bersama lebih 15 tahun. Bermula di Institut Sri Teratai, kemudian di Sri KL dan kemudian di sini, hubungan kami begitu akrab sekali. Dan dia akan dipindahkan ke bahagian rendah. Wa akan kehilangan rakan sekerja yang hebat, berdedikasi dan amat sayang akan sekolah ini. Wa kehilangan guru Bahasa Melayu yang tiada tandingannya. Siapakah yang akan ambil alih kelas 4Sc1? sedangkan Panitia Bahasa Melayu sekarang menghadapi krisis guru yang besar. Sekarang kawan wa pula hendak pergi?


Wa benar-benar sedih. Apa akan terjadi dengan Panitia Bahasa Melayu? Semua ini bermula pada akhir tahun lepas apabila 2 orang guru BM berhenti dan bekerja di sekolah kerajaan. Tahun ini kami mendapat penggantinya. Tetapi kami tak ada pengganti yang strong. Wa perlukan guru yang boleh mengajar upper form. Tapi setakat ini wa hanya ada 3 orang guru sahaja untuk mengajar 6 kelas. Pulak tu seorang lagi akan meninggalkan kami. Pun nak join government school. Tahun ini memang betul-betul mencabar wa sebagai Ketua Panitia. Keputusan BM pulak tidak menggalakkan langsung. Tingkatan satulah yang paling teruk. Tingkatan 3? Adussssss. huhuhuuhu. Tingkatan 5 adalah sedikit harapan. Harap-harap banyak yang akan dapat A dalam Bahasa Melayu. Pls guys, u have to work hard, very very hard to achieve A for ur BM. For ur own good. Wah! Wa speaking London pulak.


Inilah antara pelajar harapan wa. Wa harap mereka ini akan mendapat A untuk semua matapelajaran. Mereka ini pelajar yang pintar dan amat menghormati guru. Itulah yang pentingnya. Mengajar mereka pun happy.
Hari ini wa tak puasa, so tengok-tengok gambar makanan ini oklah. Hmmmm dah lama tak masak. Adakah hari ini wa akan memasak?

Resepi sempoi Sup Ikan.

2 ketul ikan (ikan merah ker ikutlah ikan apa yang disukai), seketul kepala dan seketul lagi ekorlah. harharhar. Bersihkan dan tos.
Lobak merah dipontong sesuka hati.
Daun sup secukupnyer.
Tomato sebiji dipotong 4.
asam keping sekeping.

2 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih juga dimayang
seinci halia diiris halus.
garam dan ajinomoto secukup rasa
nak tambah cube ayam ker, ikan ker pun boleh.

Cara membuatnya:

Tumiskan bebawang dan halia dalam periuk dengan sedikit minyak. Masukkan ikan dan air secukupnya. Tambah garam dan perisa. masukkan asam dan tomato dan karot. Masukkan daun sup dan daun bawang. Ready to eat.


Hari ini wa begitu sibuk. hari Rabu, time-table wa padat sekali. Nak pegang camera pun tak sempat.

Monday, July 7, 2008

Semuanya serba tak kena


Hari ini wa terlewat bangun. Mana taknya.... wa tidur pukul 4.00 pagi selepas bersahur. kalau wa tak tidur, tak tahulah macam mana kat sekolah. So semuanya bermula dengan yang tak elok.... sampai sekolah kul 8.10. Dahlah lewat terserempak pula dengan pengetua. dengan wa dia ok jer; rupanya kat kantin dia bising pasal wa lambat. eleh, marahlah wa, wa rela sebab memang wa yang lewat. Marah belakang-belakang apa kes? Yang wa tak suka kalau marah sebab bukan kesalahan kita. Macam yang selalu dia buat masa meeting. hampeh.... geramni....


Hari ini wa ambik stationary. alah sekeping clear folder. wa pun tulislah rekod. pastu nak ambik clear folder tapi tak ada. sampai sekarang wa tak jumpa clear folder itu. Kat mana ya?


Kes ketiga benar-besar membuatkan wa frust. Tapi ini adalah ujian Allah kepada wa sementelah wa berpuasa hari ini. Ada dua orang budak bayar duit Hari Anugerah. RM160 semuanya. Pastu bila wa nak ambk wang itu nak bayar kat akaun dept. duit tu dah tak ada. Puaslah wa mencari ; habis wa geledah meja wa, beg wa dan tempat-tempat yang berkemungkinan wang itu ada. tapi hampeh. Mulalah wa syak budak yang curi.


