Saturday, November 1, 2008

Kajian Novel - Soalan Perbandingan

Untuk menjawab soalan sebegini, pelajar harus faham akan makna perbandingan. Perbandingan boleh merujuk persamaan atau perbezaan.

Contoh soalan:

Berdasarkan 2 buah novel yang anda kaji, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. (SPM2005)

Anda hendaklah menuliskan jawapan dalam perenggan dengan ayat yang gramatis. Jangan jawab dalam bentuk poin atau jadual. Markah bahasa akan ditolak. Sebaik-baiknya dalam perenggan pertama, anda sudah nyatakan novel kajian anda dan nyatakan latar tempat bagi novel tersebut dan apakah peristiwa berkaitan tempat tersebut. kemudian gunakan manakala untuk membuat perbandingan dengan latar tempat bagi novel seterusnya.

Contoh jawaban:

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain dan Bukit Kepong karya Ismail Johari. Terdapat persamaan latar tempat dalam kedua-dua buah novel iaitu Kedah. (ini penyataan latar - 1 markah akan diberikan). Di tempat inilah, watak utama Konserto Terakhir iaitu Hilmi dan watak Datuk Johari berasal. Di Kedah juga, Datuk Johari buat pertama kalinya berkahwin dengan gadis pilihan ibu bapanya dan meninggalkan isterinya dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Manakala dalam novel Bukit Kepong, Kedah merupakan tempat asal watak utamanya iaitu Othman, iaitu di Kulim. Di sini Othman menolong ibu bapanya menoreh getah dan menghadiri temuduga untuk jawatan polis. Di sinilah juga Othman mendirikan rumah tangganya dengan Limah gadis pilihan keluarga.

No comments: