Wednesday, December 31, 2008

Keputusan PMR 2008

Saya membuat ramalan awal bahawa keputusan bagi BM pada tahun ini kurang baik. 30 orang akan mendapat A manakala 30 orang juga akan mendapat D. 3 orang akan gagal. Selebihnya B dan C. Tetapi ramalan saya meleset. Saya telefon Harri (SU) bertanya tentang keputusan BM. Tak sabar nak tahu. So Hari told me. All passed. 100% he said. i asked again and again, betul ker? He said yes!! so i laugh histerically not believing what i heard. Everyone congratulate me. They asked, betul ker? i said kalau Harri tak salah, betullah... and i said, untuk seketika biarlah saya bergembira dan tunngu keputusan sebenar daripada Harri.



When Hari came, after i took several photos of him, we went to counselling room and start analysing the results. Mata saya terus menerawang mencari-cari E untuk bahagian BM. hampeh, tak susah mata saya mencarinya, malah itulah yang pertama sekali saya nampak. i asked harri again, betul ker 100%, and again he said betul; then i aksed him, "E tu pass ker?" Dia kata fail. haha macam tak tahu! Then I tunjukkanlah result si polan nih. Baru dia perasan, ada sorang yang gagal dalam BM.. Jadi taklah 100% BM. (sigh) But actually, keputusan ini memang diluar jangkaan. Jadi saya happy juga.

Saya intai lagi jumlah pelajar yang mendapat A, Ada 23 orang. Kemudian saya kira pula yang mendapat D. Wah, 23 orang juga!

Detail results:

Peratus kelulusan = 84%
!00% passes = Bahasa I nggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam.
99% = Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup
97% = Geografi
93% = Sejarah.
BAhasa Cina = ?
10 orang mendapat straight A's.

Secara keseluruhannya, keputusan pada tahun ini lebih baik daripada yang dijangkakan.Cuma, guru-guru yang mengajar tingkatan 4 kenalah bekerja lebih keras untuk memastikan tiada yang gagal dalam SPM pada tahun hadapan. Good luck to all.

Monday, December 29, 2008

Cameron oh Cameron ....

Finally, saya dapat pergi bercuti. Saya memilih Cameron Highlands dan pergi bersama adik sekeluarga. Dengan 2 buah kereta kami naik ke Cameron melalui Simpang Pulai. Kata orang, jalan ini lebih mudah untuk naik ke atas.Memang benar, jika dibandingkan jalan dari Tapah, jalan ini memang jauh lebih selesa. Tapi apabila kami menghampiri Kg Raja, jalan mulai sesak sehingga terhenti buat seketika. Jem tersebut berlarutan sampai ke Brinchang dan pada masa itu kami masih belum dapat hotel lagi. Aduh.... penat sungguh kaki ini. Nasib baiklah dalam kereta ada banyak makanan dan air. Bolehlah juga mengubat keresahan dalam perjalanan.Terlalu banyak orang yang datang ke Cameron pada waktu ini. Namun, nasib kami baik kerana kami berjaya mendapatkan sebuah apartment 1 bilik dengan bayaran RM330 iaitu di Hill View Hotel di Tanah Rata. Dan sekarang pada pukul 6.00 pagi saya menghadap komputer menunggu untuk sembahyang subuh.

Cuaca pagi ini tidaklah sejuk sangat.Macam di dalam bilik saya apabila aircon dipasang.Tak macam 5 tahun lalu apabila saya ke mari. Lantai pun susah hendak dipijak kalau tidak memakai stokin kerana terlalu sejuk. Semasa ke pasar malam, kaki saya sakit menahan sejuk. Malam tadi sejuk sedikit kerana hujan. Harap-harap siang ini tidak hujan. Hari ini baru kami dapat pergi jalan-jalan. Semalam, masa hanya habis di jalan sahaja.

Saya tidak memeriksa jam pukul berapa kami bertolak, tetapi di Hentian Sebelah Tanjung Malim, selepas makan tengah hari di situ, kami mula bertolak pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari. dan kami sampai di hotel pada kira-kira pukul 8.00 malam.Ini bermakna kami mengambil masa 6 jam untuk sampai ke sini. Boleh sabarkah anda?

Sekian dulu, catatan akan disambung.....

Sunday, December 28, 2008

Latest News about Hairol Fitri

Hari Jumaat, petang. saya bersama SN dan SM pergi ke rumah Hairol Fitri untuk menziarahi beliau. Dia baru pulang ke Malaysia pada hari Rabu/Khamis. So elok benarlah kami pergi dan melihat sendiri keadaan Hairol.

Dari segi fizikal, Hairol Ok, boleh berjalan dan melakukan aktiviti-aktiviti biasa. Cuma dia cepat letih dan suka nak tidur. Cuma dia menghadapi masalah sikit. harap-harap kawan-kawan Hairol dan guru-guru dapat memahami keadaan Hairol dan respons sebaik-baiknya supaya tidak menjejaskan emosi Hairol dan menyukarkan proses penyembuhannya. keluarganya amat mengharapkan kerjasama daripada semua kenalannya agar turut membantu Hairol agar cepat pulih.

Hairol mengalami masalah ingatan jangka pendek. Ingatan jangka panjangnya Alhamdulillah. Dia masih tahu nama saya dan guru-guru yang menziarahinya. Tapi selepas itu dia mungkin lupa bahawa kami ada menziarahinya. Kadang-kadang, hairol sendiri tak ingat apa yang dikatakannya 5 minit yang lalu. Jadi kawan-kawan yang berinteraksi dengannya melalui sms dan sebagainya mungkin terkeliru dan membuat remarks yang mungkin tidak sesuai seolah-olah Hairol masih seperti dulu. Contohnya ada seorang kawannya yang berkata; "What's wrong with ur brain? atau What have u done to ur brain? " Dalam keadaan biasa, mungkin keadaan begini adalah normal dalam kalangan kawan-kawan. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, frasa-frasa tersebut mungkin akan menyinggung perasaannya atau dia akan tertanya-tanya dan takut dia akan merasai kekurangan yang boleh menyebabkan self-esteemnya terjejas dan melambatkan pemulihannya.

Jadi, keluarganya berharap agar kawan-kawan dan guru-guru serta sanak saudara akan memahami keadaan ini dan turut membantu beliau setakat yang kita terdaya agar Hairol sepat sembuh contohnya dengan terus berdoa.

Buat masa ini Hairol akan terus menjalani rawatan dengan HKL dan dia akan bercuti dari belajar sehingga arahan doktor untuk berbuat demikian. Hairol adalah seorang pelajar yang pintar dan berpotensi untuk mendapat 8A dalam PMR yang sepatutnya didudukinya pada tahun 2009. Buat Hairol, semoga lekas sembuh.

Wednesday, December 24, 2008

Hari ini lebih baik daripada semalam...

It is past 10 already but i'm still in school. But tonight, I am accompanied by a friend @VP yang sibuk menyiapkan jadual individu guru-guru. Mesyuarat guru bahagian menengah akan diadakan pada 2 Januari ini ditunda dari 30 Disember disebabkan pada hari tersebut keputusan PMR akan diumumkan. Mesyarat staff SSB dengan Pengetua tetap akan diadakan pada 30 Dis. Entah kenapa tiada rasa gementar pula apabila menyebut hari keputusan PMR ini. Agaknya kerana terlalu bimbang akan Yearbook, yang lain seperti tak penting pula. (buat masa ini)

Hari ini saya dapat menyiapkan banyak muka surat, kecuali page Installation of Prefects dan kelas-kelas tahun 1,3 dan 4. So esok, saya mesti siapkan pages-pages tersebut. (rosak bahasa huhu). Selain itu hanya semakan. Sekarang kerja-kerja terhenti kerana pC ada problem. lambat sangat. Its says "virtual memory is too low". So I take a break dan gunakan komputer Yoges and blog.

On Friday, saya akan jumpa Mrs Tan dan oh ya... Mr Lim is coming to discuss about CD yearbook at 10.30 am. Agak-agaknya boleh tak saya tidur lena selepas itu?

Tuesday, December 23, 2008

Another day has passed.....

....and yet Yearbook masih belum siap. Harap esok Roslina akan datang esok bawa pembetulan untuk CD Yearbook, Lim dah YM tanya perkembangan. Hari ini saya balik pukul 10.00 malam, sorang-sorang jer, alhamdulillah tak ada perasaan takut pada malam ini, tu yang bertahan sampai pukul 10.00 malam. Tapi yang sebenarnya teruja benar nak siapkan beberapa muka surat lagi. Tapi apakan daya, dah malam benar. Hari ini saya gembira juga kerana hanya tinggal beberapa muka surat yang perlu disiapkan. Insya-Allah kalau tak ada aral merintang, esok siap kot.

Sebenarnya ada 4 mukasurat tentang keputusan peperiksaan yang belum buat, netball dan cheerleading yang entah ke mana, hari anugerah, merdeka day, intallation of prefects nak kena redesign and one page divider. So total = 10 pages. And i'm not sure sama ada pages std 1, std 4 and 5 Dahlia ada pada Nik Fadzreen. Kalau tak ada kena tambah lagi 7 pages to do. So all together another 17 pages.

Nasib baik Yesheng dapat hantar maklumat tentang keputusan peperiksaan tu, bolehlah saya tengok-tengok macam mana nak buat tentang page itu malam ini. Pastu saya nak buat page netball. Sekarang pun dah almost 12. One page pun dah kira ok.