Tengah hari sikit, wa digerakkan Allah untuk menyemak register. Seingat wa , wa dah ambik register tapi belum update kedatangan tetapi kenapa register itu sudah ada di tempatnya? Dengan penuh debaran, wa membuka register itu dan alhamdulillah wang RM160 ada di dalamnyer. Syukur... Misteri sungguh, siapakah yang meletakkan residter itu di tempatnyer? Later of the day barulah wa tahu siapa yang menyimpankan register kelas wa. Kawan wa lah....


Tadi, bila wa masuk ke kelas 5 Sc 1 buat karangan berpandu - Pelajar-pelajar seolah-olah tahu bahawa gurunyer tengah tension duit hilang. Masing-masing elok jer buat kerja dengan senyap. Dan yang hantar dulu ialah C. w dan S. R. Minggu lepas ada kes dengan mereka. Mereka dah buat salah dengan wa. So wa kira ini ialah tindakan mereka meminta maaf kepada wa. So wa terima maaf mereka.


Dalam pada itu wa berbual dengan Y.M and the gang. Wa dapat tahu bahawa mereka telah mendengar berita tentang kawan wa yang wa ceritakan dalam My First Attempt. Bagaimana mereka boleh tahu kisah itu dan tepat pulak tu? Siapakah yang memberitahu mereka? Musykil sungguh wa. Eh lu all jangan pulak lu all hebahkan cerita ini ya. Kesian kawan wa itu. Dia perlukan masa untuk berfikir dan dia tidak mahu dipengaruhi oleh sesiapa.


Hari berlalu dengan lebih baik... wa gembira. Lepasni wa nak gi One U ke Fotokem. WA nak beli Flash dan Lense? Awwwwwwwww lense sekali ker.... sabar cikguliz. Belanja ikut kemampuan.... 'Kita kena ubah gaya hidup kita."

Hari ini,semalam dan kelmarin

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik, pejam celik dah hari Isnin. Sekarang dah pukul 1.05 pagi tapi masih bersemangat untuk menyambung kerja. Harap-harap pagi nanti tak "melalur". Melalur ni istilah banjar yang bermaksud terlewat bangun. Malamni wa banyak betul buat kerja. Wa membasuh, menggosok tudung- banyak helai jugaklah dan ofkos wa menyiapkan lesson plan. Pastu baru wa bukak blog.



Hari Sabtu wa balik kampung. Biasa jer,ayah sihat emak pun sihat. Nana bagi hadiah birthday bantal urut. hmmmm bolehlah sambil go blog sambil urut kaki. hhahhaha. Salmah pulak bagi tupperware. Terima kasih u all. moga-moga murah rezeki. Tahun depan boleh bagi lagi.




Hari Jumaat lepas, habis jer tuisyen kira-kira kul 10.30malam, wa kuar lepak dengan geng-geng sekolah. Rosli pandu kereta.Dia bawa kami, Shamsul, Normah ke Gombak. Ada sebuah restaurant Pha Pha, sedap jugalah makanannya tapi portionnyer sikit untuk 2 orang. Mungkin yang nak makan tu XXL punyer orang. Hahaha.Tapi wa makan sikit jer. Borak punyer borak sedar-sedar dah kul 1.00 pagi. Tauke restoran pun dah kemas kusi. Mata pun dah ngantuk. Kamipun balik. Normah tidur rumah wa di Sri Damansara. Di rumah, kami sambung berbual hingga 3.00 pagi. Nasib baik tak melalur pagi esoknyer. Ada kelas tambahan start kul 8.00.

Hari Jumaat tengah hari, wa, Rosnah, Normah dan Roseni makan di Group Base. Wa makan nasi paprik. Derang order Hungarian Chicken. Sedap jugak. Next time boleh order. Tak teringatlah nak ambik gambar. Hungarian Chicken ni ayamnya disumbat dengan kentang putar berempah. Ada chips dan carrot. Sos thousand island. hmmmm yummy.

Khamis, akhirnya my friend yang wa sebut dalam post pertama tu menceritakan hal yang sebenarnya. Tapi dia belum buat keputusan lagi. Walau bagaimanapun, wa gembira kalau dia menerima tawaran tersebut.

Mr C yang baru 2 minggu lebih menjawat jawatan penolong pengetua telah berhenti. Barulah kami nak memahami beliau, beliau berhenti pulak. Wa kira suka jugak kat dia ni. Dia ni yakin dengan apa yang dia buat. Dia juga memberi kepercayaan kepada guru-gurunya. Walaupun suaranya amat perlahan, tapi kira ok gak dia ni. Wa segan betul kat dia bila dia round kelas, tengok ada murid 5 Arts yang tidur. I will remember what he use to say to the students." sekurang-kurangnye jangan tidur" and i'll will repeat what he said again and again to the students. Wa heran tul kenapalah meka ni suka sangat tidur dalam kelas. Wa ingat lesson wa boring sangat. Tapi kelas Rekha, kelas Normah, kelas Roslina pun meka tidur. kelas lain tak taulah. Adakah kami semua tersangatlah boring? Sedangkan mereka adalah guru-guru yang hebat di sekolah ini!

