Monday, November 17, 2008

Musim Haji telah tiba lagi..... (Part 1)

~Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Diwajibkan kepada umat Islam untuk mengerjakan haji sekiranya mampu sekali seumur hidup.~
Haji hukumnya fardu bagi lelaki dan wanita sekali seumur hidup.
Dalil dari Alquran :

Ertinya: "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."

Allah Taala mewajibkan haji bagi kaum muslimin pada tahun ke sembilan Hijrah. Nabi saw. melakukan haji hanya sekali, yaitu haji wada.


Masjid Nabawi, Madinah al-Munawarah


Dah dua tahun rupanya sejak pemergian saya ke tanah suci Makkah. Terasa masih baru lagi. Setiap kali terdengar berita orang Islam pergi ke Makkah, terbayang dalam ingatan kesyahduan Kota Madinah dan Kota Makkah. Terbayang suasana penuh kesucian Baitullah dan Masjidil Haram. Teringat lagi tempat tinggal saya di Hotel Ar-Raid yang sangat hampir dengan Masjid. Terbayang-bayang laluan ke masjid yang penuh dengan orang dan di kiri kanan jalan penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Terngiang-ngiang di telinga bacaan ayat-ayat suci al-quran dan nasyid-nasyid memuji Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW yang dipasang oleh peniaga kaset di bawah hotel Ar-raed. Paling menusuk kalbu, ialah suara azan yang berkumandang yang mengajak kami semua ke masjid untuk mengerjakan solat. Suaranya begitu syahdu dan menginsafkan. Bilalah lagi aku dapat mengharungi suasana itu lagi?



Rindu pada masjid Nabi. huhuhu


Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi suci Allah SWT adalah di Madinah. Ini adalah kerana pakej haji kami bermula di Madinah, jadi kami mulakan ibadah kami di sini selama 8 hari. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan pada ketika itu apabila kaki dijejakkan di bumi Madinah subuh itu.Segala-galanya asing dan menakjubkan. Cuaca agak sejuk. Kami menginap di Hotel As-Safa yang boleh tahan dan dekat dengan Masjid Nabawi. Masjid ini sungguh hebat, setiap kali memasuki mesjid ini, ada suatu rasa yang begitu syahdu. Tak tahu macam mana nak cakap, macam nak menangis rasanya. Raudhah tempat tempat rebutan. Selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad SAW.


Selama 8 hari di Kota Madinah al-Munawarah, kami sempat ke Masjid Quba', Masjid Qiblatin, Jabal Uhud dan Kilang Al-Quran. Kami tak sempat ke ladang kurma kerana kesuntukan masa.

Di Jabal Uhud dan menginsafi kekalahan Perang Uhud.


Peristiwa menarik yang dialami:

  1. Kasut saya dan kasut adik ipar saya hilang. Berkaki ayamlah kami pulang. Sibbaik pakai stokin.

  2. Dapat membantu rakai Thailand yang tak tahu bahasa melayu mahupun Inggeris untuk pulang ke hotel mereka. Allah berikan petunjuk.

  3. Tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana di dalam beg ada kamera. Tak teringat nak simpan di hotel.

  4. Suara-suara manis Minah Arab yang menyuruh kami masuk ke dalam dengan menggunakan bahasa Melayu. Ibu, masuk, ibu, masuk, dalam, dalam. [Penggunaan Bahasa Melayu/Indon lebih meluas di sini berbanding bahasa Inggeris]

  5. Belajar beberapa perkataan Arab, seperti hamsa rial, asysyara rial (betul ke ni Lamba) dsb. hahaha ni mesti sebab shopping...

  6. Semua orang tak kira bangsa dari setiap pelosok dunia, berpusu-pusu ke masjid pada setiap waktu sembahyang. Menginsafkan sungguh.

Perkara yang perlu diambil perhatian kepada jemaah haji. Janganlah berebut-rebut di Raudhah untuk ibadah sunat itu, dikhuatiri kita berdosa pulak apabila melakukan perkara-perkara di luar sedar seperti mencederakan orang lain atau menyakiti hati orang lain, atau mengganggu orang lain. Ini adalah kerana saya dapati banyak orang yang bertolak-tolakan untuk sampai ke sana, maklum sajalah begitu banyak orang dan waktu begitu singkat. Yang menakjubkan, rasanya semua orang yang banyak itu berpeluang bersembahyang dan berdoa di Raudhah walaupun masa begitu singkat. Allah maha besar!!!


Selamat tinggal Madinah, selamat datang Makkah al-Muqarramah.



"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak".


2 comments:

Anonymous said...

CL, wa dilanda kesyahduan...

Lezah Zaini said...

Wa pun...