Terima kasih kepada Helmy yang tolong buat editing pafa hari ini, kira tak banyak lagilah yang nak dibetulkan. Kalau Helmy dapat tolong habiskan esok, legalah. Harap-harap petang esok boleh tunjuk kepada Mrs Tan. Ron akan datang on Friday ambik CD untuk buat injeck proof for colored pages. Saya benar-benar berharap, by tomorrow semuanya akan siap betul-betul. On thursday, saya nak fokus pada CD Yearbook, nak buat corrections. Banyak pulak tu....

Kepada Puteri Nadia,
I'm sorry to hear that your baby dapat chicken pox. Kecik-kecik dapat penyakit ini payah juga. Takperlah, u jagalah baby tu baik-baik. U jangan bimbang kalau tak dapat datang ke sekolah. Dah nak dekat siap pun. Anyway, thanks for your concern.

Hari ini lebih baik daripada semalam. Taklah stress sangat. I'm ok and I am happy. :)))

Selamat Pengantin Baru Mawi dan Ekin

Semoga berbahagia hingga akhir hayat.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20081222073837/Article/index_html

Monday, December 22, 2008

Lenguh ...and thank U

Hari ini balik dari sekolah pada kira-kira pukul 8.30 malam. Takut nak stay a bit longer alone. Lagi pun, tangan dah lenguh. Banyak betul mengedit hari ini. Setiap page nak kena buka dan semak. Budak-budak designer ni pun tak sensitif. Ada gambar yang kecil sangat nak dibesarkan. Ada pulak tu gambar besar sangat sampai terpotong kepala atau badan. Tulisan pulak tak justified. Ada page yang nampak kosong sangat sedangkan gambar banyak, dan sebagainyalah. Semua itu perlu dibetulkan. Tu belum edit ejaan salah lagi. Reporter ni pun satulah... Tajuk dalam bahasa Melayu, report dalam Bahasa Inggeris. Dah bercampur-aduk. Kalau mata tak peka, memang belasah ajerlah....

Memang rumit dan leceh buat Yearbook ni terutama kerja-kerja editing. Pada peringkat awal, kena ambil gambar dan simpan dalam folder dengan teratur. Kemudian, kena siapkan laporan dan edit laporan. Lepas tu design page dengan menggunakan Photoshop. pastu transfer kat Illustrator. Akhir sekali barulah save dalam EPS format. Yang lecehnya kalau dah simpan dalam fail EPS, dan kalau ada kesalahan kenalah buka balik Photoshop dan edit di situ dan transfer semula ke dalam EPS file. Tu yang tangan sampai lenguh tu.

Tentu ada soalan. Kenapa tak buat terus dalam Illustrator? Memang, kalau buat dalam AI file, kerja-kerja editing akan lebih mudah. Tetapi masalah timbul juga bila nak edit gambar. Gambar lebih mudah dan cantik kalau diedit melalui Photoshop.

Itu kira ok lagi, masalah besar akan timbul apabila disigner buat dalam Photoshop dan AI tapi hanya hantar AI (EPS) file. Kalau ada kesalahan, langsung tak boleh edit. So, apa yang dapat saya buat? Saya kenalah tunggu designer datang ke sekolah dan hantarkan fail Photoshop tu untuk buat editing. Masalahnya ialah sekarang orang sedang bercuti. Siapa nak datang ke sekolah masa cuti-cuti ni kan....( huhu saya jer yang belum cuti). So, worst come to worst, i'll have to redesign that particular pages.

But here, i would like to express my sincere thanks and appreciation to those who help me during this holiday, who have sacrificed their valuable time, who have done their duties dan responsibilities well and committed to the task given to them. Without them, I 'die'. Walaupun Yearbook masih belum siap lagi, tapi tak kisahlah, nak ucap terima kasih tu tak kiralah bila-bila pun. Terima kasih kepada cikgu-cikgu - Razaarina, Helmy, Roslina Alias, Mrs Liew, Puteri, Hana yang membantu dalam designing dan editing. Terima kasih juga kepada rakan-rakan penyibuk yang memberikan dorongan dan sokongan serta kritikan seperti Yoges, Halijah, Rohaya, Shamsul, Rosli dan lain-lain. Taklah sunyi sangat apabila you all datang ke sekolah.Terima kasih juga kepada pakcik guard yang sporting dan tunggu serta bukakan gate bila saya datang hari ahad atau pulang lewat malam.

Terima kasih tak terhingga juga harus diberikan kepada Ketua Editor (pelajar) Lim Yesheng yang datang malam-malam dan hari Ahad untuk menyiapkan YB. (Tulah, siapa suruh kerja cepat-cepat). To Stephanie, I love u .... huhu bawa ole-ole dari Indon ya! To Nik Fadzrin, I don't know what to do without you. Thanks soooo much. In a way, i'm getting to know more about u. And i'm going to miss u. Kei Jin, your design improved a lot. I like it, thanks. Can u come again tomorrow? haha.Vinodh, thanks for your help. Your support is much appreciated. Who else? Of course, thanks to VP Pn Siti Normah for your understanding and special thanks to Mrs Tan for not asking me directly, when the Yearbook ready for distribution. Stress wo....

And I must not forgetting Milah and her husband for helping me. Helping what? i don't want to tell. Thank so much Milah. You are a life saver!!! Alamak, i'm hungry. What to eat tonight?

Wednesday, December 17, 2008

Selamat Pengantin Baru Adindaku Hana & Piyan (updated)

Alhamdulillah, kenduri dah selamat dijalankan dan berjalan dengan lancar. Semua menu dapat dimasak dan disediakan kecuali bubur kacang. Macam dah banyak sangat makanan jadi bubur kacang tak dimasak. Selamat datang diucapkan kepada Piyan ke dalam keluarga kami yang ramai dan hiruk-pikuk ini. Harap dapatlah menyesuaikan diri dengan kami yang berbagai-bagai ragam ini.


Majlis dimulakan dengan kenduri hari rewang dan tahlil pada malamnya. Pada malam yang sama upacara akad nikah berlangsung di surau batu 11 agak-agak sepelaung (guna speakerlah) dari rumah. Pengantin lelaki memang gementar semasa akad nikah. Cian Piyan. Tapi alhamdulillah, segala-galanya selamat.


Keesokannya, iaitu pada hari Sabtu, berlangsunglah majlis kenduri. Subuh-subuh lagi, tukang-tukang masak telah sibuk memasak nasi dan lauk-pauk. Pada kira-kira pukul 10.00 pagi, tetamu telah mula datang dan berterusanlah hingga petang. Kemuncaknya ialah antara pukul 12.00 hingga pukul 1.30 tengah hari. Yang tak seronoknya, pengantin lewat sampai dan bersanding pada waktu azan berkumandang.


Terima kasih kepada teman-teman yang sudi hadir; normah, helmy & wife, shamsul, li dan rohaya & Mus. Terima kasih kepada rakan kbr yang datang iaitu Makngah sekeluarga dan Mas dan suami, Erwin.
Rakan-rakan SSB Mas dan Erwin
Pengantin bersama Makngah (Kbr) dan anaknya.

Apabila tetamu telah beransur reda, kami mengemaskan khemah dan pinggan mangkuk serta periuk belanga. Yang perempuan, tukar pakaian, pakai t-shirt Kulaan, special made for this kenduri- warna oren. Yang lelaki memang dah pakai pada hari itu.Bertungkus-lumuslah kami berkemas sampai malam; tetapi puas walaupun letih.


Ada break tengah-tengah. Selepas maghrib, ada acara potong kek, (antara keluarga jer), kemudian ada cabutan bertuah untuk keluarga daripada pasangan pengantin. Semua orang dapat hadiah termasuk kanak-kanak. Saya dapat handbag, cantik woo... Walaupun hadiah-hadiahnya murah, tetapi yang penting seronok dan sebagai kenang-kenangan. Dalam pada itu, ada juga anugerah khas diberikan iaitu hadiah wang tunai diberikan kepada anak buah yang baru-baru ini mendapat 5A untuk UPSRnya. Selepas acara cabutan bertuah, acara buka hadiah pula diadakan. Kelakarnya anak-anak buahku. Bukan pengantin yang sibuk buka hadiah, tetapi mereka yang rakus, cis tak dapat kurecycle kertas pembalut hadiah tu. Banyak betul hadiah yang mereka dapat. Rice cooker saja ada empat. Kalau ada yang lebih-lebih tu dan kalau tak nak, pas-pas lah sini ya. haha :))

Kenduri rewang diadakan pada hari Sabtu lepas 20 Disember 2008 selepas Asar. Kenduri ini khas untuk meraikan jiran tetangga yang bertungkus-lumus merewang sebelum dan semasa kenduri, kira sebagai ucapan terima kasihlah kepada mereka semua. Terima kasih banyak-banyak ya. Menu semasa kenduri rewang ialah bihun sup, bubur kacang dan air sirap. Kemudian, mereka dibekalkan dengan bubur kacang dan bubur som-som.


Seronoklah buat kenduri ni. Bila lagi nak kenduri ya? Adakah bulan Jun tahun depan?


(dikemaskini pada 22 Disember 2008, 11.29 pm)

Hairol Fitri beransur pulih

tetapi masih perlu rawatan lanjut di hospital yang sama. Teruskan berdoa agar Hairol pulih seperti sediakala..

Monday, December 15, 2008

Selamat Bertemu Kembali

Lama saya menyepikan diri dari alam blog ini kerana balik ke kampung dan sibuk menguruskan perkahwinan adik perempuan saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kat kampung, internet kurang lancar kerana guna dial-up. tak guna streamyx. guna broadband pun tak dapat menolong kerana tak ada 3G. Broadband hanya berfungsi dengan menggunakan GPRS. Jadi saya berehat daripada internet dan menumpukan perhatian saya terhadap persediaan dan perjalanan majlis Hana.

Tertanya-tanya juga khabar Hairol. Tak ada sesiapa pula yang memberitahu saya perkhabarannya. Kepada sesiapa yang mengetahui perkembangan Hairol, silalah beritahu saya, k. Saya berharap Hairol Fitri sudah sembuh sepenuhnya.

Esok, saya akan ke sekolah sehinggalah pada hari Jumaat. Saya meletakkan hari Jumaat sebagai tarikh akhir untuk menyiapkan Yearbook. Doakanlah agar saya berjaya.

Tadi saya mendapat berita sedih. Mungkin kepada sesetengah orang, perkhabaran itu menggembirakan tetapi pada saya, perkara itu merupakan kesedihan kerana saya merasai kehilangannya. Pada tahun depan saya tidak akan mengetuai Sidang Editor Yearbook lagi. Sedih kerana saya amat menyukai kerja ini. Saya berasa puas apabila dapat menghasilkan buku tahunan sekolah. Saya banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa menjadi Ketua Editor. Walaupun kerja banyak dan masalah pun banyak tetapi saya seronok. Saya bermula dengan tak tahu apa-apa. Ini baru tahun kedua, dah pandai sikit tapi tahun depan dah tak diperlukan. Yes, itulah yang saya rasakan. Saya dah tak diperlukan lagi.

Walaupun VP memberikan alasan yang munasabah sebab-sebab nama saya digugurkan daripada senarai AJK Yearbook, dan saya akan dapat memberikan tumpuan yang lebih sebagai HOD, tetapi kehilangan itu tetap dirasakan. Dan timbullah sangkaan-sangkaan negatif dalam benak saya.

Pada tahun lepas, apabila saya diberi kepercayaan untuk mengetuai Yearbook, ada suara-suara sumbang yang meragui keupayaan saya. Saya berusaha keras untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya bukan setakat menyiapkannya malah saya akan pastikan Yearbook siap sebelum cuti sekolah. Alhamdulillah saya berjaya. Tetapi pada tahun ini, dengan pelbagai masalah yang saya hadapi, saya akan pastikan Yearbook akan siap sebelum buka sekolah.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang meluangkan masa cuti bersama saya untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir ini. Jasa anda akan terbalas juga pada suatu hari nanti dalam bentuk yang saya tidak tahu. Marilah kita bekerja dengan penuh semangat dan jujur.

Sunday, December 7, 2008

Latest news from New Zealand

Ini latest info daripada ibu Hairol Fitri yang diterima pada 3.30 pagi tadi. Sorry lambat update, sibuk sikit hari ini.

Menurut ibunya (yang disampaikan melalui SMS oleh En Shamsul) katanya: Pagi ini Fitri beransur pulih dan dah sedar perlahan-lahan.Saya gembira dia angguk bila tengok ibu dia. Alhamdulillah berkat doa keluarga dan saudara mara, kawan-kawan, Fitri petang ni masuk ward neuro. Bersyukur ke hadrat Illahi yang Maha Pengasih dan Pengampun.

Syukurlah, saya cukup gembira dapat berita ini. Alhamdulillah, namun teruskanlah berdoa agar Harol Fitri sembuh seperti sediakala. Amin.

Friday, December 5, 2008

From The New Zealand Herald

http://www.nzherald.co.nz/accidents/news/article.cfm?c_id=13&objectid=10546610

Latest news about Hairol Fitri and his sister

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20081205000132/Article/index_html



Pls continue to pray for Hairol Fitri.


9.45 pm waktu Malaysia, saya mendapat sms daripada pn Rosnah bahawa Ayu ok tetapi Hairol masih tak sedarkan diri. Pn Rosnah ada bercakap dengan sepupu Ayu. Marilah kita sama-sama berdoa agar Hairol segera pulih. Amin.











Thursday, December 4, 2008

Pls pray for Hairol Fitri and his sister

I'm so tired today. This morning till 5.30 in the everning, i conducted IT course for the teachers. Penat, hampir nak hilang suara. All teachers were so excited... calling me all the time. i helped what i can, but they were very helpful; those who knew how to do, helped the other teachers so my work lightened. tq so much. It was really fun. Later, i sit back and rest, at about 7 then i went home.

On my way back, ex-student Hielmi called me to tell that Siti Murni Ayu had an accident back in New Zealand. Then i remembered Hairol Fitri. He too at New Zealand at that moment. When i recieved SMS from him the other day, he said he is in New Zealand and i assumed he went there with his parents. I tried to call him but cannot reach him. Then i informed Siti Normah. Later Pn Rosnah called me; she said Hairol Fitri was with Siti Murni Ayu. Ya tuhan! Siti Murni Ayu is his sister and former SSB too. 2 died in that accident and 2 other persons had seriously injured while one person had minor injury. I'm not sure how's the condition of Siti Murni Ayu and Hairol Fitri. Pls pray for them. God help them to recover and come back to Malaysia safely.

Seronoknya mengajar cikgu-cikgu belajar buat blog

Sesi pagi cikgu sekolah rendah dan majaria. Sesi petang pula dengan cikgu-cikgu sekolah menengah.

Wednesday, December 3, 2008

What is a Blog?

To understand more about blog, pls refer to this address.

http://en.wikipedia.org/wiki/Blog

Kursus Kecerdasan Pelbagai

Selama tiga hari aku berkursus, aku cuba memberikan fokusku terhadap kursus ini sehingga aku hampir terlupa bahawa aku bertugas hari ini dan hari ini pelajar-pelajarku menduduki peperiksaan Perdagangan mereka. Nasibku masih baik kerana aku telah berjaya menguruskan mereka pagi tadi dengan agak sempurna. Hanya seorang yang tidak datang dan aku berjaya menelefonnya yang sedang tidur untuk mendapatkan pengesahan bahawa sebenar-benarnyalah dia tidak mahu mengambil peperiksaan ini dan pengesahan juga diperoleh daripada ibunya sendiri. Seperkara lagi aku dapat menyelesaikan suatu masalah apabila ada seorang pelajar yang berselipar saja masuk ke dewan. Naib baiklah aku berjaya mendapatkann kasut di dalam bilik Rosli dan meminjamkan pelajar itu kasut tersebut. Terima kasih kepada Rosli dan terima kasih kepada Ketua Pengawas Peperiksaan yang cukup baik hati.

Aku meneruskan perjalananku ke Kelab untuk menjalani kursus yang telah 2 hari berjalan. Hari ini kami ditugaskan untuk mempersembahkan pengajaran mikro dengan mengaplikasikan sekurang-kurangnya 3 daripada 7+2 kecerdasan pelbagai yang telah dipelajari. Apa yang menarik di sini, kesemua guru telah berjaya menyampaikan pengajaran mereka dengan pelbagai teknik dan gaya yang menarik. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Aku berharap, selepas kursus ini semua guru akan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas masing-masing dan aku percaya selepas ini kelas-kelas di SSB akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan sentiasa ceria dan meriah. Pelajar-pelajar akan 'enjoy' dalam kelas kita. Itulah harapanku. Ucapan terima kasih khas wajar diberikan kepada Pn Janet Kong penceramah kami yang kreatif dan bertenaga.

Aku pulang dengan gembira. Apatah lagi apabila aku mendapat tiga belas perkara positif yang aku miliki daripada 13 orang rakanku dalam suatu aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut. Aku akan jadikan 13 kata pendorong itu sebagai motivasi diri untuk lebih cemerlang dalam kerjayaku sebagai seorang guru dan sebagai seorang rakan sekerja.

Namun cabaran belum berakhir lagi. Esok aku pula yang akan menjadi fasilitator untuk kusus IT. Pada kali ini aku ditugaskan untuk membimbing rakan-rakan dalam membina blog. Aku akan cuba buat yang terbaik dan aku harap rakan-rakan aku akan mendapat manfaat daripadanya, insya-Allah.

Dan 3 lagi perkara besar menantiku di hadapan.

  1. Yearbook perlu disiapkan segera
  2. Time-table perlu disiapkan segera
  3. Majlis perkahwinan adindaku 13 Disember ini.

Dan aku meletakkan sasaran: By 19th Dis, everything will settled fullstop. I'm going to work day and night 24 hours 7 then I want to go for a holiday............ (real holiday) .

I want to cry....

Cikguliz

3 Disember 2008

Tuesday, December 2, 2008

Kedamaianku telah hilang

Damai yang kucari
kini entah ke mana
kukejarmu di sisi langit
kauhilang bersama mega merah
kukejar mu masuk ke dalam rimba
kaulesap di celah pepohonan yang tumbang
aku terbang ke awan
mencarimu di sana
kau menipis bersama kabus hitam
Kedamaianku telah hilang

angkara siapakah ini?
siapakah yang tamak
mencuri kedamaian
yang bukan milikmu seorang
sampai hati kau menodai kedamaian ini
hanya kerana nafsu serakah
yang mencintai duniawi.