hahaha wa nak tergelak. Semasa breakfast kat kantin, wa terserempak ngan Pn H; HR officer. Dia mintak wa padam gambar ex-VP dalam gambar staf yang nak dimasukkan ke dalam school yearbook. Wa tergelak kerana teringat last year pun cenggitu. Mr F dah berhenti tapi gambar dengan dia yang masuk magazine. Tapi at least dia ada gak 3 bulan, yang ini 3 minggu pun tak sampai. Jangan tanya wa kenapa derang berhenti. wa tak tahu nak jawab. So wa yang agak proaktif inipun menghubungi photographer wa; Adam meminta jasa baiknya agar dia datang untuk mengambil gambar staf sekali lagi. This time with the new VP. But siapakah VP baru ssb? Wa pun cuba menghubungi Pn Habibah tapi tak berangkat. Adakah beliau di London? Kemudian wa menghubungi RM. Wa nak pastikan bila kami akan dapat VP baru so wa boleh atur sesi fotografi sekali lagi on the right day. So Adam tak perlu datang 2/3 kali. So RM confirm kat wa, by Friday, we should be able to take photo again. RM wah, sesuai betul initial ini dengan tugasnyer yang melibatkan RM.

By the way, wa dah beli camera baru. DSLR Canon 400D. Tomorrow wa nak tambah assessory- flash 580x/which will cost me another RM1600. Ni wa try the new camera. Wa tak berapa tahulah nak guna. Entah bila wa dapat baca manual. Wa belasah jer.

Wednesday, July 2, 2008

My first attempt....

Hari ini hari Rabu. Cuaca hari ini baik. Hari ini saya mencipta blog. Hari ini saya cuba mengarang... teringat dulu-dulu semasa di sekolah rendah. Ada buku Perkhabaran. Bahagian atas buku latihan tu tidak bergaris dan separuh muka surat ada garis-garis untuk menulis perkhabaran. Bahagian kosong tu dilukis gambar. Mesti ada rumah dan matahari. 2 atau 3 ekor ayam dan pokok kelapa. mengapa ek? Mungkin subjek itu jerlah yang kita pandai lukis dan dekat dengan kita. Dari buku perkhabaran itulah agaknya saya mula mengarang dan melukis. Dah berapa tahun yer peristiwa ini berlaku? Sekarang ada lagi tak buku Perkhabaran?

Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang berlaku hari ini. Tapi tak tahu nak mula tang mana. Mungkin saya perlu listdown dulu. Actually malam ni saya nak siapkan tulis lesson plan yang tertunggak tu. Tiba-tiba teruja pulak nak create blog. Saya nak salahkan siapa ek? Murid-murid saya atau Cik Som? Ada murid-murid saya tanya; cikgu ada blog tak? Cikgu create lah blog. Hmmmm kalau dah lebih 2 orang tanya, tercabarlah jugak gue... pastu pulak Cik Som pun dah ada blog. Baru sekejap tadi bacablognyer... Cik Som? Siapa Cik Somni? hmmmm nantilah wa cerita tentang dia. Pastu adalah seorang mamat perasan humble, sibuk jugak dengan blognyer...jadi wa pun taknak ketinggalan. wa suka bahasakan diri wa di sini kerana wa rasa bebas menulis. Kalau nak tau, penggunaan lu wa ni dipengaruhi oleh mamat humble tu lah... tapi kami berlu/wa di alam siber jerk..... oklah kan.... wah!

Hari ni wa janji dan tulis lesson plan untuk this week. So wa tak nak tulis banyak-banyak. Orangn bijak pandai ada berkata, " Mulakan sesuatu itu dengan langkah pertama, langkah seterusnya akan menyusul'. Insya-Allah kalau ada umur dan kesempatan, wa akan menulis lagi dan lagi.

OMG... So many things happenned today..... wa seakan-akan kehilangan kawan baik wa.... walaupun untuk kebaikan semua. Tapi seseorang harus melakukan pengorbanan untuk membetulkan keadaan. Pengorbanan yang cukup besar untuk kawan wa. Pengorbanan yang disertai tanggungjawab. But everything is not confirmed yet. Wa hanya ikut firasat wa dan disokong oleh cable wa yang dapat dipercayai.... cumawa harap kawan wa itu telah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut dengan dada yang lapang. Wa juga berharap dia akan meminta pertolongan Allah dalam membuat keputusan. my friend... i will write more about this friend of mine later. Now i want to fulfill my promise......