Saturday, November 1, 2008

Kajian Novel - Calon SPM sila ambil perhatian

Banyak sekolah dan negeri meramalkan soalan latar masa akan keluar. jadi cuba ingatkan tarikh-tarikh penting dalam Bukit Kepong dan peristiwa yang berkaitan dengan masa tersebut.

Bukit Kepong

1. Secara keseluruhannya, latar masa mencakup tempoh antara 1948 hingga 1950.

2. Bulan Jun 1948, Pesuruhjaya Inggeris di Tanah melayu telah mengisytiharkan darurat ke seluruh negara sebagai akibat ancaman komunis.

3. 1 Feb 1950 - Othman yusof diarahkan bertukar ke Bukit Kepong dari Pagoh.

4. 18 Feb 1950, semasa membuat rondaan, Othman ternampak tanda pelik iaitu bilah-bilah buluh yang dicacakkan di tanah dalam jarak tertentu.

5. Antara 20 - 21 Feb - suasana di Bukit Kepong meriah kerana orang Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. mereka membakar petas (mercun)

6. Pada pukul 4 pagi - pengganas komunis mula menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Pada pukul 5.00 pagi, Penghulu Ali dan pasukan pengawal kampung m,encuba membantu pihak polis tetapi gagal kerana dihalang oleh sepasukan pengganas komunis. pada pukul 7.30 pagi, berek kelamin ditawan pengganas komunis lalu dibakar. mereka turut membakar rumah pasung.

7. pada pukul 8.05 pagi, pengganas komunis laru ke dalam hutan setelah membakar rumah pasung dan berek kelamin. pada pukul 8.20 pagi, barulah pengawal kampung yang diketuai oleh Penghulu Ali mustapha sampai di tempat kejadian, sementara bantuan polos yang diketuai oleh OCPD JJ. Raj Jr sampai pada kira-kira pukul 8.45 pagi.


Pelajar-pelajar semua mesti ingat sekurang-kurangnya 3 latar masa dan peristiwa yang berkaitan. Latar masa juga boleh dikaitkan dengan tempat kejadian. Ini boleh menjawab latar tampat.

Konserto Terakhir
  • Latar masa untuk Konserto Terakhir lebih bersifat umum seperti pagi, petang, siang atau malam. Tarikh tidak dinyatakan dengan jelas, tapi boleh diagak di sekitar 70-an atau sebelum tahun 1980 atau zaman moden.
  • Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di malaysia. Contohnya, tuan Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan pekerjaan kepada Hilmi.
  • Keadaan ekonomi pada masa itu menunjukkan negara baru membangun - berlaku kekurangan tenaga kerja menyebabkan penduduk kampung berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki tahap pendidikan yang rendah.
  • Cerita berlaku pada waktu siang dan malam. Contohnya, pada siang hilmi tiba di rumah Datuk johari. Pada waktu malam berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana.

6 comments:

Anonymous said...

thx for the notes, cikgu.
blog cikgu buat saya terharu =/
haha
[J9]

cikguliz said...

j9, awak terharu tetapi kenapa awak ketawa? Cikgu confuselah.

cik na said...

aduh sis... skrg ni musim summarize novel ke apa ni? heheheh.. terasa skema la pulak. hahahhaa

cikguliz said...

Cik na oi, sesekali kita berfungsi sebagai cikgu lah pulak, namanya kan Diari Seorang Guru. Wa sekarang tengah berama-rama di perut - risau anak-anak murid nak peksa, cubalah bantu apa yang patut. huhuhu

Anonymous said...

nota itu banyak membantu...
kepada saya yang tidak beli buku rujukan komsas..
haha.... thanks cikgu..

CHEE YUNG

cikguliz said...

Chee Yung and others.

Walaupun ada banyak yang spot macam kita spot, tapi janganlah kita berharap benar soalan itu yang keluar kerana apa-apa boleh berlaku. Kenapa soalan gaya bahasa yang banyak orang spot? Mungkin antara lain, disebabkan soalan bahagian ini sahaja yang tak pernah keluar tapi diajarkan di sekolah. Cuma seperti yang cikgu katalah, agak tidak adil bagi pelajar-pelajar bahasa melayu untuk menjawab soalan gaya bahasa sekiranya perlu mengambil contoh daripada petikan novel. kalau soalan yang agak umum pula, bagaimana hendak kita ambil contoh peristiwa daripada novel tersebut? Kalau boleh dijawab oleh kebanyakan pelajar atau guru, maka oklah, kalau tidak ini dikatakan tidak akur peluang ; tidak adil kepada calon peperiksaan.

Contoh soalan yang agak umum:
1. Apakah kepentingan gaya bahasa dalam penulisan sesebuah novel?
2. Mengapakah pengarang memilih pelbagai jenis gaya bahasa dalam sesebuah novelnya?
3. Bagaimanakah penggunaan pelbagai gaya bahasa dapat meningkatkan penghayatan pembaca terhadap sesebuah novel?
4. Mengapakah terdapat penggunaan bahasa inggeris dalam novel yang anda kaji?

Ingat, apabila anda menjawab soalan novel, anda harus merujuk pada novel kajian. Antara keempat-empat solaan tersebut, yang mana paling senang? Dapatkah anda cari contoh daripada novel?