Cikguliz
2 Dis 2008
Kursus Kecerdasan Pelbagai.
Bandar Sri Damansara

Saturday, November 29, 2008

Perkahwinan Tengku Mardiah (updated)


Malam ini, insya-Allah saya akan menghadiri majlis perkahwinan Tengku Mardiah dan pasangannya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Tak tahulah segan atau tidak nak ambil gambar. Kalau kamera kecil boleh sorok-sorok. Macam mana ya? Teringin nak ambil gambar Tengku Mardiah sedang bersanding. Tengku Mardiah ialah bekas murid di sekolah saya. Sekarang masih dalam pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia. Kalau tak salah dalam tahun akhir. Kesemua adik beradiknya bersekolah di sekolah kami. Yang tua, Tengku Muzzamil, kedua, Tengku Mardiah, ketiga Tengku Muhaimin dan Yang terakhir Tengku Muzani. Inilah julung-julung kalinya pelajar SSB yang menjemput saya untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Tentu saya akan cuba menghadirkan diri.

Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Mardiah dan pasangannya dan terima kasih atas jemputan.

Kira-kira pukul 8.30 malam kami sampai dan mengambil tempat masing-masing. Kami duduk di meja 17. Penuh satu meja dengan guru-guru yang mengajar di SSB atau bekas pengajar di sini iaitu Pn Salmah dan Pn Noraini Khuzaifah. Lama benar tak berjumpa dengan Noraini.
Berarak masuk


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kedua-dua mempelai. Cantik sungguh Mardiah. Bacaan doa selepas itu. Pengantin bersemayam di atas pelamin yang berwarna ungu dan putih dengan hiasan cantih bunga-bungaan segar dan sebuah chandaliar yang indah.


Tiada tepung tawar dilakukan sebaliknya tetamu dihidangkan dengan tarian tradisional yang rancak oleh penari-penari cilik dari Istana Budaya. Jamuan makan bermula. Tetamu dihiburkan dengan nyanyian penyanyi jemputan Yusni Hamid dan Khatijah Ibrahiim diiringi quartet dari Tentera Udara Malaysia (kalau tak silap). Pada akhir majlis, kedua-dua mempelai menyampaikan ucapan dan majlis disudahi dengan bersalaman dengan pengantin baru.

Cenderahati



Macam reunion pulak:


Semasa para penyanyi menghiburkan tetamu, kami didatangi bekas pelajar SSB. Seronok betul dapat jumpa mereka. Lain sungguh dengan songkok dan baju melayunya. Masing-masing bertambah kacak dan jelita. Tapi kenakalan mereka masih terserlah.Antara yang hadir: Melati, Syazana ofkos , dia menjadi pengapit pengantin perempuan, Aizat Hilfi, Izzat Ismail, Akmal Rahimi, Aqilah, Mukriz, Mazuki, Abshar, Nadzmi, Shamsiah dan siapa lagi tak ingat nama.Sha msiah datang bersama suami dan anak. Meriah sungguh meja kami.

Friday, November 28, 2008

Time-table 2009

Banyak hari saya tidak update posting di sini. Letih. Dari hari Isnin hingga Khamis saya buat kerja tambahan. Dapatlah duit sikit, bolehlah buat jalan-jalan cuti sekolahni. Bercakap fasal cuti sekolah, yang sebenarnya saya masih belum lagi dapat bercuti dalam erti kata yang sebenarnya. Selain kerja-kerja Yearbook yang perlu disiapkan, saya juga terjebak dengan kerja-kerja pentadbiran. Asal saja kita ada di sekolah, macam-macam yang kena buat. Minggu pertama cuti, banyak temubual dilakukan dengan bakal-bakal pelajar setelah mereka menduduki peperiksaan penempatan. Ini memang menjadi tradisi sekolah; semua pelajar yang ingin memohon masuk ke sekolah ini perlulah melalui ujian dahulu diikuti satu sesi temubual. Setelah keputusan diperoleh, baharulah ibu bapa pelajar tersebut dihubungi sama ada diterima masuk atau tidak.

Selain itu, saya juga terlibat dalam penyediaan rancangan tahun depan dan jadual waktu. Hari ini kami telah berjaya menyiapkan pengagihan kelas kepada guru-guru. Lega. Masih perlu 2 orang guru lagi. Guru Mandarin dan Guru Bahasa Inggeris. Harap-harap cepatlah kami peroleh guru-guru ini. Tahun depan, insya-Allah, saya akan mengajarkan Bahasa Melayu untuk tingkatan 5 Sc1 dan 1 Cekap manakala Perdagangan saya ambil tingkatan 5. Jumlah period ialah 17 (sebagaimana yang ditetapkan) tak termasuk kelas khas 'Unit Sokongan'.

Tahun ini dan tahun depan, kami menerima pelajar-pelajar Korea yang agak banyak. Oleh itu Unit Sokongan diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar ini agar mereka dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cepat dan dapat mengikuti pelajaran dengan mudah. Guru-guru senior telah terpilih dalam Unit Sokongan ini. Antaranya ialah HAT, SMAB, KCL, RA, HRK, NLZ tentunya dan seorang guru baru yang ada pengalaman dengan orang Korea. Harap-harap Unit Sokongan ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Minggu depan ada kursus untuk guru-guru dari hari Isnin hingga hari Khamis. Hari Khamis itu khusus untuk kursus IT. Antara sukatannya ialah Blogging. Saya diminta untuk menjadi salah seorang fasilitator. Saya nak minta izinlah nak gunakan blog guru-guru BM seperti Blog Cikgu Ghalib dan Blog Cikgu Razak sebagai contoh. Harap-harap selepas itu, banyaklah guru di sekolah saya menjadikan blog sebagai wadah untuk mengembangkan ilmu kepada murid-murid mengikut kepakaran dan minat masing-masing.

Sunday, November 23, 2008

Salad of the Day

Green Choral
Romaine


red choral


Hari Perkahwinan Afifah dan Wan Zul


Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan terus ke Port Dickson. Selepas kenduri di situ, kami bertolak ke Kuala Pilah pada pukul 2.00 petang.

Walaupun Kuala Pilah begitu jauh jika dibandingkan dengan peta yang dilakar dalam kad jemputan kahwin mereka, namun akhirnya kami sampai juga pada kira-kira pukul 3.45 petang. Sesampai di sana , kami disambut oleh pengantin lelaki dan perempuan yang kebetulan berada di jalan raya, mungkin menghantar saudara-mara pulang.
Di sana, juga kami bertemu dengan rakan-rakan KBR seperti Alfie dan suami dan Stealth dan Cik Nan. Riuh-rendah kami berbual sambil menjamu selera dengan hidangan daging lembu dan nasi beriani. Gee dan hubby telah tiba awal lagi sementara Mas, tak sampai-sampai kerana tersesat. Mas, mas.... macm pernah kudengar kisah sebegini dulu-dulu....
Warga KBR bergambar kenang-kenangan bersama mempelai.

Kesimpulannya, hari ini berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Sampai di rumah tepat pada pukul 12.00 tengah malam. [ini disebabkan singgah di Tesco, Shah Alam menghabiskan duit]

Friday, November 21, 2008

Selamat Pengantin Baru Ceriawan dan Fify

Sekarangni agaknya mereka berduani dah sah menjadi suami isteri.Saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat saya ni sempena hari bahagia mereka. Esok majlis perkahwinan mereka akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Insya-Allah saya akan pegi ke sana bersama Hana, Hani dan Pian tunang Hana. Majlis perkahwinan di pihak lelaki ialah pada 13 Disember dan kebetulan sama dengan majlis Hana adik saya, jadi tak dapatlah wa berkunjung ke Kelantan. huhuhu. Berangan dah lebih setahun, tetapi namanya tiada rezeki nak makan nasi minyak Wan Zul.

http://i27.photobucket.com/albums/c153/cikguliz/TAMANBUNGAKU003.jpg
Uniknya perkenalan kami dengan pasangan pengantin ialah melalui alam siber. Masatu Mawi tengah hebat dan menjadi fenomena. Kami sering berforum di mawifc di bawah tread SGPUM (Sokongan golongan Profesional untuk Mawi). Kemudian kami membina nama kelompok kami sendiri sebagai Kampung Kiambang Bertaut. Apabila tread lembab dan bermasalah, kami semua berpakat untuk membina satu laman eksklusif yang diberi nama Kiambang Bertaut Resort dalam Myfamily.com. Sehingga kini Kiambang Bertaut Resort (KBR) terus hidup dan masih utuh terutama ikatan ukhwahnya sama ada di dalam mahupun di luar alam siber. Itulah indahnya perkenalan dan persahabatan kami dan ada pula yang telah bertemu jodoh. Alhamdulillah.

Mawi pun dah nak kahwin, semoga berbahagia dengan Ekin.

Tuesday, November 18, 2008

Dinner tonight

Khas untuk tatapan Lamba @Kamarul- inilah yang dikatakan lettuce butterhead.
My dinner tonight

I'm having my dinner at 11 pm. i cooked my self.

Resepi
Sayur-sayuran pilihan
sotong 200g
halia muda agak-agak 2 ibu jari
bawang putih 3 ulas
bawang merah seulas
cili api 11 biji
garam secukup rasa
gula sesudu kecil
minyak untuk menumis

Cara-caranya
  • tumbuk cili api hingga lumat sedikit, tubuk bawang putih dan akhir sekali tumbukkan bawang merah. Petua: masukkan garam bersama cili api semasa menumbuk untuk mengelakkan cili masuk ke mata dan jika termasuk, akan mengurangkan kepedihan.
  • sotong yang sudah dibersihkan dibubuh garam dan kunyit. Halia dipotong nipis. Gorengkan kedua-dua bahan ini di dalam kuali yang telah dibubh minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau dan tunggu sebentar. Jangan lupa masukkan gula sebagai penyedap.
  • Masukkan semua sayur-sayuran dan kacau. Jangan sampai sayur layu. Agak-agak layu cukup. Tutup api, sedia untuk dimakan. yummy yummy....

