Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik, pejam celik dah hari Isnin. Sekarang dah pukul 1.05 pagi tapi masih bersemangat untuk menyambung kerja. Harap-harap pagi nanti tak "melalur". Melalur ni istilah banjar yang bermaksud terlewat bangun. Malamni wa banyak betul buat kerja. Wa membasuh, menggosok tudung- banyak helai jugaklah dan ofkos wa menyiapkan lesson plan. Pastu baru wa bukak blog.
Hari Sabtu wa balik kampung. Biasa jer,ayah sihat emak pun sihat. Nana bagi hadiah birthday bantal urut. hmmmm bolehlah sambil go blog sambil urut kaki. hhahhaha. Salmah pulak bagi tupperware. Terima kasih u all. moga-moga murah rezeki. Tahun depan boleh bagi lagi.
Hari Jumaat lepas, habis jer tuisyen kira-kira kul 10.30malam, wa kuar lepak dengan geng-geng sekolah. Rosli pandu kereta.Dia bawa kami, Shamsul, Normah ke Gombak. Ada sebuah restaurant Pha Pha, sedap jugalah makanannya tapi portionnyer sikit untuk 2 orang. Mungkin yang nak makan tu XXL punyer orang. Hahaha.Tapi wa makan sikit jer. Borak punyer borak sedar-sedar dah kul 1.00 pagi. Tauke restoran pun dah kemas kusi. Mata pun dah ngantuk. Kamipun balik. Normah tidur rumah wa di Sri Damansara. Di rumah, kami sambung berbual hingga 3.00 pagi. Nasib baik tak melalur pagi esoknyer. Ada kelas tambahan start kul 8.00.
Hari Jumaat tengah hari, wa, Rosnah, Normah dan Roseni makan di Group Base. Wa makan nasi paprik. Derang order Hungarian Chicken. Sedap jugak. Next time boleh order. Tak teringatlah nak ambik gambar. Hungarian Chicken ni ayamnya disumbat dengan kentang putar berempah. Ada chips dan carrot. Sos thousand island. hmmmm yummy.
Khamis, akhirnya my friend yang wa sebut dalam post pertama tu menceritakan hal yang sebenarnya. Tapi dia belum buat keputusan lagi. Walau bagaimanapun, wa gembira kalau dia menerima tawaran tersebut.
Mr C yang baru 2 minggu lebih menjawat jawatan penolong pengetua telah berhenti. Barulah kami nak memahami beliau, beliau berhenti pulak. Wa kira suka jugak kat dia ni. Dia ni yakin dengan apa yang dia buat. Dia juga memberi kepercayaan kepada guru-gurunya. Walaupun suaranya amat perlahan, tapi kira ok gak dia ni. Wa segan betul kat dia bila dia round kelas, tengok ada murid 5 Arts yang tidur. I will remember what he use to say to the students." sekurang-kurangnye jangan tidur" and i'll will repeat what he said again and again to the students. Wa heran tul kenapalah meka ni suka sangat tidur dalam kelas. Wa ingat lesson wa boring sangat. Tapi kelas Rekha, kelas Normah, kelas Roslina pun meka tidur. kelas lain tak taulah. Adakah kami semua tersangatlah boring? Sedangkan mereka adalah guru-guru yang hebat di sekolah ini!
hahaha wa nak tergelak. Semasa breakfast kat kantin, wa terserempak ngan Pn H; HR officer. Dia mintak wa padam gambar ex-VP dalam gambar staf yang nak dimasukkan ke dalam school yearbook. Wa tergelak kerana teringat last year pun cenggitu. Mr F dah berhenti tapi gambar dengan dia yang masuk magazine. Tapi at least dia ada gak 3 bulan, yang ini 3 minggu pun tak sampai. Jangan tanya wa kenapa derang berhenti. wa tak tahu nak jawab. So wa yang agak proaktif inipun menghubungi photographer wa; Adam meminta jasa baiknya agar dia datang untuk mengambil gambar staf sekali lagi. This time with the new VP. But siapakah VP baru ssb? Wa pun cuba menghubungi Pn Habibah tapi tak berangkat. Adakah beliau di London? Kemudian wa menghubungi RM. Wa nak pastikan bila kami akan dapat VP baru so wa boleh atur sesi fotografi sekali lagi on the right day. So Adam tak perlu datang 2/3 kali. So RM confirm kat wa, by Friday, we should be able to take photo again. RM wah, sesuai betul initial ini dengan tugasnyer yang melibatkan RM.
By the way, wa dah beli camera baru. DSLR Canon 400D. Tomorrow wa nak tambah assessory- flash 580x/which will cost me another RM1600. Ni wa try the new camera. Wa tak berapa tahulah nak guna. Entah bila wa dapat baca manual. Wa belasah jer.
2 comments:
awww..., kita nak beli D60. Cuma kita tak tau bila lah kita boleh beli. Maklumlah khanz, kita ni siapa. Bukan cikgu.
Salam,
jangan beli D60 kerana lense tak campatible. Kalau nak tukar lense yang lebih power, tak boleh. Tanya dulu sebelum beli ya. Nanti menyesal. Bukan murah tu. Itu nasihat pakar kat kedai kamera.
Post a Comment