Sunday, July 20, 2008

Balik kampung


Sabtu 19 Julai 2008, wa balik ke kampung di Tanjung Karang. On the way singgah di NSK Sungai Buluh belikan emak air mineral. Sekotak RM6.00 dan beli air Revive sekartun RM22.50. Then singgah kat tepi jalan on the way ke Sg Plong, beli pulit panggang. Makcikni punya pulut panggang memang best, dah lama tak beli. sekarang dah 50sen seketul. Wa beli 20. RM10.00. Panas betul cuaca hari ini. kat Ijok, kami singgah minum cendul. Sedap. Pastu terus balik. Di pekan Tg karang, emak call dan suruh beli prepaid Maxis. Berhenti lagi... Kira-kira pukul 4.30 petang baru sampai di rumah.


Adalah rehat setengah jam, pastu kami pergi ke Sungai Besar pulak. Salmah drive. Wa hantar kereta kat pomen.. nak baiki speedo meter yang rosak. Besan mak wa kenduri, so makan kendurilah kami. Sepanjang jalan dari sungai besar ke Tg Karang cukup meriah dengan garai jualan. Ada yang menjual mangga, jagung, kelapa, kerepek, bahulu dan sebagainya. Ada juga gerai-gerai yang menjual mentarang sejenis siput laut. Teringin nak beli, tapi on the wa balik ke Tjg Karang dah senja, gerai pun dah tutup.
Hari Ahad, wa temankan emak dan ayah menjenguk rumah sewanya di Kg Raja Musa. Sebelum tu wa singgah di Petronas nak isi minyak. Adalah mamat petronas tu yang baik sangat pi periksa wa punya tong air... berkarat katanya. [dalam hati, wa tau] Dia pun rajin pergi cuci. Pastu masukkan coolent. Kenalah 56 hengget. Hmmmmm....
Inilah rumah di Raja Musa. Tak terbela rumahni... Orang sebelah rumah campak besi buruk kat halaman rumah. Tak ada sivik minded langsung. Rumah sewa emak ni dah kosong. Tak ada orang duduk. jadi emak pun nak kemas-kemaskan rumah. Baru minggu lepas meracun rumput yang dah panjang tu.
Pastu, kami menjenguk kebun. Seekar jer. kebun ni dulu ditanam kelapa, tapi dek kerana banjir, kelapa pun dah mati. Sekarang nak ditanami dengan pokok kelapa sawit pula. Adik ipar yang pencen askarlah yang nak mengerjakannya. Hmmm lapang dah kebun ayah ni.













Kak Jah sebelah rumah bagi bubur gunting. Sedap gak. Ada durian.

Petangni, wa nak balik cepat kerana nak singgah kat sekolah, nak kemas barang. Normah nak datang so boleh temankan dia. 2 in 1. Tapi bila nak start kete, tak leh pulak. alamak bateri kong. Terpaksalah tunggu pomen gantikan bateri pulak. Rupanya wa terlupa tutup lampu....



6.28 petang.

5 comments:

Anonymous said...

Bestlah balik kampong jumpa emak. CLiz, tanah tu biar lu aje yg selenggarakan. In no time, lu pasti jadi jutawan.

Wa nak sejes samting tang TIME tu. Lu kena cari 1 punat kat blog ni untuk tukarkan ke local time.

Lezah Zaini said...

CS, lu memang yahatlah, u sejes punat jer, tak cakap punat apa. maka wa pun tercari-carilah punat berkenaan.
Anyhow tq so much. Kalau lu tak sejes wa pun mungkin tak mencarinya. Dan wa punyer time loklak terus.

Dentist and Me said...

cikgu, lu buat usaha hasil tani la cikgu, meh datang sini lihat contoh mereka buat, awwwww

Anonymous said...

Kaunter bantuan dibuka just 4U :
1. once log on u c 'dashboard'
2. click 'settings'
3. click 'formatting'
4. find 'time zone' scroll to locate 'KL time'

Upahnya? Doakan wa pi Mekah tawon depan :-)

Anonymous said...

La, cikgu tak bubuh lagi pictures kat tuition. Eh, st john rules :)Visit blog i eh ! Nanti i link you :D