Cadangan sayur:

Bunga kubis, brokoli, karot, tomato, leek dan sebagainya.

Hari ini saya gunakan sayur kubis beijing, lobak merah, tomato ceri, kacang sepat, haha itu je.

Dah kenyang, boleh mula kerja.




Bila nak siap Yearbook 2008?

Tahun 2008 beransur-ansur sampai ke penghujungnya, tetapi penghasilan Yearbook 2008 masih merangkak-rangkak. Cita-cita besar sungguh, nak terbitkan 196 muka surat berbanding 184 pada tahun lepas. Tetapi sekarang baru beberapa muka surat yang siap. Apa sudah jadi? CD Yearbook pun masih belum settle! Pada hari Khamis ini saya ada temujanji dengan Mr Lim from Artspree; semoga satu babak dalam penghasilan Yearbook akan selesai.

Hari ini saya berjaya menghasilkan 5 muka surat. Itupun pagi tadi ada meeting untuk perancangan tahun hadapan. Tengah hari pulak pergi ke kedai komputer ala-ala Lowyat kat section 14 tu. yes, Digital Mall namanya untuk membeli ink printer. 8 g thumb drive is only RM55! And I found Tamron SP90 Macro 1:1 lense for RM1300!!

Sampai di sekolah saja, Siti Normah ajak bincang tentang program tahun depan untuk pelajar-pelajar asing terutamanya pelajar Korea tentang cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mereka. Otak buntu betul, tak ada idea yang bernas dan menarik. huhuhu :( Pelajar-pelajar tingkatan 5 sekarang, boleh tak tolong cikgu untuk menjadi pembantu facilitator dalam satu crash course yang akan diadakan pada minggu pertama dan kedua buka sekolah pada tahun depan? Kalau anda semua tak terlibat dalam PLKN atau belum masuk kolej, bolehlah tolong cikgu. Cikgu perlukan lebih kurang 6 orang sahaja. Tolong SMS saya atau email atau call :) TQIA)

Sekarangni rehat sekejap, sebentar lagi nak plan pengagihan guru untuk tahun depan. Nampaknya dalam 24 jam yang saya ada sehari ini, saya kenalah bijak membahagi-bahagikan masa untuk Yearbook, Jadual Waktu tahun depan, Program tahun depan, Menyediakan Tips untuk Perdagangan, dan Blogging) Bloggingni untuk mengurus stres. Penting tu!

Pada masa ini (7.22p.m), saya masih di sekolah, ada Yoges teman. Tq Yoges. Prayer time. Bye......

Monday, November 17, 2008

Musim Haji telah tiba lagi..... (Part 1)

~Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Diwajibkan kepada umat Islam untuk mengerjakan haji sekiranya mampu sekali seumur hidup.~
Haji hukumnya fardu bagi lelaki dan wanita sekali seumur hidup.
Dalil dari Alquran :

Ertinya: "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."

Allah Taala mewajibkan haji bagi kaum muslimin pada tahun ke sembilan Hijrah. Nabi saw. melakukan haji hanya sekali, yaitu haji wada.


Masjid Nabawi, Madinah al-Munawarah


Dah dua tahun rupanya sejak pemergian saya ke tanah suci Makkah. Terasa masih baru lagi. Setiap kali terdengar berita orang Islam pergi ke Makkah, terbayang dalam ingatan kesyahduan Kota Madinah dan Kota Makkah. Terbayang suasana penuh kesucian Baitullah dan Masjidil Haram. Teringat lagi tempat tinggal saya di Hotel Ar-Raid yang sangat hampir dengan Masjid. Terbayang-bayang laluan ke masjid yang penuh dengan orang dan di kiri kanan jalan penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Terngiang-ngiang di telinga bacaan ayat-ayat suci al-quran dan nasyid-nasyid memuji Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW yang dipasang oleh peniaga kaset di bawah hotel Ar-raed. Paling menusuk kalbu, ialah suara azan yang berkumandang yang mengajak kami semua ke masjid untuk mengerjakan solat. Suaranya begitu syahdu dan menginsafkan. Bilalah lagi aku dapat mengharungi suasana itu lagi?



Rindu pada masjid Nabi. huhuhu


Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi suci Allah SWT adalah di Madinah. Ini adalah kerana pakej haji kami bermula di Madinah, jadi kami mulakan ibadah kami di sini selama 8 hari. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan pada ketika itu apabila kaki dijejakkan di bumi Madinah subuh itu.Segala-galanya asing dan menakjubkan. Cuaca agak sejuk. Kami menginap di Hotel As-Safa yang boleh tahan dan dekat dengan Masjid Nabawi. Masjid ini sungguh hebat, setiap kali memasuki mesjid ini, ada suatu rasa yang begitu syahdu. Tak tahu macam mana nak cakap, macam nak menangis rasanya. Raudhah tempat tempat rebutan. Selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad SAW.


Selama 8 hari di Kota Madinah al-Munawarah, kami sempat ke Masjid Quba', Masjid Qiblatin, Jabal Uhud dan Kilang Al-Quran. Kami tak sempat ke ladang kurma kerana kesuntukan masa.

Di Jabal Uhud dan menginsafi kekalahan Perang Uhud.


Peristiwa menarik yang dialami:

  1. Kasut saya dan kasut adik ipar saya hilang. Berkaki ayamlah kami pulang. Sibbaik pakai stokin.

  2. Dapat membantu rakai Thailand yang tak tahu bahasa melayu mahupun Inggeris untuk pulang ke hotel mereka. Allah berikan petunjuk.

  3. Tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana di dalam beg ada kamera. Tak teringat nak simpan di hotel.

  4. Suara-suara manis Minah Arab yang menyuruh kami masuk ke dalam dengan menggunakan bahasa Melayu. Ibu, masuk, ibu, masuk, dalam, dalam. [Penggunaan Bahasa Melayu/Indon lebih meluas di sini berbanding bahasa Inggeris]

  5. Belajar beberapa perkataan Arab, seperti hamsa rial, asysyara rial (betul ke ni Lamba) dsb. hahaha ni mesti sebab shopping...

  6. Semua orang tak kira bangsa dari setiap pelosok dunia, berpusu-pusu ke masjid pada setiap waktu sembahyang. Menginsafkan sungguh.

Perkara yang perlu diambil perhatian kepada jemaah haji. Janganlah berebut-rebut di Raudhah untuk ibadah sunat itu, dikhuatiri kita berdosa pulak apabila melakukan perkara-perkara di luar sedar seperti mencederakan orang lain atau menyakiti hati orang lain, atau mengganggu orang lain. Ini adalah kerana saya dapati banyak orang yang bertolak-tolakan untuk sampai ke sana, maklum sajalah begitu banyak orang dan waktu begitu singkat. Yang menakjubkan, rasanya semua orang yang banyak itu berpeluang bersembahyang dan berdoa di Raudhah walaupun masa begitu singkat. Allah maha besar!!!


Selamat tinggal Madinah, selamat datang Makkah al-Muqarramah.



"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak".


Saturday, November 15, 2008

Wa makan banyak semalam huhuhuhu

Semalam, staff dinner. Denim Santai temanya, apalagi wa pun santai jer. Pakai blaus dan jeans dengan tudung Munawarah hitam yang baru dibeli. Sepatutnya dinner diadakan by the poolside. Tetapi dek kerana hujan lebat petang tu, venue dialih ke dlam dewan di kelab SD itu. Oklah, dari segi tempat memang biasa... tidak ada yang istimewanya, tapi dari segi makanan walaupun dah biasa dengan menu dari Group Base, tapi makanannya sedap. Tahniah KeKasLe.

Hadiah? hampeh, sibbaek tak join games. Apasallah mereka bagi hadiah throphy? Dah tua-tua gini, tak teruja langsung nak dapat hadiah piala tu. Tak dapat pun tak apa. Ada juga bunyi-bunyi yang mengatakan, kalau dapat hadiah bekas plastikpun tak apa, ada juga gunanya. Nampaknya Jee kenalah tempah almari kerana dapat hadiah piala yang paling banyak. Tapi group kami 'Perasan Hebat' menang nombor 4 Treasure Hunt. Dapatlah RM100 bahagi 3 orang. At least something....

Wa makan banyak malam ni. huhuhu

Thursday, November 13, 2008

Keputusan Rasmi UPSR Sekolah Sri Bestari


57 orang calon kesemuanya

26 calon mendapat 5A = 45.6%
8 calon mendapat 4A = 14%


Tahniah diucapkan kepada Penolong Pengetua (bahagian rendah) Puan Rosnah Sulaiman dan kepada semua guru sekolah rendah khususnya guru-guru Tahun 6.

UPSR

Sekolah saya sekolah swasta yang terdiri daripada Tadika Manjaria, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Sekejap lagi saya akan ke sekolah rendah kerana ada upacara 'Graduation Day' untuk pelajar Tahun 6 dan penyerahan keputusan UPSR.

Boleh tak saya ramalkan berapa orang yang akan mendapat 5A? Saya harap ada 30 orang. Sama-samalah kita tunggu keputusannya.

