Monday, July 7, 2008

Semuanya serba tak kena


Hari ini wa terlewat bangun. Mana taknya.... wa tidur pukul 4.00 pagi selepas bersahur. kalau wa tak tidur, tak tahulah macam mana kat sekolah. So semuanya bermula dengan yang tak elok.... sampai sekolah kul 8.10. Dahlah lewat terserempak pula dengan pengetua. dengan wa dia ok jer; rupanya kat kantin dia bising pasal wa lambat. eleh, marahlah wa, wa rela sebab memang wa yang lewat. Marah belakang-belakang apa kes? Yang wa tak suka kalau marah sebab bukan kesalahan kita. Macam yang selalu dia buat masa meeting. hampeh.... geramni....


Hari ini wa ambik stationary. alah sekeping clear folder. wa pun tulislah rekod. pastu nak ambik clear folder tapi tak ada. sampai sekarang wa tak jumpa clear folder itu. Kat mana ya?


Kes ketiga benar-besar membuatkan wa frust. Tapi ini adalah ujian Allah kepada wa sementelah wa berpuasa hari ini. Ada dua orang budak bayar duit Hari Anugerah. RM160 semuanya. Pastu bila wa nak ambk wang itu nak bayar kat akaun dept. duit tu dah tak ada. Puaslah wa mencari ; habis wa geledah meja wa, beg wa dan tempat-tempat yang berkemungkinan wang itu ada. tapi hampeh. Mulalah wa syak budak yang curi.


Tengah hari sikit, wa digerakkan Allah untuk menyemak register. Seingat wa , wa dah ambik register tapi belum update kedatangan tetapi kenapa register itu sudah ada di tempatnya? Dengan penuh debaran, wa membuka register itu dan alhamdulillah wang RM160 ada di dalamnyer. Syukur... Misteri sungguh, siapakah yang meletakkan residter itu di tempatnyer? Later of the day barulah wa tahu siapa yang menyimpankan register kelas wa. Kawan wa lah....


Tadi, bila wa masuk ke kelas 5 Sc 1 buat karangan berpandu - Pelajar-pelajar seolah-olah tahu bahawa gurunyer tengah tension duit hilang. Masing-masing elok jer buat kerja dengan senyap. Dan yang hantar dulu ialah C. w dan S. R. Minggu lepas ada kes dengan mereka. Mereka dah buat salah dengan wa. So wa kira ini ialah tindakan mereka meminta maaf kepada wa. So wa terima maaf mereka.


Dalam pada itu wa berbual dengan Y.M and the gang. Wa dapat tahu bahawa mereka telah mendengar berita tentang kawan wa yang wa ceritakan dalam My First Attempt. Bagaimana mereka boleh tahu kisah itu dan tepat pulak tu? Siapakah yang memberitahu mereka? Musykil sungguh wa. Eh lu all jangan pulak lu all hebahkan cerita ini ya. Kesian kawan wa itu. Dia perlukan masa untuk berfikir dan dia tidak mahu dipengaruhi oleh sesiapa.


Hari berlalu dengan lebih baik... wa gembira. Lepasni wa nak gi One U ke Fotokem. WA nak beli Flash dan Lense? Awwwwwwwww lense sekali ker.... sabar cikguliz. Belanja ikut kemampuan.... 'Kita kena ubah gaya hidup kita."

2 comments:

Anonymous said...

huhuuuu... i am the lucky no 1 to comment?!!! lucky me!!!

Anonymous said...

Cliz, with your new setting, rasanya OK daah. TQ