Sekarangni agaknya mereka berduani dah sah menjadi suami isteri.Saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat saya ni sempena hari bahagia mereka. Esok majlis perkahwinan mereka akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Insya-Allah saya akan pegi ke sana bersama Hana, Hani dan Pian tunang Hana. Majlis perkahwinan di pihak lelaki ialah pada 13 Disember dan kebetulan sama dengan majlis Hana adik saya, jadi tak dapatlah wa berkunjung ke Kelantan. huhuhu. Berangan dah lebih setahun, tetapi namanya tiada rezeki nak makan nasi minyak Wan Zul.
http://i27.photobucket.com/albums/c153/cikguliz/TAMANBUNGAKU003.jpg
Uniknya perkenalan kami dengan pasangan pengantin ialah melalui alam siber. Masatu Mawi tengah hebat dan menjadi fenomena. Kami sering berforum di mawifc di bawah tread SGPUM (Sokongan golongan Profesional untuk Mawi). Kemudian kami membina nama kelompok kami sendiri sebagai Kampung Kiambang Bertaut. Apabila tread lembab dan bermasalah, kami semua berpakat untuk membina satu laman eksklusif yang diberi nama Kiambang Bertaut Resort dalam Myfamily.com. Sehingga kini Kiambang Bertaut Resort (KBR) terus hidup dan masih utuh terutama ikatan ukhwahnya sama ada di dalam mahupun di luar alam siber. Itulah indahnya perkenalan dan persahabatan kami dan ada pula yang telah bertemu jodoh. Alhamdulillah.
Mawi pun dah nak kahwin, semoga berbahagia dengan Ekin.
2 comments:
Auwww... Lately ni wa TERtengok semula konsert AF3. Ada kala bila wa tekan remote, terus turn Mawi menyanyi. Wa pun apa lagi .. mengimbau gitu.. har3. Time AF tu wa nampak kesweetannya, but lately I just couldnt find the sweetness anymore. Maybe Ikin aje yg boleh nampak. Baguslah, selamat si Mawi tu dari digoda oleh dot3.. Kiahx3
CS, fenomena Mawi ni masih hangat di rumah emak wa. ayah suka tengok. nani pun suka tengok, tengok diarilah, tengok konsertlah, derang kata seronok tengok. Tapi memang seronokpun. Sesekali wa tengok juga tapi amat jarang kerana tak sempat. Kadang-kadang tv pun tak buka. hmmm
Post a Comment