Nak ke sana sekarang. majlis bermula pada pukul10.30. Kamera belum ready lagi....

Wednesday, November 12, 2008

Masalah Kegemukan

Ada seorang kenalan, Lamba kami panggil dia, telah memepromosikan blognya. Saya pun membuka blog tersebut dan mendapati blognya menarik untuk saya kerana ada sedikit persamaan. Bukan persamaan blog, tetapi persamaan hasrat iaitu untuk menguruskan badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik supaya pergerakan lebih mantap dan kurang mendapat penyakit. TQ Lamba for giving me this inspiration to write about this. Dah lama nak tulis tetapi tiada kesempatan.

Sebenarnya saya taklah gemuk sangat tetapi memang ada kelebihan di sana sini. Awwwwww malulah.... Tetapi apa yang saya ingin cuba lakukan ialah untuk mengurangkan berat badan saya dan agar berat badan saya tidak bertambah kerana sejak belakangan ini [sebelum mengambil produk hebat ini] berat badan saya terus naik dan naik dan naik lagi. Mana taknya... dapat geng yang suka makan. Almost every petang, kami lepak makan sambil berbual-bual (masa yang agak lapanglah/atau masa nak release tension kerja). Naik tangga pun dah mengah. Tahu-tahu sajalah, tangga tengah SSB tu berlingkar-lingkar nak sampai ke ofis. Pulak tu barang yang dibawa: beg tangan, beg komputer, beg bekal makanan, dan beg kamera. Mahu tak rebeh bahu. Students kalau tak disuruh, pandang jer kita yang tercungap-cungap nih....

Saya baca tentang Herbal Life ni dari internet melalui pautan di Harakahdaily.net. Kebetulan pula ada seorang kawan merupakan ejen. Jadi saya dapatkan nasihat daripadanya. Bermula pada 16 Oktober 2008, saya mula mengambil Herbal Life sebagai sarapan pagi. Mula-mula memang susahlah nak kontrol makan. Walaupun ambik herbal life, makan tetap menten. Jadi perubahannya tak ketara sangat, kata saya. Tapi kata rakan-rakan yang sesekali bertemu dengan saya, mereka mengatakan ada perubahan tersebut. Ada juga yang bertanyakan saya tentang apa yang saya lakukan untuk menjadi kurus. Saya heran gak, betul ker kerana apabila saya timbang dan ukur taklah beza sangat. Tapi saya memang istiqamah. Sekarang saya dah tambah sekali lagi sehari. Saya ambik pasa waktu sarapan dan pada waktu malam. Saya pilih malam kerana malam saya tak sempat nak masak dan malas nak beli. Apabila saya mengambil Herbal life 2 kali, perubahan lebih jelas. Badan rasa ringan. Tapi yang paling penting lagi, saya memperoleh tenaga tambahan dan lelah saya amat berkurang. Harap-harap berterusanlah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Herbal Life. Saya pun tak tahu banyak. [belum sempat untuk membacanya walaupun dah daftar menjadi pengedar] Apa yang saya tahu ialah pemakanan ini ialah gantian pada pemakanan harian biasa kita. Misalnya saya tak perlu lagi sibuk menyediakan sarapan atau membeli nasi lemak ker roti canai ker dsb kerana saya ada Herbal Life. Bancuh saja herbal life [Formula 1] iaitu serbuk soya dengan air kosong + susu Anlene (pilihan saya - kadang-kadang saya campurkan susu soya atau fresh milk) kira-kira satu mug, that's it. There goes my breakfast. pastu minumlah teh yang disediakan. Sedap tau teh itu. Minum teh sepanjang hari sedikit demi sedikit disulami dengan air kosong. Tengah hari lunch seperti biasa, suka hatilah nak makan apa... tapi kontrol sikitlah. Sekarangni saya dah dapat satu menu baru iaitu butter head dan cherry tomato - sedap rupanya sayur ini. Malam, jangan lewat sangat, - ambik lagi sekali bancuhan Formula One dan teh segelas. Perghhhh kuruslah wa tak lama lagi, mau kalah Era Fazira....

Kawan saya kata mahal. Tapi saya kata tak lah mahal sangat. Cuba kira berapa kita habiskan untuk membeli sarapan pagi? Lebih kurang 3 - 4 ringgit kan? kalau beli kat SSB, dah tentu mahal. Air saja dah seringgit lebih. So cuba kira sebulan berapa? 4 X 30 = 120 hengget. (Satu set breakfast set adalah untuk lebih kurang sebulan. Jadi taklah banyak yang perlu anda tambah bayar untuk mendapatkan kesihatan yang baik sebulan. Kita biasanya tak heran nak bayar 5-60 hengget makan kat hotel atau kat KFC ker... tapi tahu tak kita membayar mahal tu hanya untuk menambahkan berat badan kita waima penyakit entah apa-apa. So dengan rasional wa itu, wa pun sanggup mengeluarkan beberapa ratus untuk kesihatan dan kemudian wa jadi ahli can get even cheaper, ada diskaun ma...

So, What is my target? Actually, on 15 Oct 2008, my weight is 71.2kg. My target is 62 kg. At the moment, my weight [from my own scale] this morninglah, was 66.5kg. I have another 4.5 to let go. Let us wait and see, when will i reach the target. Please support me. Once i hit 62kg, i'll let you'll know. If i hit 62, i'll renew my target. Tapi tunggulah sehingga berjaya.

Tuesday, November 11, 2008

Kertas 2 BM SPM 08

Saya tersenyum apabila melihat kertas soalan BM kertas 2. Saya ternampak wajah-wajah riang pelajar-pelajar saya. Ada sedikit kepuasan pada diri saya, tetapi saya harus terus berdoa agar mereka berjaya. Walaupun saya kira soalan memihak kepada calon, tapi saya khuatir penandaan yang tegas. Saya tak boleh 'over confident'.

3 soalan dalam trial exam masuk spm.
1. Puteri Gunung Ledang
2. Di sisi Rinda
3. Analisis Ayat


Ulasan

Soalan Rumusan - faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.

Topik ini dan isi-isi tersirat telah dibincangkan dalam kelas. Saya berharap tiada masalah untuk mereka menjawab.
Soalan pemahaman umum pun ok, mampu dijawab oleh pelajar.

Petikan cerpen - ok
Petikan prosa Klasik - mungkin makna rangkai kata tu agak sukar untuk dijawab bagi sesetengah pelajar
Pantun - sepatutnya tidak susah.

Pengetahuan dan kemahiran bahasa
(a) dah lama tak ada soalan begini dengan memberikan kata majmuk dan rangkai kata 3 perkataan - ini rasanya tak pernah lagi tetapi perkataan-perkataannya telah biasa didengar dan digunakan kecuali 'pembangunan mesra alam' yang mungkin agak sukar.

(b) Baru sebentar tadi saya berbincang dengan pelajar tentang pola ayat. Saya tak pasti pelajar-pelajar dapat menjawab soalan ini dengan baik walaupun semasa trial kami keluarkan jenis ini. Harap-harap oklah.

(c) Wah, bentuk baru... kali ini tiada 1,2, dan tiga tetapi dalam perenggan. Tetapi soalan agak jelas, jadi cari sajalah 3 kesalah ejaan dan 3 kesalahan imbuhan. Kesalahan pun agak senang untuk dikenal pasti. kemungkinan salah 2 adalah biasa.
(d) kali ini pelajar tak perlu menyalin ayat semula. Eloklah, jimat masa. Saya masih mengatakan bahawa soalan ini dalam kategori senang ke sederhana.
(e) Peribahasanya agak senang, namun saya khuatir bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat mengaitkan makna peribahasa dalam ayat tersebut.

Novel
Nasib baik masih ada 2 buah novel. keburukannya pula ada soalan perbandingan. Namun, para pelajar telah bersedia untuk soalan perbandingan, jadi saya harap oklah. Cuma untuk bahagian a agak ralat sikit kerana saya hanya ada bincangkan tentang bahagian peleraian tidak bahagian permulaan. Tetapi bagi pelajar yang kreatif, tentu mereka dapat membuat perkaitan.


Kesimpulannya:
Kesemua soalan adalah mesra calon. Hampir kesemua soalan boleh dijawab, tidak ada soalan yang membuatkan pelajar termenung tiada ilham dan keseluruhannya agak senang. Tapi boleh dijawab tak semestinya betul. Sekurang-kurangnya pelajar berjaya menjawab soalan. Berdoa sajalah agar jawaban itu betul dan anda mendapat markah yang sepatutnya.

[Analisis ini berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar di sekolah saya, mungkin tidak sama di sekolah lain]

Adakah harapan untuk 100% lulus? Entahlah.... ada 2 atau 3 orang yang agak kritikal. Juga bergantung pada penandaan nanti. Berdoa sajalah.


Kepada yang tak rajin datang ke sekolah selepas peperiksaan percubaan tu agak rugi kerana banyak perbincangan yang dilakukan pada saat-saat akhir membantu.

