Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan terus ke Port Dickson. Selepas kenduri di situ, kami bertolak ke Kuala Pilah pada pukul 2.00 petang.
Walaupun Kuala Pilah begitu jauh jika dibandingkan dengan peta yang dilakar dalam kad jemputan kahwin mereka, namun akhirnya kami sampai juga pada kira-kira pukul 3.45 petang. Sesampai di sana , kami disambut oleh pengantin lelaki dan perempuan yang kebetulan berada di jalan raya, mungkin menghantar saudara-mara pulang.
Di sana, juga kami bertemu dengan rakan-rakan KBR seperti Alfie dan suami dan Stealth dan Cik Nan. Riuh-rendah kami berbual sambil menjamu selera dengan hidangan daging lembu dan nasi beriani. Gee dan hubby telah tiba awal lagi sementara Mas, tak sampai-sampai kerana tersesat. Mas, mas.... macm pernah kudengar kisah sebegini dulu-dulu....
Warga KBR bergambar kenang-kenangan bersama mempelai.Kesimpulannya, hari ini berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Sampai di rumah tepat pada pukul 12.00 tengah malam. [ini disebabkan singgah di Tesco, Shah Alam menghabiskan duit]
4 comments:
Nasib wa tak ikut keta Mas, if not... huwarghhh. Allah tolong wa..
CS, wa tak biasa pi Kuala Pilah, jauh rupanya dari Seremban... pulak tu jumpa jalan bengkang-bengkok. Tentu CS pening kalau lalu kat situ. Kalau tak salah, nama tempat tu Bukit Putus.Tapi seronok juga walaupun tertipu dengan peta kat kad jemputan tu. Jangan marah fifi.:)
Wa pernah pergi Kuala Pilah tahun 75 semasa wa muda remaja. Pergi dgn kawan2 kolej naik bas lagi.. Dah ramai2 tu seronoklah tapi kalau sensorang? Hahaha... ketawa tak manislah jwbnya. Mas tiba rumah kul 8.30 mlm penuh kehampaan tapi lega bila dpt pelukan sang suami .. amboi3.
baru berkesempatan nk komen kt blog cl nih..maklumla pengantin bz 'bercuti' hehehe..
mekasihla wat entry pasal kami berdua..thanx gak sudi hadir majlis kt KP aritu..
Post a Comment