Lega sebentar tetapi satu kertas lagi menyusul. Kertas pertama (BM) dan kertas terakhir (Perdagangan - 3 Disember 2008)

Kertas 1 BM SPM 2008

Ulasan:
Soalan Karangan Bahan Rangasangan

Wah, gambar berwarna! Suatu peningkatan, angkat topi untuk lembaga. Peningkatan begini memang dialu-alukan. Gambar yang dilukis pun menarik. Lebih menarik lagi, soalannya itu iaitu tentang punca-punca pencemaran sungai. Pada pendapat saya, rata-rata pelajar sekolah saya dapat menjawab soalan ini waima yang lemah sekalipun.
3 keping gambar diberikan. Gambar pertama tentang pembuangan sampah-sarap -> Kelihatan sampah-sarap terapung-apung di permukaan sungai. Gambar kedua pula tentang pembuangan sisa dari kilang. Kelihatan 2 saluran paip yang mengeluarkan sisa-sisa buangan kilang dari sebuah kilang yang berhampiran manakala gambar ketiga menunjukkan kegiatan pembalakan di tepi sebatang sungai.

Rangsangan yang diberikan kepada calon amat jelas. Dengan gambar yang menarik, calon mesti teruja untuk menjawab soalan ini. Cuma takutnya mereka akan terleka dan menulis melebihi 250 patah kata.

Bahagian B
Arahan soalan tetap sama.

Soalan 1
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

Ini ialah karangan berformat. Kalau nak diikutkan, soalan ini tidak susah kepada para pelajar sekolah saya kerana setiap tahun pun majlis ini diadakan. Bagi pelajar yang pandai mereka akan dapat menyesuaikan pengalaman mereka di sekolah untuk menjawab soalan ini. Saya agak bimbang bagi pelajar yang agak lemah kalau mereka memilih soalan ini. Ini adalah kerana biasanya kami mengadakan Hari Anugerah Bestari dan bertempat di hotel. Saya bimbang mereka akan menulis tentang Hari Anugerah Bestari yang diadakan di hotel.

Soalan 2
Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

Ini ialah karangan berformat bebas. Apa yang dikehendaki ialah ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman calon sekeluarga. Apa yang saya bimbangkan ialah pelajar akan tersilap takrif akan kehendak tajuk. Saya bimbang pelajar lemah akan menuliskan karangan tentang rumah idaman bukan petempatan sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan.

Soalan 3
Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

Soalan ini agak mudah, cuma saya harap pelajar tidak akan membuat kesilapan.

Soalan 4
Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Pada saya soalan ini agak menarik. Pelajar pintar mungkin akan memilih soalan ini untuk menguji kematangan dan kehebatan mereka. Tetapi saya berharap meraka berhati-hati dan punyai isi yang cukup dan tidak terpesong.

Soalan 5
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.
Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

Saya dah jangka ada soalan berbentuk begini bagi soalan 5. Soalan apresiasi sastera yang agak umum dan berfakta. Seharusnya pelajar-pelajar tidak mempunyai masalah isi untuk memilih soalan ini. Cuma adakah soalan ini yang terbaik untuk dipilih?


Apakah pilihan anda? Sila undi. Terima kasih.

Monday, November 10, 2008

I'm going to miss all of u.

Happy birthday, happy holidays, happy sitting for your exam, happy semualah. here are some pictures for u to enjoy......

More photos, pls refer to http://sribestari.fotopages.com

Pemahaman Komsas

Wah! (ikut gaya Stacy). Esok SPM, BM lagi.... amacam ada rama-rama dalam perut tak? apa-apa hal pun, calon-calon SPM dinasihatkan supaya tidak gabra, releks... anggap macam nak pergi makan angin jer.... [boleh ker gitu] >>> pls excuse my bahasa yang lintang pukang ni.... :)

Serius Sikit ni....

Pemahaman Komsas - 26 markah [35 - 9 daripada Pemahaman Umum]

Walaupun markahnya 26 sahaja dengan 8 -9 soalan daripada 3 bahagian, namun kalau anda peka dan tahu teknik untuk mendapatkan markah atau menjaga markah supaya tidak diambil @dipotong @didenda oleh pemeriksa, senang-senang sahaja anda akan mendapat markah penuh. Tak percaya? Ikut nasihat ini:

  • Baca soalan dan jawab berdasarkan kehendak soalan. [mungkin anda akan kata, memanglah... tapi ketahuilah murid-murid sekalian, banyak pelajar yang tersilap kerana tidak menjawab soalan yang ditanyakan.]
  • Jangan pula tak jawab soalan dan dibiarkan kosong. Sah 0 markah; dapat juga markah kan? Tapi kosonglah.
  • Apabila menjawab soalan, pastikan anda menjawab soalan itu dengan lengkap. Tatabahasa mesti betul. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Jangan nak cepat, tulis tu main tarik saja, sampai n jadi u dan sebagainya. Jangan pula buat ejaan seperti yang biasa dalam dunia siber atau sms. Nahas tu! [Nampak remeh kan? Tapi perkara ini semua sangat penting. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, percuma saja kita buang markah yang amat berharga]
  • Soalan 1 biasanya akan bertanya tentang makna kata atau frasa atau maksud perenggan. Bagi makna kata atau frasa, berikan kata sinonim yang lain. Bagi puisi moden atau tradisional - apabila anda menjawab, sila gunakan bahasa prosa moden. Gunakan ayat anda sendiri. Jangan cedok bulat-bulat ayat pantun, seloka atau sajak itu. Berikan maksud mengikut pemahaman anda (sebagaimana yang anda telah pelajari). Begitu juga dengan prosa tradisional. Guna ayat sediri iaitu bahasa moden. (jangan pula guna bahasa sms - parah)
  • Soalan kedua biasanya soalan kbkk. Jawaban bagi soalan ini hendaklah daripada calon sendiri @ pendapat calon. Sekiranya calon menuliskan isi-isi atau perkara-perkara yang yang ada dalam petikan, markah 0 akan diberikan. [tak jawab soalan- anda didenda]. Namun demikian, jawaban bagi soalan ini hendaklah berkaitan dengan topik, jangan suka-suka hati nak beri pendapat sendiri tetapi tak ada kaitan.
  • Sekiranya soalan yang ditanyakan itu wajar atau tidak, anda harus bijak. Walaupun anda boleh memilih sama ada wajar atau tidak, tetapi anda haruslah bijak memilih yang mana lebih baik, yang sepatutnya, dan yang mudah untuk ditanda oleh pemeriksa atau yang pemeriksa selesa. (ini pendapat saya sahaja)
  • Pastikan anda memberikan pendapat yang dihuraikan. Kalau boleh berikan beberapa pendapat. Tulis lebih tak apa asal tatabahasa terpelihara. Saya selalu bercakap kepada pelajar-pelajar saya bahawa kalau seseorang itu mahu mandapat A dalam BM, dia hendaklah rajin menulis, menulis dan menulis. Jangan lupa, serlahkan kematangan anda dalam huraian pendapat anda itu.
  • Soalan ketiga biasanya berkaitan dengan unsur komsas. Dalam prosa tradisional, jarang ada soalan aspek komsas. Tahun ini tak tahulah.
  • Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya sebagaimana yang anda telah pelajari. Kadang-kadang ada soalan begini:
  • Jelaskan 2 nilai berdasarkan petikan dan dua nilai berdasarkan keseluruhan cerpen. Bagaimana nak jawab? Dua nilai daripada petikan ialah nilai kasih sayang dan tabah. Mama Zel amat menyayagi Zel dan memberikan hadiah sebuah komputer bersempena hari lahirnya. Mama Zel tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup sebagai ibu tunggal yang perlu mencari sara hidup sendiri manakala dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah nilai tekun dan nilai yakin diri. (kemudian berikan contoh kedua-dua nilai tersebut).
  • Nampak macam panjang kan? Tapi tak apa, lebih baik bagi lebih daripada beri kurang. Objektif kita ialah untuk mendapatkan markah yang diperuntukkan itu.
  • Jangan keliru antara nilai dan persolan kerana kadang-kadang ada nilai yang juga merupakan persoalan. yang pentingnya bagaimana anda menuliskan nilai itu sebagai persoalan. Contoh: kasih sayang ialah nilai, bagaimanakah kasih sayang menjadi persoalan? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan perkataan persoalan di hadapan kasih sayang >>> persoalan kasih sayang atau tambahkan perkataan lain contoh antara keluarga. Persoalan kasih sayang antara ibu dan anak dsb. Yang pentingnya, apabila anda menjawab soalan persoalan, jangan sesekali samakan persoalan dengan nilai kerana pemeriksa akan keliru untuk memberikan anda markah. Jangan kelirukan pemeriksa.
  • Apa lagi ya? Oh ya, jangan seronok sangat menulis hingga anda mengabaikan masa. Rancang masa anda dengan baik dan jawab semua soalan. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM khususnya dalam BM. Malam ini tidurlah dengan lena selepas berdoa semoga kerja keras anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Esok, bangun dengan segar dan penuh semangat dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak anda.
  • Last but not least, happy birthday J9, semoga esok anda akan mendapat hadiah terbaik sempena hari jadi anda pada 11/11. ;)

Jangan Bunuh Rama-rama

i. Apakah sifat-sifat Nur Atma I seperti yang digambar olehnya dalam petikan di atas? [3 markah]

Sifat-sifat Nur Atma I seperti yang tergambar dalam petikan di atas ialah beliau seorang sudah tua, penglihatannya sudah kabur, pendengarannya juga sudah tidak jelas, pergerakannya tidak begitu pantas, dan beliau memiliki banyak pengalaman.

ii. Pada pandangan anda, mengapakah Nur Atma I menuturkan ungkapan ‘Cuma sangkarnya saja yang lama’? [3 markah]

Pada pandangan saya, Nur Atma I menuturkan ungkapan tersebut untuk menunjukkan bahawa dirinya kelihatan tua jika dilihat bentuk fizikal atau luarannya, sedangkan secara dalaman pula beliau merupakan seorang yang tetap sama seperti zaman mudanya, masih cergas dan berjiwa muda.

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut. [4 markah]

Dua pengajaran yang terdapat petikan ialah manusia hendaklah mengakui kewujudan Tuhan. Selain itu manusia hendaklah menolak sikap bermusuh-musuhan dan berpecah belah. Wak Keletung tidak setuju dengan kewujudan dua imam di satu-satu tempat. Dua pengajaran dalam drama pula ialah kita hendaklah mengamalkan sikap kesederhaan walaupun hidup dalam keadaan mewah dan kaya. Mek Bongsu mengamalkan kesederhaan dan menjadi pendakwah walaupun mendapat kemewahan dan kekayaan. Akhirnya manusia hendaklah berani menempuh kehidupan di mana-mana sahaja. Bidan Tuk Mah berani mengikut Peran merantau dari sebuah kampung ke sebuah kampung.

Dipetik daripada http://agy7500.blogspot.com/ Terima kasih, cikgu.

Sunday, November 9, 2008

Cakap Ajuk Cakap Pindah

Cakap ajuk tu yang ada tanda " .....", kata Ali. Cakap pindah pula biasanya dimulakan dengan Ali berkata bahawa...... atau Ali : .....(dalam bentuk dialog)

Cakap Ajuk.
"Emak, bolehkah saya keluar ke bandar?" tanya Ali.

Cakap Pindah
Ali bertanya kepada emaknya sama ada dia boleh ke bandar atau tidak.

Apabila kita memindahkan cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara dan peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya:
  • Kenal pasti nada dan perasaan penutur. Sekiranya penutur itu marah, kita boleh tulis Dengan marahnya dia......., sekiranya dia sangat gembira, kita tulis Dengan perasaan gembira dia...... dan sebagainya:
  • Contoh perasaan, marah,benci, suka, riang, keliru, bimbang, takut, dsb
  • Kenal pasti jenis ayat sama ada ayat itu ayat penyata, ayat seruan, ayat tanya atau ayat perintah. Sekiranya ayat penyata, kita boleh gunakan; Dia berkata bahawa ..... , Dia memaklumkan bahawa..... , Dia memberitahu bahawa.... , Dia menyatakan bahawa ..... , dsb
  • Sekiranya ayat itu ayat seruan, kita boleh tulis; Dia menyeru agar..... , Dia terkejut lalu berkata bahawa ...., Dia memuji kecantikan ..... , Dia merayu agar, .... dsb.
  • Bagi ayat tanya pula, bolehlah kita tulis: Dia bertanya sama ada..... atau...... , Dia ingin tahu tentang ...... , Dia bertanya tentang orang yang ..... , dsb
  • Sementara bagi ayat perintah pula; Dia menyuruh Ali supaya ..... , Ibu melarang adik supaya tidak ...... , Guru meminta murid-muridnya ..... , Ayah menasihati kakak ....... dsb.
  • Anda juga dinasihatkan memastikan masa pertuturan itu berlaku. Ingat, kita memindahkan cakap ajuk yang telah berlaku entah bila. Jadi semasa memindahkan ayat itu, pastikan ini ditukar kepada itu, hari ini kepada hari itu, sekarang ditukar kepada pada masa itu, ke sini ditukar kepada ke situ, ke sana ditukar ke tempat itu dan sebagainya.
  • Anda jangan sesekali mencampurkan ayat ajuk dengan ayat pindah. Biasanya markah yang diberikan adalah secara impression. Jadi elakkan kesalahan seperti ini.
  • Contoh: "Bilakah cuti sekolah bermula?" tanya Chee Yung kepada Kam Yoong. [salah eja lagi ker?]
  • Cakap pindahnya: Chee Yung bertanya kepada Kam Yoong bilakah cuti sekolah bermula. (Ayat ini salah)
  • Ayat yang betul: Chee Yung bertanya kepada Kam Yoong tentang tarikh cuti sekolah bermula.
  • Perhatian: Bagi ayat tanya: Kalau Siapa tukar kepada tentang orang, kalau Apa tukar kepada tentang perkara..... , kalau Kalau bila? tukar kepada ....tentang masa/tarikh/hari... , kalau Berapa? tukar kepada tentang jumlah/harga/bilangan dsb dan kalau Bagaimana kita tukar kepada -> tentang cara/kaedah/langkah dsb. Bagaimana pula kalau soalan itu: "Mengapakah soalan ini sukar sangat?" tanya Vinodh.
  • Cuba pindahkan cakap ajuk itu.
  • Kalau ini jawaban anda, anda memang hebat! hahahaha.
  • Jawaban: Vinodh bertanya tentang sebab soalan itu sukar sangat.

To be continued....

Hari ini penat sungguh. Sejak semalam mengemas rumah kat kampungni yang baru siap diubahsuai. Aduh, sakit seluruh badan.... huhuhu. Broadband pun dah bengong so guna dial-up biasa. Agak lambat sikit. Nasib baik akaun tak tutup lagi.

Wednesday, November 5, 2008

Soalan Ramalan?

Saya tak pandai dan tak boleh meramal soalan apa yang akan keluar kerana saya tak mahu pelajar-pelajar akan bergantung pada soalan ramalan semata-mata. Tapi apa yang boleh saya lakukan ialah mencadangkan topik-topik atau isu yang akan mungkin akan keluar dan tips untuk menjawab soalan.

Jadi, bacalah apa yang saya tuliskan ini dengan teliti dan ambil tindakan. Forwardkan kepada kawan-kawan.

Tatabahasa

  • Penandaan untuk tahun ini mungkin agak strict. Ambil perhatian terhadap tatabahasa. Bagi soalan pemahaman, jawapan anda mesti gramatis. Walaupun isi cukup tetapi jika tidak gramatis, mungkin markah 0 diberikan.

  • Bagi soalan makna frasa, pastikan jawapan anda betul bagi kedua-dua perkataan. kalau soalan itu 2 perkataan. kalau tiga perkataan , maka ketiga-tiga makna mesti betul bagi ketiga-tiga perkataan. Kalau betul salah satu, markah tetap 0. Jadi, hati-hati semasa menjawab soalan.


Karangan A - Bahan Rangsangan

  • Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

  • Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.

  • 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.

  • Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

  • Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.


Rumusan

  • Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.

  • Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.

  • Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.

  • Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.

  • Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.

  • Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).

  • Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

  • Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.

  • Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.


Kajian Novel

  • Jangan ambil mudah. Jawaban anda hendaklah tepat. Jangan bagi jawaban yang umum. Contoh latar tempat. Anda menulis stesen minyak. Tapi stesen minyak yang mana? Dalam sesebuah novel, tempat-tempat yang dipilih mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi sila jelaskan tempat itu yang mana secara spesifik. Sebutkan stesen Minyak Shell Jalan Setapak, baru betul dan satu markah diberikan. Sekiranya fakta salah, huraian tidak akan diberikan markah walaupun huraian betul.

  • Setiap huraian bagi fakta yang disertakan mesti menyebutkan peristiwa dengan jelas dengan menyebutkan nama watak dalam novel tersebut.

  • Berikan penekanan dalam tema, persoalan, plot dan teknik plot, latar dan nilai dan pengajaran. Aspek gaya bahasa dan sudut pandangan mungkin tak keluar kerana aspek itu agak dalam dan hanya sesuai untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu. Beri perhatian khusus dalam teknik plot, nilai-nilai kemanusiaan dan persamaan watak.

  • Bersedia jika keluar satu novel sahaja kerana dalam PMR hanya keluar panas Salju. Manalah tahu hanya keluar dari Novel Bukit Kepong sahaja...

  • Yang pentingnya jawaban anda mesti memperlihatkan kematangan dan penghayatan calon terhadap novel tersebut.


Karangan Respons Terbuka 100 markah

Dapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.
  • Berikan fokus terhadap keracunan makanan, isu kenaikan harga barang, masalah sosial dalam kalangan remaja dan soalan-soalan dalam trial exam.

  • Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi.

  • Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang.

  • Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impression pemeriksa.

  • Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus jawaban soalan tersebut.

  • Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat. Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat membawa penyakit.

  • panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada.

  • Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu perenggan.)

  • Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.


Bagaimana dengan Soalan Pemahaman Komsas? Tungguuuuuuuuu... nak balik, dah pukul 7.06 minit. Saya masih di sekolah, penatlah, nanti malam sambung. Wait... nak ucap tahniah kepada OBAMA - the first black to be the President of America.....!!!!!

Tuesday, November 4, 2008

Tea at Shamsul's Apartment



Selepas balik dari hari Anugerah Bestari bahagian sekolah rendah, saya dan Normah singgah di apartment Shamsul yang dekat tapi jauh tu iaitu di Flora Damansara. Nice apartment. Lift ke tingkat 4, tapi kami jumpa tingkat 3A.


Shamsul sediakan tomyam campur. Hmmm yummy yummy sedap dan sate semalam hhahaha. Pastu kan sate tu tak habis, wa tapau balik.

Rohaya and husband pun datang gak.




Seronok pergi ke rumah Shamsul kerana dapat jumpa Tobby. Lincah sungguh Tobby ni. Ada satu kali tu saya kehilangan Tobby, rupanya dia menyorok bawah bantal.
Tobby ni sekali pandang macam Kitty ku yang dah arwah.... huhuhu

Kitty dalam kenangan. Sob sob huhu